17 Jun, 2008

Temuduga Jawatan Nazir Persekutuan (17/6/2008)

Pada hari ini jam 8.30 pagi saya hadir di Bangunan Menara Peladang, Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar untuk temuduga jawatan Nazir Persekutuan.

Saya yakin, berdasarkan proses temuduga dan perbincangan secara kumpulan, harapan saya cerah untuk mendapat jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, berserah kepada Alllah s.w.t yang menentukan.

Inilah temuduga yang tidak langsung memberi tekanan kepada saya kerana bukan untuk minta kerja tetapi cuma untuk sedikit perubahan dalam kerjaya. Kadang kala, perubahan perlu untuk memantapkan sahsiah diri dan kemajuan perkembangan perkhidmatan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!
Doa Ana bersamamu,mimpi semalam dah jadi kenyataan, moga berbahagia selalu.