26 April, 2009

Cikgu Merokok Depan Pelajar????????????

Imej disalin daripada blog Halaqoh Dakwah

Usah merokok depan pelajar


CHERAS: Guru yang merokok dinasihatkan tidak berbuat demikian depan pelajar kerana tabiat itu boleh menjadi ikutan.
Kajian Kementerian Kesihatan pada 2005 mendapati, kira-kira 42 peratus pelajar yang merokok mengaku terpengaruh oleh tindakan guru mereka, manakala 16 peratus lagi kerana pengaruh ibu bapa.
Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata statistik itu menunjukkan guru lebih berpengaruh daripada ibu bapa.
Menurutnya, mungkin kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah dan lebih rapat dengan guru hingga segala perbuatan, termasuk tabiat tidak baik, menjadi ikutan selepas terpengaruh.
Katanya, pelajar mungkin menganggap tingkah laku guru mereka wajar dicontohi walaupun sebenarnya tabiat itu tidak baik dan boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri.
“Ini dapat kita lihat mengenai peningkatan jumlah pesakit kanser, kini pada usia 20-an dan 30-an sudah menghidapnya,” katanya.

Itulah petikan akhbar Harian Metro bertarikh 26 April 2009, hari ini.

Persoalan yang ligat bermain di kepala saya ialah apakah Pengetua atau Guru Besar yang berada di sekolah yang dibuat kajian oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2005 itu hanya "Pak Pacak" atau tunggul kayu? Apakah mereka tidak mengetahui ada guru di sekolah mereka yang menghisap rokok depan pelajar? Bukankah semua sekolah telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok?

Saya juga mempunyai beberapa orang rakan setugas yang memang ketagih dengan rokok, tapi kadangkala saya kesihan dengan mereka yang terpaksa bersembunyi dan mencari tempat yang tersorok untuk menghisap rokok.

Malah sepanjang saya bertugas, belum pernah saya melihat guru yang menghisap rokok dalam Bilik Guru, inikan pula menghisap rokok depan pelajar.

Kalau benar seperti yang dinyatakan itu, saya rasa guru berkenaan mungkin menghadapi masalah mental.

5 ulasan:

admin berkata...

saya ada ckgu yg nerokok depan pelajar.....time pnp sedang berjalan lagi....tapi bg budak2 itu biasa....sebab perangai ckgu tu mmg macam tu....

mendewa berkata...

ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut cakap, ada keprihatinan cegahlah...

Ummy Anna berkata...

mungkin itu satu cara guru lelaki release tension walaupun banyak risiko atau kesan negatif, cegah sebelum terjadi, kalau dah ketagih dah tak peduli apa orang cakap , apa orang pandang, hanya berpuasa saja bisa mendisiplinkan mereka...

arsaili berkata...

salam..bukan usah merokok depan pelajar...JANGAN merokok depan pelajar..kena sedikit keras..ahaha

Raimi Kalam Dunia berkata...

Nasib baik cikgu tu hanya merokok saja...
Zaman dah berubah... nikotin rokok tidak lagi memadai untuk menangani bebanan hidup.
Asap kereta, karbon monoksida juga sangat besar sumbangan untuk barah.
Nampaknya dah tiada cara lagi.
Cikgu, jangan merokok depan pelajar. Cikgu jangan rotan murid, ada kesan emosi. Cikgu jangan tinggikan suara, gangguan psikologi. Makanan guru di kantin lebih baik dari murid pula gangguan fisiologi. Apa lagi yer.. Jangan, jangan.. cikgu kan contoh. ada cikgu yang kahwin ramai, pun satu contoh untuk murid.... (senyum)