09 Disember, 2008

Gurindam Untuk renungan

Salam Aidiladha buat semua

Saya telah menerima email yang ditulis oleh Hassan Marsad dari Temerloh, Pahang. Email beliau dalam bahasa Banjar, tetapi saya terjemahkan untuk renungan semua

Malas sekolah malas mengaji
itu tanda orang yang rugi

Kalau nasihat tidak dituruti
bakal menyesal hingga ke mati

Bercakap seorang sambil tersenyum
itu tanda orangnya miring

Kalau berbelanja berhabis-habisan
itu tanda susah nak senang

Kalau kerap meninggal sembahyang
janjinya sukar hendak dipegang


Sapa-sapa yang terasa bila membaca posting ini, faham-faham sajalah.

4 ulasan:

Zul-Elle berkata...

Salam Cikgu...

Memang mengena jer gurindam tuu...
tapi klu disertakan sama versi asal bahasa banjar tu elok gak rasenye... boleh gak kami2 ni tumpang belajar bahasa baru!

guru_cikgu berkata...

Salam Zul-Elle,,

Bila terima email tu saya pun agak dia nak perli kut, tapi tak pe, itu cara orang Melayu nak sampaikan hasrat hati tanpa menyinggung orang lain.

Berkenaan Bahasa Banjar, kalau ada isu lain nanti saya paste terus untuk semua, bukan apa, kadang-kadang sukar sikit orang lain nak faham bahasa ni.

Dasha berkata...

"Gurindam Untuk renungan"

Dasha berkata...

iiiopip