30 April, 2009

Kehidupan Baru Bermula?

Benarkah pernyataan itu? Entahlah, saya sendiri tidak berasa apa-apa perbezaannya, hari ini dengan semalam. Hari ini genap umur saya 40 tahun, sudah tuakah saya? Entahlah, rasanya tiada yang menarik dengan perubahan umur ini.

Rutin kehidupan berjalan seperti biasa. Bangun pagi jam 5.40, terus mandi dan buat persiapan diri. Selepas selasai tugas hakiki kepada Ilahi, sekali lagi bersiap diri untuk pergi bekerja. Sambil itu, bangunkan anak-anak dan minta mereka melengkapkan diri untuk ke sekolah.

Jam 6.55, ajak anak yang ketiga, A'mmar naik kereta dan bergerak ke Tadika Cahaya Idaman. Selepas menurunkan A'mmar, bergerak melalui jalan Jitra-Alor Setar, kemudian ambil simpang ke kiri di Pekan Kepala Batas, ambil simpang ke kanan di Bukit Tinggi dan sekali lagi simpang ke kiri menuju ke Bukit Pinang.

Sebelum sampai ke Bukit Pinang, ambil simpang ke kiri dan memandu terus melalui Taman Pinang Jaya, Kampung Kubang Lintah dan bila sampai di Lancuk-Padang Kunyit, simpang ke kanan melalui Telaga Mas, Bukit Teriak. Sampai di Tandop Satu berhampiran Kampung Belukar, ambil ke kiri melalui jalan sepanjang Sungai Santap.

Bila tiba di simpang Jalan Alor Setar-Kuala Nerang, simpang ke kiri lagi. Lebih kurang 300 metar, sekali lagi simpang ke kanan di Persimpangan Kebun 500. Dalam jarak 100 meter, simpang ke kanan memasuki kawasan sekolah.

Itulah rutin harianku. Mujurlah sepanjang perjalanan sawah padi sentiasa berubah wajah mengikut musim. Ada ketikanya hijau saujana mata memandang, ada ketika pula kuning padi masak manghimbau perasaan. Paling menarik bila melihat ada kanak-kanak dan orang tua berlari-lari anak membakar jerami selepas dituai hasilnya.

Pernah beberapa kali saya berhenti memandu kereta bila melihat kanak-kanak mengikut traktor membajak sawah. Mereka berebut-rebut dan saling bertolakan menangkap ikan keli, haruan dan puyu yang mabuk diputar mesin.

Saya sendiri tidak pasti sampai bila rutin ini akan berlangsung.

Yang pasti, saya sendiri tak merasai perubahan umur ini, biarpun belum ada yang mengucapkan Selamat Hari Jadi.

5 ulasan:

Julak berkata...

Saya yang pertama,

Selamat hari jadi, moga panjang umur, murah rezeki dan hidup dirahmati Allah.

admin berkata...

bila baca kisah ni....teringat mase saya b'umur 10 tahun....macam tu la keaadaan saya....memandangkan saya ni orang sawah....tiap kali musim menuai....kami akan ikut mesin padi....ngan traktor....seronok....terima kasih sebab dapat mengimbau kenangan lalu....

insan pendidik berkata...

Assalamualaikum,

Selamat Hari Lahir, teringat kata-kata life begins at forty, semoga menjadi transformasi kepada anda untuk menjadi pendidik yang cemerlang dan pemimpin keluarga yang terbilang.

Sister berkata...

690430-permulaan no IC...sentiasa di ingatan, cuma tak terucap, dizahirkan "selamat hari lahir ke 40" banyak perubahan yang disedari berbanding zaman bujang trang tang2 dulu dengan sekarang ni.. cuma bila nak berubah jadi suami yang soleh demi membangunkan anak-anak soleh dan solehah sebagai bekalan di alam barzakh nanti..........

KR berkata...

Wishing you a happy belated 40th birthday. Welcome to the club.

Life begins at 40. There are some truths in it.

Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali said, there are five significant / defining moments in a human’s life cycle.

First, the moment we are born into this world. Despite being not the greatest creation, we are the best creation. Being the best, we are not born for nothing. We are born (created) with purpose, essentially is the worship of God al Mighty.

Second, the moment we have attained puberty. This is the starting point of our journey. This is a journey which each of us must do alone and take full responsibility for every decision we make and for every step we take and for every deed we do.

Third, the moment we have entered into a marriage’s covenant. Anas bin Malik RA reported that the Prophet SAW said, "When a man marries, he indeed perfects half of his religion. Then he should fear Allah for the remaining half." (Bukhari).

Fourth, the moment we have reached the age of 40. What is the significant of the age of 40? Al Imam Al Ghazali said, by reaching that age, generally speaking IF our good deeds do not surpass our bad deeds, let us prepare ourselves for the burning fire. Accordingly, it is said, age of 40 was the age of Prophet SAW received his first revelation (wahyu) from God al Mighty.

Fifth, the moment we are leaving this world. The moment of death. The moment of truth. This is the full stop of our worldly journey and we are entering for an everlasting life. There is no way to reverse.

Wallahualam.