26 Disember, 2008

Keindahan dalam suram

Carilah sebutir permata
dalam timbunan kaca
walaupun jarimu terluka

Biarkan keindahan lama itu hilang
bina semula kekuatan
kerana kau insan
makhluk Ilahi yang paling sempurna
dibandingkan dengan makhluk yang lainnya

19 Disember, 2008

Ibu Bapa

Saya telah menemui satu artikel menarik dari Blog Banjar Sungai Manik di alamat http://wadik.blogdrive.com/archive/39.html yang ditulis pada 5 September 2005. Memandangkan catatan penulisnya dalam Bahasa Banjar saya terjemahkan untuk semua yang mengunjungi blog saya Hanya sebahagian sahaja yang saya akan perturunkan memandangkan catatan beliau agak panjang.

Sumalam ako dapat satu e-mail tumatan opis biniku pasal saurang tuha baumur 75 tahun yang
Semalam aku dapat satu e-mail melalui opis isteriku pasal seorang tua berumur 75 tahun yang
mati surangan di rumah. Marista aku mambacanya. Kayapa kaina bila aku dah tuha. Ada
mati keseorangan di rumah. Sedih aku membacanya. bagaimana bila aku sudah tua. Ada

juakah anak-anak yang hakun mailangi.
juakah anak-anak yang rajin mengunjungiku.

Kejadian ni berlaku di utara tanah air. Imbah saminggu lalaki tuha ni mati hanyar urang
Kejadian ini berlaku di utara tanah air. Selepas seminggu lelaki tua ini mati, baru orang
tajumpa. Mayat hudah buruk wan bahulat. Rumah kadada talipaun wan peti sejuk. Ada saikit
terjumpa. Mayat sudah busuk dan berulat. Rumah tiada lelefon dan peti sejuk. Ada sedikit
baras wan minyak jua. Bila di lihati polis dalam dompet ada duit RM33 wan beberapa no
beras dan minyak jua. Bila diperiksa polis dalam dompet ada duit RM33 dan beberapa no
talipaun. Polis menghubungi salah satu no tel. di jawab oleh seorg babini anum...2
0
telefon. Polis menghubungi salah satu no tel. Dijawab oleh seorang perempuan muda...20
tahun...dan itu cucunya...mayat di bawa ke Hospital Ipoh hagan bedah siasat.
tahun.. dan itu cucunya.. mayat dibawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat.

Hidin rupanya ada 9 anak, 5 lalaki 4 babini. Bini urang tuha tu dah seminggu dib
awa anak-anak
Beliau rupanya ada 9 anak, 5 lelaki dan 4 perempuan. Isteri orang tua tu dah seminggu dibawa anak-anak
balalah enjoy di Johor. Tinggal urang tuha tu surangan di rumah. Mengikut laporan forensik,
berjalan enjoy di Johor. Tinggal orang tua tu seorang di rumah. Mengikut laporan forensik,
mayat dah mati seminggu. Dalam 9 urang anak tu, kadada saurang yang hakun masuk ka bilik
mayat dah seminggu mati. Dalam 9 orang anak tu, tiada seorang yang mahu
masuk ke bilik
mayat membuat pengecaman. Kada tahu apa salahnya. Ading urang tuh
a wan lakinya jua yang
mayat membuat pengecaman. Tidak tahu apa salahnya. Adik lelaki orang tua itu yang
hakun, nginto gen laip situ saini bila malihat keadaan mayat.
mahu, itupun pengsan terus bila melihat keadaan mayat.

Ambil iktibar dari kejadian ngini. Jangan ada antara kuitan kita yang senasib awan urang tuha ni.
Ambil iktibar dari kejadian ini. Jangan ada kedua orang tua kita yang senasib dengan orang tua ini.

ATAS NASIHAT BEBERAPA ORANG RAKAN DAN KENALAN, SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN MENGELUARKAN GAMBAR YANG DIPAPARKAN SEBELUM INI.

MOHON MAAF.


16 Disember, 2008

Tak Ada Hati? atau Tak ada Perut? atau Tak ada Hati Perut?

Membaca surat khabar Berita Harian kelmarin amat mengejutkan.

Ada juga manusia seperti ini dalam dunia. Segarang-garang harimau, tetap sayangkan anak, bagaimana dengan manusia seperti ini?

Mungkin kerana itu kita menyebut, "tak ada perikemanusian", bukannya "tak ada perikebinatangan". Yang herannya, golongan ini mudah pula bersalin tanpa ada misi atau bidan. Paling tak seronoknya, kejadian ini hanya lebih kurang 15 km dari kediaman baru saya.

Saya perturunkan sebahagian daripada petikan akhbar tersebut.



Bayi dibuang dalam lubang tandas awam


BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.

CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.
Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.

09 Disember, 2008

Gurindam Untuk renungan

Salam Aidiladha buat semua

Saya telah menerima email yang ditulis oleh Hassan Marsad dari Temerloh, Pahang. Email beliau dalam bahasa Banjar, tetapi saya terjemahkan untuk renungan semua

Malas sekolah malas mengaji
itu tanda orang yang rugi

Kalau nasihat tidak dituruti
bakal menyesal hingga ke mati

Bercakap seorang sambil tersenyum
itu tanda orangnya miring

Kalau berbelanja berhabis-habisan
itu tanda susah nak senang

Kalau kerap meninggal sembahyang
janjinya sukar hendak dipegang


Sapa-sapa yang terasa bila membaca posting ini, faham-faham sajalah.

07 Disember, 2008

Blogger Kakitangan Kementerian Pelajaran

Perkembangan semasa menjadikan sumber maklumat menjadi terbuka dan boleh diakses oleh semua rakyat tanpa ada batasnya. Dalam hal ini, kakitangan yang bertugas di bawah Kementerian Pelajaran juga berperanan menyampaikan maklumat kepada pengakses yang melayari internet.

Kakitangan Kementerian Pelajaran terutama yang bergelar guru dan pendidik kini semakin ramai yang menjadikan blog masing-masing sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat dan kritikan kepada pihak tertentu, mungkin kepada ketua jabatan atau pihak kementerian sendiri.

Kementerian Pelajaran perlu memandang berat hal ini kerana mungkin ada maklumat yang disampaikan tersalah tafsir oleh blogger. Ada kemungkinan kritikan yang ditulis menjadikan suasana lebih buruk dan semakin sukar untuk meleraikannya.

Oleh itu, saya berpendapat kakitangan yang menjadi blogger perlu dikumpulkan dan diberikan kursus khas agar mereka mengetahui batas dan sempadan penulisan mereka.

Pada masa yang sama, pendapat yang dikeluarkan oleh blogger juga kadangkala tidak selari dengan apa yang dikehendaki oleh Kementerian. Paling ketara tentang PPSMI.

Ramai blogger yang terdiri daripada guru yang menyuarakan pendapat bercanggah dengan dasar kerajaan. Sememangnya itu tidak salah, tetapi sebagai salah seorang yang terlibat mereka sepatutnya mendiamkan diri, bukan menjadi pengkritik yang memakan diri. Saya katakan sebagai ”pengkritik yang memakan diri” kerana mereka juga menikmati faedah hasil pelaksanaan dasar ini dan pada masa yang sama ”membuka pekung di dada”.

Bukan bermakna saya mengatakan mereka tidak boleh mengkritik, tetapi sebagai orang dalam mereka patut tahu saluran yang boleh digunakan.

Melalui perhimpunan ini juga, Kementerian boleh menyampaikan dasar-dasar dan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh blogger. Kementerian boleh menyatakan perkara-perkara yang sensitif yang perlu dielakkan oleh blogger daripada dibincangkan di khalayak pelayar internet. Dengan cara ini, blogger akan lebih peka tentang isu-isu yang boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja yang tidak berkenan dengan pembaharuan yang dilaksanakan atau individu yang berperanan penting dalam Kementerian.

Pada masa yang sama, melalui cara ini, Kementerian dapat mendaftarkan blogger yang terdiri daripada kakitangannya, mungkin dari kalangan kakitangan sokongan, guru, pensyarah, pentadbir sekolah atau ketua jabatan sendiri. Bukan bermakna saya menggalakkan Kementerian mengawal hasil pendapat dan tulisan blogger, tetapi dengan cara mendaftarkan semua blogger di bawah Kementerian Pelajaran, Kementerian dapat mengetahui sejauh mana peranan mereka dan bilangan kakitangannya yang aktif menulis dan menyuarakan pendapat di alam maya.

Selanjutnya, peluang ini sudah pasti dapat mempertemukan blogger-blogger yang selama ini hanya berhubung dalam dunia tanpa sempadan tetapi tidak pernah bersua muka. Mungkin daripada pertemuan ini, banyak lagi idea dan maklumat dapat dikongsi bersama dan seterusnya memperbaiki cara penyampaian dan bahan yang dibincangkan dalam blog masing-masing.

Sebenarnya, cadangan ini datang dari hati kecil saya yang sebenarnya sering berkata-kata, apakah mungkin satu hari nanti ada rakan-rakan blogger saya yang terdiri daripada guru atau sesiapa sahaja dikenakan tindakan atau hukuman kerana hasil penulisannya yang bercanggah dengan dasar Kementerian atau menyalahi undang-undang negara?

Sudah pasti saya tidak mahu ini berlaku dan salah satu cara mengatasi agar perkara ini tidak berlaku adalah dengan mengumpulkan mereka dan memberikan input-input yang bermakna agar tidak ada dalam kalangan kami yang tersasar ketika berblogger.

27 November, 2008

Berita Gembira: KWSP kepada Pencen

Membaca BERNAMA pada malam ini cukup menggembirakan saya. Setelah dua kali membincangkan tajuk ini (posting 5 November dan 27 Oktober), saya tidak menjangka di pihak kerajaan telah ada perancangan yang begitu rapi.

Keputusan kerajaan ini menunjukkan keperihatinan terhadap kakitangan yang membuat keputusan yang kurang tepat sewaktu pilihan diberi, sama ada memilih skim KWSP atau pencen.

Sesungguhnya perjuangan beberapa kesatuan sekerja terutama NUTP yang mewakili sebahagian besar guru di Malaysia berjaya menarik perhatian dan akhirnya dipenuhi oleh kerajaan.

Berikut saya paparkan semula petikan yang dimaksudkan.

November 27, 2008 18:17 PM

40,000 Civil Servants Given Option Of Pension Scheme

PUTRAJAYA, Nov 27 (Bernama) -- About 40,000 more civil servants will be in the pension scheme following the government's decision to grant back that option to all those who had earlier chosen the Employees Provident Fund (EPF) scheme.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the move was to enable these civil servants to enjoy the medical and other retirement benefits provided by the government.

"All this will be good for them in the long run," he said after presenting the Public Sector Quality Awards to the recipients at the Putrajaya International Convention Centre, here, Thursday.

He was asked to clarify on the announcement he made earlier in his speech, including on three other government decisions, which include paying ex-gratia to the parents of single civil servants who die in service, effective from Jan 1, 2009.

The government also agreed to improve the service scheme for investigation officers, assistant investigation officers and investigation assistants to strengthen corruption and crime prevention, as well as 20 per cent salary increase for officers and staff of other ranks of the Malaysian Maritime Enforcement Agency, with effect from Jan 1, 2009.

On the cost involved following the decisions, Abdullah said it was still being assessed.

Meanwhile, Abdullah has asked the Selangor government to consider seriously the possibility of Selangor, Kuala Lumpur and several areas in the southern part of the peninsula facing the risk of power supply disruption of three to four months if the Central Area Reinforcement project in Rawang failed to be fully completed.

"The state government should think about this and not just about politics. This is important as development is for the people," he said.

"My advice to the Selangor government is that, give the land that is needed for the project.

"We've heard from TNB (Tenaga Nasional Berhad) that if the problem is not solved, it could create other problems when there is insufficient power supply, hence the affected areas will suffer," he added.

Yesterday, TNB president and chief executive officer Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh said TNB really hoped that such a situation would not happen and it was trying its best to avoid this.

He said TNB could not do anything except prepare for a possible power supply disruption as land acquisition in Kampung Sungai Terentang which was required for the project, was under the jurisdiction of the state government.

-- BERNAMA

16 November, 2008

Mimpi Dalam Sedar

Inilah yang selalu saya impikan. Melakukan kembali perkara yang telah lama ditinggalkan. Mungkin esok lusa mimpi ini akan dapat saya laksanakan. MEMANCING IKAN.

14 November, 2008

Rumah di kampung

Rumah di kampung
di situ kita dibesarkan
di situ tinggal kenangan
di situ tinggal dua insan kesayangan

Pulanglah
desa menanti kepulangan
waktu cuti sekolah yang panjang

05 November, 2008

KAKTANGAN KERAJAAN: SKIM KWSP KEPADA PENCEN

Akhbar perdana pada 26 Oktober 2008 melaporkan Presiden CEUPACS, Tuan haji Omar Osman memaklumkan JPA telah mengkaji cadangan untuk membolehkan seramai 43000 kakitangan awam yang memilih skim KWSP bertukar kepada skim Pencen.

Hari ini (5 November 2008), akhbar perdana melaporkan kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengurangkan caruman sebanyak 2% mulai 1 januari 2009 sebagai salah satu langkah untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan yang memilih Skim KWSP, saya merasakan inilah masa yang terbaik untuk kerajaan memenuhi tuntutan untuk bertukar kepada skim pencen.

Saya tidak melihat dari segi untung rugi yang dialami oleh kakitangan tetapi melihatnya dari segi kemampuan menambah sumber kewangan yang berlegar dalam pasaran.

Ada dua perkara yang perlu kita lihat di sini secara lebih mendalam, pertama caruman kakitangan dan kedua simpanan kakitangan.

Setiap bulan kini saya mencarum KWSP sebanyak 11% daripada jumlah gaji yang diterima. Bayangkan ada 43000 kakitangan awam yang memilih KWSP dengan purata caruman bulanan RM500.00. Sebanyak RM2,150,000.00 akan memasuki pasaran untuk dibelanjakan oleh kakitangan awam ini bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setiap bulan. Jumlah ini tidak ketara jika kita melihat dari bulan ke bulan, tapi jika setahun banyak mana yang mampu diuruskan oleh ruang perniagaan dan perkhidmatan di negara kita.

Kedua, simpanan kakitangan. Kita anggarkan setiap kakitangan awam yang memilih KWSP mempunyai simpanan sebanyak RM100,000.00 , walaupun sebenarkan jumlah itu pasti melebihi daripada anggaran yang telah ditetapkan tadi. Memandangkan semua keuntungan dan dividen hanya dinikmati oleh akaun penyimpan bermakna, sebanyak RM50,000.00 adalah simpanan pencarum dan jika jumlah ini didarapkan dengan 43000 kakitangan yang memilih KWSP, terdapat RM2,150,000,000 akan dikeluarkan daripada KWSP jika kakitangan kerajaan dibenarkan bertukar kepada skim Pencen.

Saya yakin, jika kelulusan bertukar skim dibenarkan, semua kakitangan yang memilih KWSP akan mengeluarkan simpanan mereka untuk dilaburkan dalam sektor hartanah dan perumahan, perbelanjaan harian dan perkhidmatan. Sebanyak RM2.15 bilion akan berlegar dalam sektor ekonomi negara kita.

Dengan kata lain, hasrat kerajaan untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi akan lebih berjaya dengan hanya meluluskan pertukaran kakitangan awam daripada skim KWSP kepada skim pencen tanpa ada sebarang risiko yang ditanggung oleh kerajaan. Malah dari segi jangka pendek, kemasukan wang ini ke dalam pasaran sudah pasti menggembirakan kakitangan dan para peniaga serta usahawan tempatan, kerana masing-masing menerima “win-win situation” hasil kemurahan hati kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara.

(Ini adalah pandangan penulis sahaja)

27 Oktober, 2008

Skim KWSP VS Skim Pencen

Utusan Malaysia : 26/10/2008

Peluang 43,000 pilih pencen

SEREMBAN 25 Okt. - Seramai 43,000 kakitangan kerajaan yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkemungkinan diberi peluang sekali lagi untuk membuat pilihan menyertai skim pencen.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan supaya kakitangan terbabit mendapat kembali nikmat dalam opsyen pencen.

''CUEPACS menyedari nasib 43,000 kakitangan kerajaan yang memilih opsyen KWSP yang tidak mendapat tiga perkara berbanding mereka yang memilih opsyen pencen.

''Tiga perkara itu ialah tiada kad persaraan, tiada kemudahan perubatan selepas bersara dan tiada gratuiti. Mereka kini berhadapan kebimbangan," kata beliau kepada pemberita di sini malam tadi.

Itulah sebahagian daripada petikan akhbar yang amat menarik minat saya. Sebagai salah seorang yang telah memilih Skim KWSP, kini amat terasa nilai simpanan yang ada sebenarnya tidak seberapa.

Ketika memilih skim ini, kami dimaklumkan akan kelebihan mempunyai tabungan yang menjangkau RM300,000.00. Nilai itu pada tahun 90-an amat besar dan banyak benda yang boleh dilakukan.

Kini, RM300,000.00 tidaklah sebanyak mana, hanya harga sebuah rumah banglo dua tingkat dengan keluasan tanah yang terbatas di bandaraya Alor Setar. Kalau inilah nilainya, bagaimana 15 tahun lagi, ketika saya memasuki umur persaraan?

Malah ketika memilih, ramai antara kami yang tidak sedar gratuiti tidak diberi dan kemudahan perubatan ditamatkan sebaik sahaja bersara.

Hanya setelah menyertai NUTP baru saya sedar kesan pilihan yang dilakukan dan sudah terlambat untuk diubah semula.

Sebenarnya, saya tidak risau tentang perbelanjaan selepas persaraan, cuma yang dirisaukan peningkatan harga barang dan kos pengajian anak-anak ketika itu sudah pasti berlipat ganda berbanding sekarang.

Berikut dipaparkan perbandingan antara kedua-dua skim tersebut:

JIKA MEMILIH PENCEN

1. GANJARAN PERKHIDMATAN

7.5% X Jumlah Bulan PErkhidamatan X Gaji Akhir

2. PENCEN BULANAN
1/600 X Jumlah Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir
(Tertakluk kepada pencen maksimum setengah daripada gaji akhir)

3. Faedah Perubatan untuk suami / isteri , anak kurang
upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan dan ibubapa
* Ibubapa hanya semasa pegawai dalam perkhidmatan

4. Pencen Terbitan untuk balu / duda / anak.


JIKA MEMILIH KWSP

1. Caruman KWSP bulanan mengikut kadar untuk majikan (12 %) dan pekerja (11 %)

2. Menerima semua faedah dalam SSM seperti guru lain semasa dalam perkhidmatan

3. Hilang faedah perubatan apabila bersara.

4. Tidak ada bayaran ganjaran pencen bulanan.

5. Terpaksa membayar balik baki pinjaman perumahan sekaligus apabila bersara.

Bila difikirkan, itulah yang memeningkan kepala walaupun tidak pasti umur hayat ini sampai ke tahap itu atau tidak.

21 Oktober, 2008

Isi Borang Pemangkuan Untuk Tingkatan 6

Minggu ini agak kalut sedikit. Peluang yang dibuka oleh Kementerian Pelajaran untuk guru-guru yang pernah mengajar Tingkatan 6 untuk mengisi Borang Pemangkuan Kenaikan Pangkat tidak saya lepaskan begitu sahaja. Terpaksalah saya mencari sijil-sijil dan bukti untuk mengukuhkan permohonan termasuklah surat lantikan sebagai pemeriksa kertas STPM.

Sememangnya saya berminat untuk mengajar Tingkatan 6 kerana telah lama tumpuan diberikan sejak tahun 2002 hingga tahun 2006. Pada tahun 2007, saya mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan selama setahun di Institut Perguruan Darulaman, Jitra dan ketika itulah proses kenaikan pangkat untuk mereka yang mengajar dibuka oleh Kementerian Pelajaran.

Bila penempatan semula dilakukan, saya ditempatkan mengajar di sekolah yang tiada Tingkatan 6 malah saya mengajar subjek utama untuk Tingkatan 2. Bayangkan begitu besar perubahan yang berlaku, walau bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan baik dan saya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada murid-murid saya.

Kini, peluang yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran akan saya gunakan untuk mendapat semula peluang mengajar Tingkatan 6. Bukan kenaikan pangkat ke DG48 yang saya ligan kerana dengan tunggu dan lihat sahaja saya akan dapat juga 'time bases' DG48.

Ramai rakan yang menyuruh saya pergi ke JPN Kedah untuk penempatan semula di sekolah yang ada Tingkatan 6, tapi pengalaman disuruh tunggu sahaja surat penempatan sampai di sekolah lama oleh pegawai di sana menjadikan saya malas berurusan dengan mereka yang berasa diri mereka sudah 'besar' walaupun asalnya mereka juga 'cikgu cabuk' seperti saya.

14 Oktober, 2008

Ubat Hati











...................pesanan dari seorang teman

Bila kau memandang
segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan
keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah
sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu
derita hidupmu,
retaknya hatimu
tapi mungkin
itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat denganNya...

19 September, 2008

SMK SERI PERAK, TELUK INTAN

Di sinilah dunia persekolahan peringkat menengah saya berlangsung. Bermula pada tahun 1982 dan berakhir tahun 1989, iaitu dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 6 sebelum saya menyambung pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang pendidikan. Seri Perak banyak meninggalkan kenangan suka duka dan pengalaman.

Untuk posting kali ini, saya hanya menceritakan dua orang guru yang paling saya kagumi, iaitu Cikgu Hashim dan Cikgu Abdullah Meera.

Kedua-dua orang guru ini adalah guru disiplin dan amat tegas. Tanyalah rakan-rakan dan mereka yang pernah menjadi anak murid mereka, pasti tidak akan lupa kenangan "makan" roti panjang dan tapak tangan.

Memang kedua-dua oarang guru ini amat tegas dan garang. Bayangkan, kalau mereka melalui Blok Tingkatan 5, sepanjang laluan itu kosong, tiada pelajar yang berani bersemuka dan bertembung dengan mereka tambahan lagi kalau ada kesalahan yang dilakukan. Malah kami ketika itu lebih suka bertemu dengan PK HEM daripada mengadap mereka.

Pengalaman saya ditegur oleh Cikgu Hashim kerana tidak memakai lencana sekolah sudah cukup memeritkan. Soal jawab dan pertanyaan beliau dengan nada suara yang tegas sudah cukup membuat saya kecut perut dan tidak berani berhadapan dengan beliau lagi.

Walau bagaimanapun, itu di luar waktu p & p. Semasa p & p, mereka mengajar dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Cikgu Hashim mengajar Geografi sewaktu berada dalam Tingkatan 4 dan 5 sementara Cikgu Abdullah Meera mengajar Matematik Moden .

Semasa mengajar Geografi, Cikgu Hashim akan memastikan kami dapat melakar peta Malaysia dengan baik. Sampai hari ini, saya masih ingat, Semenanjung Malaysia beliau gelar "jantung pisang". Jika ada antara kami yang tidak dapat melakar "jantung pisang", beliau akan panggil ke hadapan dan minta kami melakar di papan hitam.

Sewaktu mengajar, beliau menggunakan "body language" yang menarik seperti seorang penari. Tutur kata beliau amat jelas dan selari dengan pergerakan tubuh yang dilakukan. Ini menjadikan tumpuan kami kepada beliau sewaktu mengajar tidak berganjak kerana ada daya tarikan lain yang menguasai kami.

Berbeza pula Cikgu Abdullah Meera. Bagi memastikan kami mendapat sekurang-kurangnya kredit 6 dalam SPM, kami dipaksa membuat latihan 5 soalan Matematik setiap hari tanpa henti. 6 bulan sebelum SPM bermula, semua soalan SPM tahun-tahun lepas telah habis kami jawab dengan skema jawapan dan jalan pengiraan sekali. Beliau akan memeriksa latihan yang kami buat setiap kali masuk kelas dan hukuman keras akan dikenakan jika tidak latihan yang dibuat pada hari-hari tertentu. Hasilnya, kami yang berada dalam kelas 5 Sains 3, semuanya dapat lulus dan cemerlang dalam mata pelajaran ini. Saya sendiri, walaupun lemah dalam mata pelajaran Fizik, Kimia dan biologi, tetapi dapat A1 dalam Matematik Moden dan C6 dalam Matematik Tambahan.

Itulah dua orang guru sekolah menengah yang saya kagumi sampai ke hari ini. Sebenarnya, ramai lagi guru di SMK Seri Perak pada waktu itu yang mengajar dengan cemerlang, antaranya termasuklah Cikgu Rosnani, Cikgu Roslan, Cikgu Inderani, Cikgu Hamidah, Ustaz Aziz dan Cikgu Noraini (sekadar menyebut beberapa nama). Sesungguhnya, ilmu yang mereka berikan dapat membantu saya menjadi seorang guru yang mampu mendepani pelajar masa kini yang lebih banyak kerenah dan cabarannya.

24 Ogos, 2008

Menjadi Guru

Menjadi guru
Seperti memasuki belantara pengap
Yang tebat suara
Di dalamnya terkurung kejab
Khazanah warisan berkurun jagat
Adalah menjadi tugas kita
Menebas hutan di denai beronak
Mencantas pohon di cerun menurun
Di sini
Tempat kita membuka sebuah ladang besar
Yang luas saujana
Tempat kita menabur benih harapan
Menyemai kejayaan.

Di tengah ladang besar ini
Mengalir sungai waktu menunda bakti
Tempat kita, para pendidik bangsa
Menghanyutkan mimpi kita ke muara
Mengharap anak didik kita
Jadi cendekiawan bangsa bertaraf dunia
Mengharap generasi muda kita
Jadi insan mulia menabur jasa
Mengharap anak miskin dari desa dan kampung
Bisa memindah teknologi dari Jepun
Mengharap anak-anak Malaysia
Bisa mencanang slogan keramat
Ke seantero dunia penuh semangat
Mengharap anak-anak sekolah
Jadi penerus cerita pelanjut sejarah.

Seorang guru bukan lagi
Sebatang lilin membakar diri
Tapi suluh keramat sepanjang usia
Memancar makrifat
Bertunda abad
Menyinar ilmu kalam
Sepanjang zaman
Sekali guru
Gurulah kita sepanjang usia
Sekali berbakti;
Selamanya abadi

Dungun, Ogos 2008
Nukilan: Awang Abdullah


Sajak ini dipetik daripada
Buku Upacara Perasmian Perwakilan NUTP Ke-18
di Copthorne Orchid Hotel, Tanjung Bungah, P. Pinang

20 Ogos, 2008

Pengalaman Kemalangan Jalan Raya

Kejadian yang berlaku pada 5 September 2005 tidak dapat dilupakan sehingga kini. Pada malam tersebut, dalam perjalanan balik ke rumah dari Kuala Nerang, saya telah terlibat kemalangan dengan seekor lembu yang berada di atas jalan raya. Saya sendiri tidak tahu bagaimana kemalangan itu terjadi, cuma yang pasti kelajuan motosikal yang dibawa sudah melebihi 100 km/j.

Menurut anggota polis yang menyiasat kemalangan itu, lembu mati di tempat kejadian. Sementara saya pula dibawa ke Hospital Kuala Nerang dengan trak polis yang kebetulan melalui jalan tersebut. Saya hanya sedar diri setelah diberi rawatan kecemasan di Wad Kecemasan.

Memandangkan kecederaan yang dialami agak teruk, saya dipindahkan ke Hospital Besar Alor Setar. Tulang ulna dan radius tangan kanan patah, 6 metacaple tangan kiri retak, bibir bawah menerima 3 jahitan dan jari kelingking tangan kiri menerima 5 jahitan kerana luka terkoyak.

Malangnya, pada pagi tersebut, saya telah didiscaskan daripada wad kecemasan dan diminta hadir semula pada 14 September 2005 untuk rawatan lanjutan dan pembedahan. Paling memilukan ada petugas wad tersebut yang menyebut, "Mat Rempit, padan muka!!". Walaupun disahkan saya adalah anggota Sukarelawan Polis, permohonan untuk dimasukkan ke wad tidak diterima kerana Wad Kelas Tiga dan Dua telah penuh.

Mujurlah, Penolong Kanan SMK Pokok Sena mengarahkan 2 orang guru, Cikgu Zahir dan Cikgu Ahmad Othman membawa Surat Akuan GL, barulah saya dimasukkan Wad Kelas Pertama. Dalam keadaan tersebut, saya dan anggota keluarga tidak teringat yang kami mempunyai Kad Insuran Perubatan.

Pada 14 September 2008, barulah saya dibawa masuk ke bilik bedah. Jam 2.00 petang saya sudah tidak mengetahui apa yang berlaku seterusnya sehinggalah saya sedar semula lebih kurang jam 9.00 malam.

Malam itu adalah malam yang amat panjang dan menyeksakan. Kesakitan yang dilalui teramat perit sehingga tidak tertanggung oleh badan. Dalam keadaan itu, hanya dua orang yang menjadi sebutan di mulut, pertama mak yang berada di Sungai Manik dan Zana, isteri kesayangan.

Malangnya, kedua-dua insan tersebut tidak ada bersama. Mak sakit dan tidak mampu berjalan jauh, apatah lagi untuk datang ke Alor setar. Zana pula masih dalam pantang selepas bersalin anak kami yang keempat.

Semenjak kemalangan itu juga, saya mendapat ibu kedua yang sentiasa menjaga dan mengambil tahu tentang diri saya sehingga kini. Ibu mentua, Mak Saodah menjadi tempat mengadu kesakitan dan mententeramkan diri. Beliau bukan sahaja menjaga saya tetapi berperanan sebagai ibu sejati kerana saya tidak mampu melakukan apa-apa memandang kedua-dua belah tangan cedera teruk. Sepanjang saya berada di hospital selama 14 hari dan sehingalah saya sembuh, beliaulah yang memandikan, membersihkan badan, memakaikan pakaian dan melakukan segalanya kerana saya ketika itu umpama budak kecil yang tidak mampu berdikari.

Walaupun peristiwa itu telah tiga tahun berlalu, tetapi kesannya amat mendalam. Banyak kenangan lama telah hilang dari ingatanku. Peringkat awal isteri dan anak-anak juga tidak dapat saya ingati dengan baik, malah ada ketikanya saya merasakan mereka seperti orang asing dalam hidup saya.

Kadangkala ada rakan yang menegur saya bila berjumpa, malangnya saya mengambil masa yang lama untuk menginagati mereka semula malah ada yang tidak lagi saya kenali.

Namun, kini semuanya hampir beransur pulih, tapi minta maaf, ada ketikanya saya masih tidak mampu mengingati kenangan lama zaman kanak-kanak, zaman persekolahan rendah, menengah dan universiti kerana kita tidak lagi dapat berhubung bagi memulihkan ingatan saya.

Kesan yang paling ketara, kini saya jarang keluar rumah waktu malam, malah sedaya upaya akan bersama anak-anak dan isteri. Peluang kedua ini Insya-Allah akan saya gunakan untuk membina keluarga yang lebih cemerlang.

09 Ogos, 2008

PTK3 DG44

Inilah Kumpulan PV1 yang diketuai oleh saya sepanjang Kursus PTK3 untuk DG44 yang diadakan pada 2 hingga 9 Ogos di Hotel Berjaya, Pulau Pinang. Walaupun saya adalah peserta yang termuda dalam kumpulan ini, tetapi tiada sebarang masalah dihadapi dan semua ahli memberikan kerjasama penuh dan sedia membantu rakan yang ada kekurangan, terutama semasa "public speaking".

Saya sendiri terasa agak tertekan kerana inilah pertama kali bercakap dalam Bahasa Inggeris di khalayak ramai. Walau bagaimanapun, sokongan rakan-rakan terutama Cikgu Shaharudin, Cikgu Rohani, Cikgu Ibrahim dan kesemua ahli yang memberi galakan dan dorongan membantu saya menghabiskan ucapan sehingga masa yang ditetapkan.

Untuk pembentangan kerja individu pula, kumpulan ini mendapat pujian kerana membantu rakan memastikan "power point" sedia untuk digunakan dan pembentang hanya perlu bersedia untuk berucap di hadapan penilai. Inilah kerjasama untuk sama-sama menikmati kejayaan. Tiada siapa yang mementingkan diri dan sikap ini amat baik untuk diteruskan untuk penambahbaikan kemajuan diri dan perkhidmatan.

UAK PTK DG44

Bermula 2 Ogos hingga 9 Ogos 2008, saya telah mengikuti Kursus Penilaian Tahap Kecekapan 3 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang. Dalam kursus ini, saya telah dilantik sebagai Ketua Kumpulan PV1, walaupun sayalah yang termuda dalam kumpulan tersebut.

Setelah melalui "Public Speaking" dan Pembentangan Kertas Kerja Individu dan Kumpulan, pagi ini hari yang cukup merisaukan bagi saya. Jam 9.00 pagi, Peperiksaan Akhir Kursus untuk PTK DG44 akan dilalui. Walaupun telah melalui banyak jenis peperiksaan sepanjang hidup ini, tapi fobia dengan istilah "PEPERIKSAAN" masih lekat di hati.

Namun segalanya terlerai bila mengunjungi blog isteri tercinta, terpandang wajah puteri kesayangan yang menjadi penawar hati yang duka dan lara. Benarlah seperti yang dinyatakan, 'After 11 years I've been waiting for a daughter , at last my princess was born at 6 Dis 2006. Now she is 1 year and 8 months old'.


04 Ogos, 2008

Masih Adakah Lagi Ruang Untuk Anda Bertindak?

Ruang untuk anda menambah baik diri dan orang yang disayangi.

Ruang untuk dirahmati dan dikasihi (manusia dan pencipta (Allah s.w.t))

Ruang untuk menyesal, bertaubat dan kemudian berubah

Ruang untuk berazam memberi kesan kepada anak-anak dan membahagiakan semua pihak

25 Julai, 2008

Tentang Waktu.....

Saya paparkan sebuah puisi yang menarik. Puisi ini saya ambil daripada blog De_banjar

Ambillah waktu untuk berfikir ;
itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain ;
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa ;
itu adalah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar ;
itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai ;
itu adalah hak istimewa yang di berikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat ;
itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa ;
itu adalah musik yang menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi ;
itu adalah membuat hidup serasa berarti

Ambillah waktu untuk berkerja ;
itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal ;
itu adalah kunci menuju Syurga

16 Julai, 2008

Apa Perasaan Anda sebagai Guru?

Persoalan ini sering menghantui guru, terutamanya guru disiplin. Pada hari ini, pelajar sekolah bukan seperti dahulu lagi. Masih ingat lagi, kalau dahulu sewaktu bersekolah di SMK Seri Perak Teluk Intan, antara tahun 1982 – 1989 ,nampak sahaja kelibat Cikgu Hashim atau Cikgu Abdullah Meera, pasti kami akan melencong. Waktu itu, tiada pelajar yang berani nak berdepan dengan mereka apatah lagi jika tahu ada kesalahan yang dilakukan.

Kini, keadaan sudah jauh berbeza. Pelajar makin rapat dengan guru dan kadangkala boleh bersembang dengan akrab. Masalahnya, ada pelajar yang tidak tahu ketika dan batas hubungan tersebut. Pada saya, pelajar tetap pelajar, mereka mesti menghormati guru yang memberi dan menyumbangkan ilmu untuk kemajuan diri mereka.

Sebagai guru disiplin, ada ketikanya saya terpaksa berdepan dengan pelajar yang bukan sahaja nakal, tetapi juga menggunakan bahasa yang agak kasar dan menyakitkan hati. Sebab itulah, apabila berhadapan dengan pelajar seperti ini, saya lebih selesa duduk atas kerusi daripada berdiri. Dengan cara ini, boleh menyekat saya daripada bertindak pantas, sama ada menggunakan tangan atau kaki.

Bayangkan, kita tanya “Kenapa tak kerat kuku panjang tu?”
Dengan selamba dijawab, “Nak buat macamana cikgu, tumbuh sendiri”.

Bila ditanya, “Kenapa lambat datang ke sekolah?”.
Dengan mudah dijawab, “Jam loceng tak berbunyi”.

Kalau ditanya, “Buat apa warnakan rambut?”
Dijawab dengan nada sinis, “Artis dan menteri kale rambut tak pe, tak kan kami tak boleh kut.”

“Kenapa baju lepas keluar? Tali leher mana?”
“Saya datang sekolah nak belajar, bukan nak menyemat”

Jawapan yang seperti inilah yang memanaskan perasaan guru. Malah, kadangkala kerana jawapan tersebut akhirnya pelajar disabitkan lagi dengan kesalahan melawan guru atau menggunakan bahasa kasar.

Nak buat macamana? Pelajar zaman sekarang!!!!!!

06 Julai, 2008

Umur Bersara 58 tahun. Mampukah saya?

Borang Opsyen Persaraan telah ditandatangani. Walaupun ada pilihan, tetapi pilihan yang diberi seperti perangkap. Memandangkan saya dilantik selepas 12 April 1991, maknanya, jika saya menerima tawaran bersara wajib pada umur 58 tahun dan kemudian memilih untuk bersara awal, saya perlu menunggu sehingga berusia 58 tahun untuk mula menerima pencen. Memandangkan ramai rakan yang memilih untuk bersara pada usia 58 tahun, saya pun ikut sama.

Benar kata mereka. Kita tidak tahu apa nak jadi 15 tahun lagi. Mungkin selepas ini akan ada lagi opsyen persaraan sehingga umur 60 tahun dan perangkap kedua akan dipasang. Mereka yang tidak bersetuju bersara pada umur 58 tahun, tidak dibenarkan untuk memilih melanjutkan perkhidmatan. Apa nak dikata? Segalanya berkemungkinan untuk terjadi.

Yang saya musykil ialah mampukah saya berkhidmat sehingga berumur 58 tahun sebagai guru biasa. Ketika ini peluang kenaikan pangkat dalam kalangan guru amat terhad dan paling ramai guru akan bersara sebagai prebet cabuk. Masuk sebagai prebet keluar sebagai prebet.

Jarak antara kelas kini sudah terasa jauh. Untuk berjalan daripada Blok A ke Blok B sudah terasa penat. Bagaimana nanti untuk naik ke tingkat 3 bangunan mengajar kelas Tingkatan 5 dan turun ke tingkat 1 bangunan untuk mengajar kelas Tingkatan 2 dan turun ke kantin untuk makan tengah hari.

Pada usia 50 tahun, sendi-sendi mulai lemah dan kepenatan akan mula terasa bila berjalan agak jauh dan menaiki bangunan. Cuba beritahu saya, sekolah mana yang ada lif untuk pergerakan antara tingkat? Sampai kiamat pun tiada kerana bangunan sekolah hanya setakat 4 tingkat dan keperluan lif pasti tidak diluluskan.

Saya bercakap sebagai guru biasa. Jika dilantik sebagai pentadbir di sekolah, PPD, Jabatan atau Kementerian lain cerita. Rutin pergerakan dalam sehari mungkin tidak sekerap guru di sekolah yang perlu melakukan segala-galanya. Pernah seorang rakan senoir memberitahu, tugas guru bermula dari tukang sapu sampah dalam kelas, kerani kewangan mengutip yuran persekolahan dan PIBG, kerani pentadbiran mengambil kedatangan pelajar dan memasukkan data pelajar dalam buku rekod kemasukan pelajar dan buku kedatangan pelajar, jurulatih sukan bolasepak dan segala mak nenek permainan dan macam-macam lagi.

Segala tugas tadi perlukan pergerakan yang bukan sedikit malah cukup memenatkan. Kini saya bertanya dalam diri, mampukah saya melakukannya sehingga berumur 58?

Pantun Joget Pahang (P & P KOMSAS Tingkatan 2)

PANTUN JOGET PAHANG

Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami mengucap selamat datang
Apa yang kurang dikeji jangan

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Pukul gendang kulit kerbau
Dalam majlis tari-menari
Kami ini dagang merantau
Mengharap belas orang di sini

Antologi Seuntai kata untuk Dirasa,
Dewan bahasa dan Pustaka


01 Julai, 2008

KSPK TMK 2007

Sepanjang tahun 2007, saya telah mengikuti kursus sepenuh masa di Institut Perguruan Darulaman, Jitra. Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) dalam bidang Teknologi Maklumat. Di sana, saya telah bertemu dengan rakan-rakan baru yang bukan sahaja berlainan negeri, tetapi juga mempunyai minat dan kebolehan yang berbeza.

Sebahagian Peserta Kursus KSPK 2007 bersama pensyarah
sewaktu Projek Khas di Pulau Redang

Bilangan peserta KSPK TMK tahun 2007 tidak ramai, hanya 12 orang sahaja. Jadi, kami boleh mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Tidak wujud masalah komunikasi kerana dalam kumpulan kami ada "orang tua" yang akan menegur atau memberi nasihat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak elok pada pandangan beliau. Kebiasannya nasihat dan pandangan Cikgu Hasbullah kami terima dengan terbuka.

Paling memeranjatkan seorang daripada kami telah mempunyai Master dalam Pendidikan. Kami bagi gelaran Tok Wali untuk beliau. Pada peringkat awal tiada sesiapa antara kami yang mengetahui tapi lama-kelamaan rahsianya terdedah juga. Kini, beliau menjadi pensyarah di MPSAH, Sungai Petani.

Antara kami, Cikgu Nizam dan Cikgu Zul yang paling teror tentang komputer. Kalau ingin kemahiran dan pengetahuan tentang Photoshop, Flash, 3D dan Dreameaver, merekalah yang menjadi rujukan kami.

Subjek Matematik menjadi "kacang" kepada Cikgu Che Nah, Cikgu Sabastian dan Cikgu Mat. Memandangkan di sekolah mereka mengajar Matematik dan Ijazah merekapun berkaitan dengan Matematik, jadi tiada masalah kepada mereka untuk memahami pengajaran pensyarah. Untungnya, mereka tidak pernah kedekut ilmu dan sering mengadakan "kelas tambahan" kepada kami.

Java, subjek yang memeningkan kepala. Rasanya Cikgu Che Nah seorang yang mampu memahami pengajaran pensyarah memandangkan beliau mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan. Aspek logik akal dan aplikasi mampu beliau kuasai. Yang lain boleh kata melopong dan buat-buat reti.

Rakan-rakan lain, Cikgu Suzaini, Cikgu Balkhis dan Cikgu Azizan lebih kurang seperti saya. Kemahiran komputer kami tidaklah sehebat Cikgu Zul dan Cikgu Nizam, namun projek khas dapat juga kami siapkan. Walau bagaimanapun, rasanya antara kami berempat, sayalah yang paling terkebelakang. Satu-satunya yang saya tahu sebelum berkursus hanyalah Microsoft Word, itupun setakat menaip surat. Kalau nak masukkan data, angka dan rajah, mula garu kepala.

Ketua kumpulan kami, Cikgu Syed Khalid paling baik. kadangkala, kami pun tak tau sama ada kami hadir kuliah atau tidak. Yang pasti, kehadiran tetap penuh. Namun, kalau nak tau, kami sentiasa ada di IPDA, mungkin di perpustakaan, kantin atau lepak di pondok hujung bangunan TMK.

Kepada rakan-rakan KSPK TMK 2007, selamat maju jaya, semoga hubungan persahabatan kekal berterusan.

Salam dari saya, AMIN.

27 Jun, 2008

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Petikan ini saya ambil daripada Groups Kulaan Banjar yang dikirim oleh Tukacil Shamsudin

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.

Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.

Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah pada akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah residen tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.............!!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.................

26 Jun, 2008

Bila Hati Berkata-kata

Kepada kau yang tercinta
aku selalu memberi sebuah rasa
Yang tak akan ku berikan sebuh Noda
Dalam cerita kita yang sangat mempesona

Kepada Kau yang Tersayang
tahu kah kau wajah mu selalu terbayang
Disetiap hariku tak akan pernah hilang
dan cintamu membuatku selalu melayang

Kepada kau yang termanis
ada dan menjadi kisah yang terlukis
hidup akan selalu bahagia dan tak akan miris
Dan akan kuberikan cinta tak pernah terkikis

Kepada kau yang tetap tercantik
Tahu kah kau ,kau tetap menarik
Dengan sikap dan tawa mu yang memang unik
Selalu membuat ku menjadi tertarik

kepada Kau yang Terkasih
ku terbuai dengan sifat mu yang pengasih
ku tahu hati mu memang suci bersih
Rasa cinta ini akan ku jaga ,

terimakasih.

25 Jun, 2008

Zaman Persekolahan (SK Permatang)










Telah kuceritakan dahulu, tentang 3 orang guru yang namanya terpahat dalam ingatan dan hari pertama persekolahan di SK Permatang, Parit 7B, Sungai Manik. Bermula dari Darjah 1 hingga Darjah 6, saya menuntut di sana.

Sewaktu di sekolah rendah, saya bukanlah seorang pelajar yang pandai, malah tergolong dalam kumpulan yang lemah. Jika ada peperiksaan, saya biasanya dapat nombor 5 yang terakhir. Malah ketika Peperiksaan Darjah 5, saya hanya mendapat 2B dan 3C.

Memang ketika itu, bukan seperti sekarang. Tiada tiusyen, kelas tambahan maupun motivasi kecemerlangan. Segalanya bergantung penuh kepada pengajaran Cikgu dalam kelas dan kalau bernasib baik, ada Cikgu yang rajin mengadakan kelas tambahan.

Setiap pagi, jam 7.00, ayah atau abang Imie akan menghantar saya, abang Zaki dan adik Fuad ke sekolah dengan basikal tua ayah. Kalau ayah tiada kerja di kebun atau bendang, ayah sendiri yang akan menghantar kami ke sekolah.

Biasanya, adik Fuad akan duduk di batang tengah basikal sementara saya dan abang Zaki di pelantar belakang. Bayangkan, satu basikal tua dengan 4 penumpang.

Kami hanya dibekalkan wang 2 kupang seorang. Tapi biasanya, kami kongsi bila waktu rehat. 2 kupang beli nasi atau mee atau bihun, 2 kupang beli kuih, sekupang beli ais kepal dan sekupang beli keropok atau gula batu.

Walaupun, 6 kupang untuk kami bertiga, jumlah ini sudah lebih daripada mencukupi. Makan kenyang dan tak pernah kelaparan. Kantin sekolah, walaupun ada, tidak beroperasi seperti sekarang. Kami boleh keluar sekolah, makan di kedai A-An atau kedai Utuh.

Balik sekolah, kami berjalan kaki. Bayangkan dari sekolah di Parit 7B ke rumah di Parit 4B, jaraknya lebih kurang 5 kilometer. Walaupun jauh, tapi kerana seronok dan berjalan beramai-ramai, kepenatan tidak pernah terasa. Bukan kami bertiga sahaja yang jalan kaki balik sekolah, malah orang lain pun sama. Jadi, sambil berjalan kaki, ada antara kami yang bercerita dan bermain. Tahu-tahu sudah sampai ke rumah. Memang ada kawan yang naik basikal, tetapi jumlah mereka tidaklah ramai. Rutin ini berulang hingga saya selesai belajar Darjah 6.

Bila teringat kenangan persekolahan ini, kadangkala saya sayu. Bayangkan, kalaulah bukan kerana usaha dan paksaan mak dan ayah agar kami menuntut ilmu, mungkin saya bukan seperti yang ada sekarang.

Ingat lagi ayah berpesan, " Belajar rajin-rajin, jangan jadi macam kami. Nak cari sesuap nasipun payah. Aku tak mahu kesusahan kita berterusan".

24 Jun, 2008

Pantun Kasih Sayang

Layang-layang terbang melayang,
Jatuh ke laut disambar jerung,
Siapa kata abang tak sayang,
Jikalau bunga rasa nak gendong.

Ada satu anak gelanggang,
Sehari-hari turun ke pantai,
Jika sehari takku pandang,
Bagai bunga layu di tangkai.

Bunga melur di atas titi,
Mari dibungkus dalam kertas,
Dalam telur lagi dinanti,
Inikan pula sudah menetas.

Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya,
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.

Lama sudah tidak ke ladang,
Padi sudah dililit kangkung,
Selama tuan tidakku pandang,
Putus hati pengarang jantung.

P & P Bahasa Melayu

22 Jun, 2008

Catatan pilu seorang anak

Kadang-kadang tanpa kita sedar masa berlalu dengan begitu pantas, sedar sedar saat itu kita tahu kita telah semakin berusia. Anak-anak sudah menjadi dewasa, kita semakin jauh meninggalkan kenangan..

Ayah dan mak yang satu masa dulu selalu merotan, memarahi, membebel, membelai, memgusap kita sudah berusia sekarang ini. Kalau dulu rumah besar di bendang itu selalu riuh rendah dengan gelak tawa, riuh dengan pergaduhan, riuh dengan hingar dan bingar sekarang sudah sepi..

Bila aku pulang kali ini ke kampung dan bersama mak ayah, ada kekosongan sekarang ini di mata mereka berdua. Entah kenapa aku melihat sekarang ini mak ayah seolah olah begitu sepi, seolah olah sudah bertahun tahun mereka tinggal cuma berdua...

Aku terkejut tetapi pura pura tidak melihat bila tangan mak mengeletar bila dia ingin memegang cawan atau sudu. Aku terasa sayu melihat ayah terketar- ketar bila dia ingin menyuap makanan. Rasa sebak dan sayu itu begitu mencengkam aku bila aku memeluk ayah dan mak saat ingin kembali semula ke Kedah ....begitu erat pelukan ayah dan abah menepuk nepuk belakang aku dengan penuh mesra dan kasih sayang..aku sudah lupa bila kali terakhir aku merasai usapan sebegitu dari mak..tapi hati begitu tersentuh dan terasa kesyahduannya..

Ingin rasanya aku terus bersamanya selamanya...mengembirakan mereka berdua saat akhir hidup meraka sebagaimana mereka mengembirakan aku. Tapi mana mungkin....mana mungkin..kalau lah aku mempunyai dua kehidupan..satu pasti aku persembahkan kepadamu mak dan ayah!!!

Aku ingin melakukannya agar Amir, Hafiz, Am'mar, Afiq dan Anis juga melakukan sesuatu kepada aku dan isteriku kelak...ianya pasti akan berlaku jua nanti bila tiba saat nya nanti...
Aku pasrah...............

(Ubahsuai daripada Catatan Tepi Blogspot)

Pantun Kekecewaan

Pisau raut hilang di rimba
Pakaian anak raja di Juddah
Karam di laut boleh ditimba
Karam di hati bilakah sudah?

Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa tahu?

Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati

Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang

Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai

Selasih di Teluk Dalam
Datang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung

Chau Pandan, anak Bubunnya
Hendak menyerang kota Melaka
Ada cincin berisi bunga
Bunga berladung si air mata

Anak buaya terenang-renang
Anak kunci dalam perahu
Hanya saya terkenang-kenang
Orang benci saya tak tahu

Masuk hutan berburu musang
Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang
Ayam di sangkar disambar helang

Sakit menebang kayu berlubang
Kayu hidup dimakan api
Sakit menumpang kasih orang
Daripada hidup baiklah mati

Biji saga nampaklah merah
Bawa segenggam pergi ke kota
Hati kecewa amatlah parah
Tidur bertilam si air mata

Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Kusangka nanas di tengah padang
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari

Akar nibung meresap-resap
Akar mati dalam perahu
Terbakar kampung nampak berasap
Terbakar hati siapa yang tahu

Seri Mersing lagulah lama
Lagu dikarang biduan dahulu
Hatiku runsing gundah gulana
Dimana tempat hendak mengadu?

Apa diharap kepada tudung
Tudung saji terendak Bentan
Apa diharap kepada untung
Untung nasib permintaan badan

Penatlah saya menanam padi
Nenas juga ditanam orang
Penatlah saya menanam budi
Emas juga dipandang orang

Padi jangan dicampur antah
Melukut tinggal sekam melayang
Hatiku jangan diberi patah
Meskipun saya dagang terbuang

Kayu cendana di atas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat di dunia memang begitu
Benda buruk tidak dipandang

Payang retak tali bersimpul
Kendi lokan airnya tumpah
Hidup tidak kerana kaul
Mati bukan kerana sumpah

Anak ayam turun satu
Mati seekor habis hilang
Tiada untung modal tak tentu
Perahu tersadai di atas galang

Pukul gendang tiup nafiri
Anak Keling mandi minyak
Saya umpama rumput di bumi
Rendah sekali pada yang banyak

Pecah belah batu di gunung
Seri dewa berjalan malam
Ya Allah, tidak tertanggung
Rasa tidak dikandung alam

Tidak salah bunga lembayung
Salahnya pandan menderita
Tidak salah ibu mengandung
Salahnya badan buruk pinta

Kalau begini tarah papan
Ke barat juga kan condongnya
Kalau begini untung badan
Melarat juga kesudahannya

Nyiur muda luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita dibawah kehendak Allah

Tuan puteri tersadung batu
Ambil ubat di atas para
Alangkah sedih cinta tak restu
Jiwa merana hati sengsara

20 Jun, 2008

Titip Rindu Buat Ayah

"Ayah telah tua", itulah ayat yang kudengar bila ayah ikut sama ke Teluk Intan. Kini ayah tidak lagi berani bawa motosikal ke pekan. Ayah kata dah tak boleh agak jarak dengan kenderaan lain. Nak lintas jalanpun payah, inikan pula nak bawa motosikal.

Arwah nenek pernah cerita, ayah dilahirkan di Sapat, Indonesia. Waktu usia tak sampai 40 hari, ayah, Pak Long, Nenek Bini dan Nenek Laki berhijrah ke semenanjung. Belayarlah empat beranak menyeberangi Selat Melaka dengan menaiki sampan. Selepas mendarat di Pulau Pinang terus ke Bagan Serai membuka tanah di sana. Dari Bagan Serai sekali lagi berhijrah ke Sungai Manik dan keluarga ayah membina kehidupan di Parit 4A. Itu sejarah yang pernah diceritakan arwah Nenek Bini.

Awal tahun 2006, ayah dimasukkan ke hospital. Mungkin kerana kesakitan yang melampau, ayah menggenggam tanganku erat. Ingat lagi katanya, "Sakit............". Selepas pembedahan, pertama kali aku melihat ayah menangis. Kini, tanggapanku berlainan. Bukan lagi kerana sakit, tapi kerana sayu dan hiba dengan perhatian yang diberikan oleh anak-anak. Kesemua anak ayah berjumlah 11 orang berkumpul dan berada di sisinya. Kalau dulu, ayah yang terkenal dengan kegarangannya kini lesu.

Masih lagi kuingat. Waktu itu, usiaku 9 tahun. Pada hari Jumaat, kami kanak-kanak berkumpul di surau untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Kebetulan, pada malam Jumaat, pengajian Al-Quran tiada, jadi bilangan kami cukup ramai. Dan yang lebih menarik minat kami ialah kebetulan malam itu ada kuih-muih yang lazat untuk hidangan selepas membaca Surah Yaasin.

Hendak jadi cerita, malam tu kami ternakal lebih. Sewaktu sembahyang Maghrib, ada antara kami yang tidak sembahyang telah membuka juadah dan makan sampai habis hidangan yang dibawa jemaah. Yang teruknya, bekas hidangan ditutup rapat sehingga tidak ada siapa yang sedar makanan telah selesai 'dikerjakan'.

Selepas Sembahyang Isyak, hidangan dibuka dan jemaah terkejut, yang ada hanya bekas kosong. Lantas terdengar Imam Haji Hamid berkata, "Budak-budak ni datang bukan nak sembahyang, nak cari makan". Kata-kata Imam cukup mengejutkan kami. Terlihat dua tiga orang tua balik. Mungkin terasa dan tersentuh hati mereka.

Ayah masih duduk di sisi Imam. Lepas minum kopi, kami balik. macam biasa, ayah bawa lampu suluh. "Jalan kat depan, pegang tangan adik Fuad tu," kata ayah.

"Nampaknya tak ada apa yang akan berlaku," kata hatiku.

Sampai dekat tangga, aku toleh ke belakang. Nampak ayah mencabut tali pinggang.

"Nak bagi malu aku. Apa....tak cukup makan lagi kat rumah ni.....".

Piap....piap .....piap.....Tali pinggang singgah kat belakangku.

Adik meraung memanggil mak. "Makkkkkkkkkkkk........."

Mak menerpa keluar. "Kenapa? Mengucap, bang..........."

"Budak-budak ni bagi malu. Imam kata kita tak cukup bagi makan. Sebab tu dua beradik ni habiskan makanan kat surau..." kata ayah teresak-esak.

Lepas itu, ayah terus masuk ke rumah. Mak bawa kami ke dalam bilik. Terus masuk kelambu. Sambil menangis mak sapu minyak angin belakang badanku. Adik duduk termanggu, akhirnya lena sambil duduk bersila.

Malam tu aku tak lena. Menangis sepanjang malam. Bukan kerana sakit, tapi hairan dan bingung kenapa ayah memukul dengan tali pinggang. Padahal, bukan aku dan adik yang makan kuih kat surau waktu sembahyang Maghrib.

Jam dinding berbunyi tiga kali. Maknanya sudah jam tiga pagi. Aku masih belum lena, baring meniarap. Belakang masih pedih. Mak baring di sisi sambil bertasbih.

Kulihat kelambu dibuka. Ayah masuk dan rapat padaku. Ayah mengusap belakangku dan berkata kepada emak, "Kesihan, Amat. Aku tahu, bukan dia yang makan. Amat dan Fuad sembahyang sebelah tadi. Tapi Imam kata pedih", kata ayah sambil mencium dahiku.

Semenjak hari itu, kami tak ikut ayah lagi ke surau, sampai hari ini. Kenangan tu aku dan adik tak boleh lupakan. Memang padaku ayah tak bersalah. Siapapun kalau ada hari tu cukup terasa bila Imam kata begitu.

Itu cerita 3o tahun dahulu. Kini, ayah jauh berbeza. Kalau cucu minta apapun, selagi boleh ayah akan penuhi. Bukan anakku saja, tapi semua cucunya. Kalau kami dahulu, rotan dan tali pinggang, boleh katakan tiap minggu ada yang kena, kini cucu balik minta apapun semua ada.

Baru minggu lepas aku pulang dan jumpa ayah. macam biasa, lepas bersalaman kami bercerita hal keluarga dan isu semasa. Entah kenapa lepas minum petang tu ayah merenung wajahku.

"Kalau marah, jangan rotan budak-budak tu. Dulu lain, sekarang lain. "

Aku tahu, ayah masih ingat lagi kisah lama. Tak mungkin ayah minta maaf. Tapi bagiku, seorang ayah tetap tak salah, walau dia tersalah tindakan. Ayah hanya menjalankan amanah menjaga anak agar menjadi 'orang berguna'.

Kepada orang yang menjadi pemimpin, biar di mana kedudukan dan tarafnya, jagalah tutur kata. Kadangkala kata-kata kita menjadi bisa kepada orang lain yang tak mengerti makna tersirat ucapan kita.

Kepada abang, kakak dan adik, kutitipkan lagu ini untuk kenangan.

Titip Rindu Buat Ayah - Ebiat G. Ade

19 Jun, 2008

KSPK - Kursus Sijil Perguruan Khas

Ramai yang bertanya saya,"Macamana hang boleh buat semua ni? Yang aku tau hang antara member-member kita yang buta komputer?

Sebenarnya saya telah mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Institut Perguruan Darulaman, Jitra sepanjang tahun 2007.

Pemergian saya berkursus mungkin tidak disedari oleh rakan-rakan kecuali yang bertugas satu sekolah. Tambahan lagi, saya tidak berpindah rumah dan berulang alik dari rumah ke IPDA. Jadi, bagi mereka saya mungkin masih bertugas di tempat yang sama.

Tapi selepas berkursus, berlaku suatu perkara yang tidak begitu digemari oleh guru dan kadang kala amat ditakuti. Penempatan semula. Saya rasa inilah perkara yang menyebabkan ramai guru tidak mahu menyertai kursus sepenuh masa. Mungkin di pihak yang berkenaan boleh memikirkan agar guru-guru yang berkursus sepenuh masa ditempatkan semula di tempat asal bertugas kecuali atas permohonan mereka.

Bagi saya, penempatan semula bukanlah perkara yang dirisaukan. Namun, berlaku juga beberapa perubahan.

Pertama, saya terpaksa meneliti semula silibus kerana tidak lagi mengajar mata pelajaran yang sama. Memandangkan, saya melapor diri pada awal tahun persekolahan, jadual waktu telah siap dan guru mengajar telah ditetapkan. Jadi saya hanyalah 'paste' guru yang keluar dari sekolah pada awal tahun.

Kedua, walaupun mengajar mata pelajaran yang sama, tapi tingkatan yang berlainan. Terpaksa lagi meneliti dan mengkaji isi kandungan silibus kerana tahap dan bahan pengajaran berbeza mengikut tingkatan.

Ketiga, kalau dulu mengajar sesi pagi, kini mengajar sesi petang. Aturan kehidupan berubah. Pengurusan anak-anak ke sekolah dapat dilaksanakan tetapi waktu mereka balik terpaksa minta bantuan isteri dan rakan.

Dan yang keempat, ketika rakan lama sibuk berbincang mengenai kenaikan pangkat bagi mereka yang mengajar Tingkatan 6, kita hanya jadi pemerhati dan pendengar. Walaupun telah lama mengajar Tingkatan 6 dan menjadi pemeriksa kertas, peluang ini terlepas kerana penempatan semula di sekolah yang tiada Tingkatan 6.

Walau bagaimanapun, saya yakin rezeki ada di mana-mana. Kadangkala, kita kena melepaskan sesuatu yang kita hargai untuk mendapatkan sesuatu yang lebih berharga dan bermakna. Dengan adanya kemahiran penggunaan komputer, saya kini lebih berkeyakinan dan berani berbincang tentang perkembangan isu semasa kerana maklumat ada di 'hujung jari'. Lagipun, saya kini telah berada pada gred DG44 dan tunggu sajalah 'time bases' untuk naik ke gred yang lebih tinggi. Kata pepatah Melayu, "takkan lari gunung yang dikejar".

Akhir sekali, melalui kursus inilah saya terdedah dengan komputer dan mengetahui banyak perkara yang sebelum ini begitu payah dan janggal untuk diterokai. Baik pensyarah mahupun rakan sekursus serta isteri yang lebih mahir tentang komputer berbanding saya banyak membantu dan hasilnya kini, blog ini berjaya saya paparkan.

17 Jun, 2008

Temuduga Jawatan Nazir Persekutuan (17/6/2008)

Pada hari ini jam 8.30 pagi saya hadir di Bangunan Menara Peladang, Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar untuk temuduga jawatan Nazir Persekutuan.

Saya yakin, berdasarkan proses temuduga dan perbincangan secara kumpulan, harapan saya cerah untuk mendapat jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, berserah kepada Alllah s.w.t yang menentukan.

Inilah temuduga yang tidak langsung memberi tekanan kepada saya kerana bukan untuk minta kerja tetapi cuma untuk sedikit perubahan dalam kerjaya. Kadang kala, perubahan perlu untuk memantapkan sahsiah diri dan kemajuan perkembangan perkhidmatan.

LAGU UNTUK RENUNGAN

Lagu Bicara Buat Teman nyanyian Shidee ini saya muatkan untuk rakan-rakan sepermainan, persekolahan dan juga pengunjung Blog ini. Semoga tuan/puan memahami kenapa kita kini saling berjauhan dan hanya kenangan yang menjadi ikatan perhubungan.

Kapada rakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang, Parit 7B, Sungai Manik, Teluk Intan seperti Jais, Jaman, Dabuk, Mat Saleh, Dabur, Itai, Rubiah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama) serta rakan di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan (1982 - 1989), selepas ini akan saya muatkan pula kenangan kita sewaktu bersama menuntut ilmu di sana.

Salam buat semua

15 Jun, 2008

TERINGAT KAWAN SEPERMAINAN

Kadang kala pada waktu berseorangan, kenangan lama mulai menjelma. Entah apa khabar kawan sepermainan kini. Ada antara mereka yang telah putus perhubungan kerana telah berpindah atau bertugas di tempat lain.

Khabarnya Umpu (Rosli Ijom) kini berada di Negeri Sembilan. Setelah kedua orang tuanya meninggal dunia beliau telah menetap di sana. Berita terakhir yang diterima, beliau kini mengidap sakit buah pinggang yang serius serta memerlukan rawatan berkala.

Unil (Suhaimi Deraman) kini menetap di Kuala Lumpur. Memandangkan dialah kawan yang paling awal berkahwin, sekarang telah mempunyai cucu.

Utoh (Dollah Ijom) juga menetap di Kuala Lumpur. Walaupun begitu, beliau sering datang ke kampung berulang alik kerana mengusahakan bendang sendiri.

Capang (Mamat) juga menetap di Kuala Lumpur. Khabarnya bertugas dengan salah sebuah surat khabar harian di sana. Walaupun Mamat kawan yang termuda dalam kumpulan kami, tetapi dia seorang yang peramah dan rajin membantu jika diminta melakukan sesuatu.

Jaki (Zaki) sering kali berulang alik ke kampung. Rumahnya terletak di Ipoh dan dia juga mengusahakan bendang sendiri. Jaki bekerja dengan sebuah kilang membuat paip di Ipoh.

Satu-satunya kawan sepermainan yang menetap di kampung ialah Halim. Dia mengusahakan bendang dan mengambil upah kerja-kerja kampung dan mengait kelapa sawit. Dialah juga satu-satunya rakan sepermainan yang masih belum berkahwin sampai hari ini. Yang hairannya kami sendiri tidak tahu kenapa dan apa punca yang menyebabkan beliau jadi begitu.

Kami bertujuh biasanya berkumpul apabila hujan lebat. Keadaan ini kami fahami sendiri. Bila hujan lebat kami akan mencari burung yang kesejukan.

Setiap seorang daripada kami memang mempunyai sebatang buluh yang panjangnya lebih kurang dua kaki. Buluh ini gunanya untuk menghalau burung yang bersembunyi dalam semak atau menyelam dalam air. Jika burung itu terbang, tujuh batang buluh akan terbang mencari sasaran dan buluh yang kena serta menyebabkan burung jatuh akan memiliki habuan itu.Biasanya burung yang mejadi idaman kami ialah wak-wak, pucung, ayam-ayam, belibis dan sintar.

Setiap kali kami berburu, setiap seorang paling kurang dapat dua ekor. Inilah kehebatan kawan sepermainan. Kami akan memastikan ada habuan untuk dibawa pulang dan dimasak untuk setiap orang. Jadi adalah alasan untuk melepaskan diri dari dimarahi mak ayah kerana bila pulang pasti kami menggigil kesejukan kerana kehujanan sepanjang mencari rezeki yang enak dan menyegarkan itu.

14 Jun, 2008

MEMANCING BELUT

Sepanjang zaman kanak-kanak di Kampung Sungai Manik, kenangan yang paling menyeronokkan ialah ketika memancing belut. Pada masa itu (awal tahun 1980-an) harga belut cukup mahal bagi kami. Bayangkan sekati belut berharga RM0.80. Dua ekor belut besar sudah sekati. Jadi setiap kali memancing, kami memperoleh lebih kurang RM10.00 - RM20.00 seorang.

Biasanya kami memancing belut berkumpulan. Jika berlaku sesuatu ada kawan yang boleh ambil tahu keadaan kita. Tambahan lagi, memancing belut juga agak berbahaya, mungkin lubang yang dipancing lubang ular tanah atau batas bendang yang dilalui tempat ular tedung bersarang. Keselamatan lebih terjamin jika memancing berkumpulan.

Panjang batang pancing lebih kurang sejengkal, tali tangsi sekaki dan mata kail yang digunakan bersais kecil, biasanya mata kail untuk ikan puyu. Umpan katak atau anak ikan boleh didapati di tepi batas bendang dan kebetulan pada masa itu katak kecil dan anak ikan sangat mudah diperolehi.

Lubang belut terletak di tepi batas bendang. Bila dikais sedikit jumpalah lubang yang separas dengan gigi air. Lubang kedua terletak dalam air biasanya satu kaki dari batas bendang. Lubang ini digunakan oleh belut untuk keluar mencari makan waktu malam atau lari jika terancam.

Pabcing akan diunjun dan dimainkan di atas air dalam lubang belut hingga air berkocak. Biasanya tak lama dua atau tiga minit pancing akan dipatuk.

Lepas itu, bermulalah aksi main tarik tali pancing. Sekiranya belut melawan, tali akan dilepaskan sedikit dan jika tidak terus saja tarik sehingga belut terkeluar dari lubangnya.

Belut dikapit dengan satu atau dua jari, biasanya jari hantu dan jari tunjuk. Dengan cara ini tidaklah licin memegangnya. Kadang kala belut akan melilit tangan masa membuka pancing tapi, sebaik sahaja pancing ditanggalkan, belut akan dimasukkan dalam beg plastik yang tebal.

Walaupun seronok memancing, kami sentiasa berhati-hati. Darah belut tidak boleh kering di badan kita, jika berlaku ketuat akan tumbuh. malah ada antara kami yang cukup pantang pancingnya dilangkah atau dipegang oleh orang lain.

Memandangkan aktiviti memancing belut ini merosakkan batas bendang, ada tuan tanah yang akan memarahi kami jika memancing di batas mereka. Malah pernah sekali kami diligan dengan parang panjang kerana tuan tanah marah batas bendang rosak dipijak beramai-ramai atau semasa mencari lubang belut.

Walau bagaimanapun, itu semua hanya kenangan kini. Sekarang, saya tidak pernah lagi mendengar aktiviti memancing belut dalam kalangan kanak-kanak di kampung. Buat Umpuk, Unil, Baha, Utuh, Urek, Jaki, Jamal, Halim dan Capang semoga semuanya gembira dan bahagia selalu walaupun, jarang kita dapat berjumpa.

07 Jun, 2008

Garang Tapi Berjasa

Sepanjang 6 tahun belajar di SK Permatang, tiga orang cikgu yang sentiasa namanya terpahat dalam ingatan. Pertama Cikgu Kamarudin Mahidin, kedua cikgu Zaiton dan ketiga Ustaz Mohidin.

Ketiga-tiga guru ini garang dan sentiasa ada hukuman jika melakukan kesilapan. Namun kerana tindakan mereka itulah nama mereka terpahat dalam ingatan dan setiap kali terluang doa dipanjangkan untuk mereka.

Cikgu Kamarudin Mahidin pernah menghukum kami sekelas sewaktu darjah 4 kerana tidak hafal sifir 12. Kami dirotan di betis sehingga ada yang luka kerana rotan tersebut telah pecah. Walaupun garang tapi beliau membeli pembalut luka untuk beberapa orang rakan sekelas termasuk saya. Yang menghairankan tidak ada seorangpun daripada kami yang mengadu kepada ibu bapa. Malah saya sendiri bila ditanya emak kenapa kaki luka, jawapan saya terjatuh ketika main karate.

Cikgu Zaiton agak berbeza sedikit. Jika kami melakukan kesalahan terutama dalam penulisan, kesilapan itu akan diconteng pada pipi kami dengan dakwat merah. Beliau tidak pernah pilih kasih, malah anak cikgu SK Permatang yang sekelas dengan kami, bernama Iqbal juga tidak terkecuali. Akibatnya kami sentiasa berhati-hati dan menjaga setiap buku yang akan diperiksa beliau serta menulis dengan cermat, takut melakukan kesilapan.

Sewaktu belajar di SK Permatang, kami sembahyang Jumaat di Masjid bersebelahan sekolah. Setiap kali sembahyang pengawas akan bertugas mengawal kami dan jika bising nama akan diserahkan kepada Ustaz Mohidin. Boleh dikatakan setiap kali perhimpunan pagi pada hari Isnin, sentiasa ada pelajar yang dirotan kerana main atau buat bising waktu sembahyang. Hasilnya, selepas beberapa minggu tiada lagi yang berani dan tindakan Ustaz Mohidin ini bagi saya kini amat sesuai dilaksanakan. Kalau kita perhatikan kini, boleh dikatakan hampir setiap masjid menghadapi masalah kanak-kanak bising dan bermain ketika khutbah Jumaat.

Itulah tiga orang guru yang namanya masih terpahat dalam ingatan. Walaupun berbeza pendekatan, kini setelah dewasa barulah saya mengerti tanpa mereka mungkin saya tidak seperti sekarang, berjaya belajar sehingga ke Menara Gading.

Kini giliran saya pula mendidik anak bangsa. Mungkin pendekatan yang diamalkan oleh tiga orang guru yang disebut tadi tidak sesuai lagi sekarang tapi matlamat tetap sama, mahu anak murid berjaya dan kalau boleh lebih pandai daripada mereka.

Kepada guru-guru lain yang namanya tidak disebut di sini, saya mohon maaf. Mungkin kerana tiada kenangan yang menyebabkan nama cikgu tidak lekat dalam ingatan. Tapi buat Cikgu Salam, Cikgu Kamarudin Manan, Cikgu Razak, Cikgu Kulwinder kaur serta guru-guru yang pernah mengajar di SK Permatang antara tahun 1976 - 1981 saya ucapkan 'terima kasih cikgu'.
Jasa cikgu tidak akan saya lupakan.

05 Jun, 2008

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG, SUNGAI MANIK - SEGALANYA BERMULA DI SINI

Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan ini apabila berkunjung kembali ke sekolah asal. Di sinilah segalanya bermula untuk diri saya. Tahun 1976, saya memasuki darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Permatang, Parit 7, Sungai Manik, teluk Intan, Perak.

Masih terbayang lagi, ayah menghantar ke sekolah untuk kali pertama dengan basikal tua. Selepas pendaftaran, terus ayah pulang dan tinggallah seorang diri tanpa ada sesiapa yang dikenali.

Guru kelas waktu itu, Cikgu Salasiah (maaf, jika tersilap, hanya berdasarkan ingatan) melayan kami dengan baik dan tenang. Dan satu keistimewaan guru darjah 1 di SKP mesti boleh memahami bahasa Banjar. Bagi kami waktu itu, Bahasa Melayu agak asing kerana bukan bahasa pertuturan harian. Ingat lagi ayat pertama yang disebut kepada beliau, "Cigok, akok handak bekamih" (Cikgu, saya hendak buang air kecil).

19 Mei, 2008

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Dimuatkan gambar-gambar Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah) yang diadakan pada 18 Mei 2008. Meriah, menarik dan meninggalkan kenangan kepada guru-guru yang berbakti di sini.
Perarakan masuk Pengetua dan guru-guru
Kepimpinan utama SMK Jabi menadah tangan memohon doa daripada Yang Maha Esa
Ucapan wakil pelajar, membacakan perutusan KPPM, YB Menteri Pelajaran dan ucapan Pengetua
Para pelajar tekun mendengar amanat dan ucapan
Ikrar Guru, nyanyian "Guru Malaysia" , "Guru Cemerlang Negara Terbilang" dan potong Kek Hari Guru
Sukaneka
Penyampaian hadiah dan Jamuan
Banyak lagi gambar-gambar yang menarik yang tidak dimuatkan di sini seperti persembahan pelajar, persembahan guru dan acara pemilihan guru popular mengikut kategori yang ditetapkan.

Semoga kenangan Hari Guru SMK Jabi kekal dalam ingatan.

18 Mei, 2008

SAJAK "GURU O' GURU"

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dailah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

17 Mei, 2008

BERBURU KE PADANG DATAR

Berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

16 Mei, 2008

SELAMAT HARI GURU (16 MEI 2008)

Selamat Hari Guru kepada semua warga Pendidik. Semoga jasa bakti sentiasa mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa