19 September, 2008

SMK SERI PERAK, TELUK INTAN

Di sinilah dunia persekolahan peringkat menengah saya berlangsung. Bermula pada tahun 1982 dan berakhir tahun 1989, iaitu dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 6 sebelum saya menyambung pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang pendidikan. Seri Perak banyak meninggalkan kenangan suka duka dan pengalaman.

Untuk posting kali ini, saya hanya menceritakan dua orang guru yang paling saya kagumi, iaitu Cikgu Hashim dan Cikgu Abdullah Meera.

Kedua-dua orang guru ini adalah guru disiplin dan amat tegas. Tanyalah rakan-rakan dan mereka yang pernah menjadi anak murid mereka, pasti tidak akan lupa kenangan "makan" roti panjang dan tapak tangan.

Memang kedua-dua oarang guru ini amat tegas dan garang. Bayangkan, kalau mereka melalui Blok Tingkatan 5, sepanjang laluan itu kosong, tiada pelajar yang berani bersemuka dan bertembung dengan mereka tambahan lagi kalau ada kesalahan yang dilakukan. Malah kami ketika itu lebih suka bertemu dengan PK HEM daripada mengadap mereka.

Pengalaman saya ditegur oleh Cikgu Hashim kerana tidak memakai lencana sekolah sudah cukup memeritkan. Soal jawab dan pertanyaan beliau dengan nada suara yang tegas sudah cukup membuat saya kecut perut dan tidak berani berhadapan dengan beliau lagi.

Walau bagaimanapun, itu di luar waktu p & p. Semasa p & p, mereka mengajar dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Cikgu Hashim mengajar Geografi sewaktu berada dalam Tingkatan 4 dan 5 sementara Cikgu Abdullah Meera mengajar Matematik Moden .

Semasa mengajar Geografi, Cikgu Hashim akan memastikan kami dapat melakar peta Malaysia dengan baik. Sampai hari ini, saya masih ingat, Semenanjung Malaysia beliau gelar "jantung pisang". Jika ada antara kami yang tidak dapat melakar "jantung pisang", beliau akan panggil ke hadapan dan minta kami melakar di papan hitam.

Sewaktu mengajar, beliau menggunakan "body language" yang menarik seperti seorang penari. Tutur kata beliau amat jelas dan selari dengan pergerakan tubuh yang dilakukan. Ini menjadikan tumpuan kami kepada beliau sewaktu mengajar tidak berganjak kerana ada daya tarikan lain yang menguasai kami.

Berbeza pula Cikgu Abdullah Meera. Bagi memastikan kami mendapat sekurang-kurangnya kredit 6 dalam SPM, kami dipaksa membuat latihan 5 soalan Matematik setiap hari tanpa henti. 6 bulan sebelum SPM bermula, semua soalan SPM tahun-tahun lepas telah habis kami jawab dengan skema jawapan dan jalan pengiraan sekali. Beliau akan memeriksa latihan yang kami buat setiap kali masuk kelas dan hukuman keras akan dikenakan jika tidak latihan yang dibuat pada hari-hari tertentu. Hasilnya, kami yang berada dalam kelas 5 Sains 3, semuanya dapat lulus dan cemerlang dalam mata pelajaran ini. Saya sendiri, walaupun lemah dalam mata pelajaran Fizik, Kimia dan biologi, tetapi dapat A1 dalam Matematik Moden dan C6 dalam Matematik Tambahan.

Itulah dua orang guru sekolah menengah yang saya kagumi sampai ke hari ini. Sebenarnya, ramai lagi guru di SMK Seri Perak pada waktu itu yang mengajar dengan cemerlang, antaranya termasuklah Cikgu Rosnani, Cikgu Roslan, Cikgu Inderani, Cikgu Hamidah, Ustaz Aziz dan Cikgu Noraini (sekadar menyebut beberapa nama). Sesungguhnya, ilmu yang mereka berikan dapat membantu saya menjadi seorang guru yang mampu mendepani pelajar masa kini yang lebih banyak kerenah dan cabarannya.

10 ulasan:

ijad berkata...

salam... selamat aidilfitri 2008

maimunah berkata...

hai... u sape ek..i rasa sama kelas jer...tergelak jugak bila baca tentang cikgu dolah dan cikgu hashim tu.....u tahun braper ting 5 ek...i tahun 1986 kelas 5 sains 3...

KD Putra berkata...

Assalamualaikum....saya juga bekas pelajar SEMARAK dari 1981 - 1985, sekarang bertugas di JITRA, Kedah..
Sedang mencari rakan-rakan lama.. tahun 81-1A Volkesyonal, 82-2AV, 83-3AV, 84-4S3 n 85-5sains3 (1985).
email saya azizan6462@yahoo.com.my

Tanpa Nama berkata...

salam...ade jugak xsmsp..dah puas dok search kat net dari tahun 96 dulu lagi...saya batch 79-84 (1-L6). SPM 83. Teringat cikgu Hashim, ada lagi ke dia tu...pernah kene roti panjang & pernah tolong dia periksa markah utk SRP...dpt RM20 kut masa tu.

Tanpa Nama berkata...

salam..

i jugak pelajar dr semarak. Thn 1983 - 1987, pd rakan2 tgkt 5sc2 tahun 1987 boleh add i kat facebook Normala Abas. atau email kat i lyrina12@yahoo.com. Semoga dpt mengimbau kenangan silam kita.

azha berkata...

saya azhar amat..seingat saya satu kelas dengan azizan.84 ting 4sc 2..85 ting 5 sc 3. satu kelas dgn arrifin aziz la cikgu.la saya bertugas di jabatan krajaan pusat. pulau pinang

azha berkata...

email saya azhamt@yahoo.com

Cik_ra berkata...

A'kum....saya student SEMARAK (seri perak)...sekolah ada buat majlis perjumpaan dgn xsemarak...pd msa yg sma boleh beri sumbangan untuk pembinaan surau baru kt skola....datangla....semua xsemarak dijemput hadir pada 30.10.2010....

SelagiAdaGula berkata...

Sedih pulak terkenangkan SMK Seri Perak ni....maaf baru jumpa blog,saya ahli seumur hidup Persaatuan Bekas Pelajar Seri Perak....tapi macam dah terputus hubungan je...

Tanpa Nama berkata...

salam.. saya nak comment jugak la kat sini.. saya wan nor haniza bekas pelajar sekolah menengah seri perak, teluk intan. kini berkhidmat di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Turut mencari kawan 1 sekolah. Meninggalkan sekolah Menengah Seri Perak tahun 1990. Rindu pada cikgu cikgu yg telah mengajarku.dan kawan-kawan 1 sekolah.. semuanya lost contact.. kalau kenal saya.. hubungi saya di email haniza@matrade.gov.my