16 April, 2009

dia dah dapat semua...............

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Pengurusan Pertandingan Pantun Peringkat daearah Kota Setar di SMK Sultanah Bahiyah. Kesempatan ini menemukan kembali saya dengan rakan-rakan yang pernah sekali berkhidmat di sekolah lama. Semuanya yang hadir adalah cikgu yang mengajar Bahasa Melayu, bukannya orang lain, muka yang sama setiap tahun.

Sewaktu makan tengah hari, saya berbual dengan seorang cikgu yang saya anggap agak pendiam dan kami jarang berbual waktu di sekolah lama dahulu. Sikapnya yang pendiam dan sering membangkang idea yang dianggapnya menyudahkan guru, baik daripada pihak pengurusan dan guru lain menyebabkan dia tidak begitu digemari oleh kami waktu itu.

"Kesian hang, Min. Pindah sekolah, depa tak bagi hadiah".

"Tak pe. Depa nak bagi, aku terima, tak bagi aku blah macam tu saja".

"Depa kata, hang dah dapat semua, sebab tu tak perlu lagi bagi hadiah".

"Dapat apa? Yang aku tahu aku pindah, pen 7 kupang pun depa tak hulur," jawabku kebingungan.

"Depa kata hang dapat melintang masa SSB, lulus IV,IV PTK2, dapat lagi anjakan gaji, lepas tu hang dapat pula naik pangkat ke 44."

Aku mula mendidih bila mendengar cerita itu.

"Wei kawan, melintang tu pengurusan sekolah yang cadang nama, aku tak minta. Dah aku buat kerja betul, tentu mereka cadang. Hang ingat tak Pavilion kat padang. Itu idea aku, buat Jogathon dan urus sampai dapat lebih RM60,000.00. Perpustakaan, sampai dapat pasang tile dan aircond, juga projek aku buat kutipan derma".

"Itu aku tau, tapi kawan-kawan kita kata hang dah dapat semua, sebab tu tak perlu bagi lagi".

"PTK aku lulus sebab baca buku. Aku bukan rajin sangat baca buku, tapi dah orang rumah aku ambil sekali PTK, kami bincanglah. Allah, sambil nak pejam mata, nak kenen sana, kenen sini, dapat juga idea nak jawab PTK."

"Depa kata hang muda lagi masa dapat anjakan gaji dan 44, orang lain yang senior pun belum dapat lagi waktu tu," ujarnya lagi.

"Laaaa, hang ni pun satu. Bila lulus IV,IV PTK2, pengetua kena bagilah anjakan dan cadang nama ke-44. Memang waktu tu aku tak cukup lagi 10 tahun kerja, tapi gaji aku dah lebih sebab dapat melintang dan anjakan, sebab tu aku dapat naik awal. Lagipun, kebetulan, aku bacth pertama yang lulus PTK, tentulah aku dapat dulu." Kawanku itu mula melopong mendengar penjelasan itu.

"Ni, balik nanti, hang pesan kat depa, tak bagi pun tak pa. Jangan ungkit cerita lama. Aku dah meluat dengar. Lagipun, aku dah setahun lebih pindah sekolah."

Lepas itu aku bangun dan terus basuh tangan. Tanpa ucap salam perpisahan, aku terus meninggalkan Bilik Mesyuarat dan balik ke rumah.

Yang nyata, sepanjang perjalanan itu, kepalaku ligat memikirkan tentang erti kawan dan persahabatan.

4 ulasan:

noorlara berkata...

nak tau mana kawan mana lawan masa kita dapat kejayaan, kalu ade yg dtg salam dan ucap tahniah dengan penuh ceria kawanle tu, kalu dok jelin ujung mter macam ulau atas pagau,helok lepuk dia dulu hahahaha apapun tahniahle walaupun mungkin dah terlambat, lara gak pernah alami pengalaman yg sama.

kuIna berkata...

kawan .. mcm permainan bola di padang.. dikejar & bila dpt ditendang..

Mak Su berkata...

tak seronok ler main cakap-cakap macam ni, depa depa. huhuhu, payahnyer.

GURU_CIKGU berkata...

Terima kasih norlara
Terima kasih kulna Jentayutiara,

Memang susah hendak mengenal antara kawan dan sahabat.

Mak Su - depa kata ganti diri ketiga dalam bahasa dialek Kedah. Memang begitu cara pertuturan sebahagian penduduk di sini.