14 Oktober, 2008

Ubat Hati











...................pesanan dari seorang teman

Bila kau memandang
segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan
keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah
sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu
derita hidupmu,
retaknya hatimu
tapi mungkin
itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat denganNya...

4 ulasan:

Anak muda berkata...

Nampak sedih saja baca tulisan Cikgu. Ada apa-apa ke?

Zul-Elle berkata...

Memang hati nak kena selalu diubati cikgu,
Sebab penyakitnya pun banyak bermula dari hati,
keras hati, panas hati, patah hati, sakit hati, irihati, semuanya penyakit kan tu...,
tambah lagi dengan hati batu, busuk hati, memang parah sakitnya.
dan satu lagi... tak ada hati perut, ni kes naya betul!

guru_cikgu berkata...

Benar zul-elle. Hati "segumpal daging" yang banyak mempengaruhi tindakan manusia sehingga boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan

Leenoh berkata...

Assalamualaikum.
Pokok Sena tempatnya berbukit.
Langgar pokok sena gajah mati.
Nukilan sajak walau sedikit.
Tercapai juga mesej di hati.