14 November, 2008

Rumah di kampung

Rumah di kampung
di situ kita dibesarkan
di situ tinggal kenangan
di situ tinggal dua insan kesayangan

Pulanglah
desa menanti kepulangan
waktu cuti sekolah yang panjang

3 ulasan:

Anak muda berkata...

Salam,
Cantik gambar kampung cikgu. Saya dah lama kehilangan kampung. Mak ayah asal di bandar dan saya dibesarkan di bandar.Isteri pun orang bandar.
Ingin merasai hidup di kampung di kelilingi sawah padi nan luas terbentang.

Zul-Elle berkata...

Nak nyanyi sikit...

"Betapa indahnya negeri orang, tak seindah tanah tumpah darahku.
Wajah sanak saudara nan tercinta,
bermain di mataku, sungguh meriah"\
... tima kasehhhh< alleycats!

guru_cikgu berkata...

Terima kasih anak muda,
Kalau anak muda nak merasai hidup di kampung, hubungi saya. Siap dengan homestay saya sediakan, tapi janganlah ramai, anak muda sekeluarga sahaja.

Buat zul-elle,
Kata orang "tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain". Lirik lagu ini mungkin mengingatkan kita kenangan silam.

Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang

Di sini ku rindu
Kampung halaman
Yang lama kutinggalkan

Berita Dari Rantau-Alleycats