08 April, 2009

Aku hempuk atas pala hang...........

Ayat di atas sentiasa bermain dalam fikiran saya. Entah kenapa saya tidak mampu memadamkan dan melupai peristiwa yang menyebabkan ayat itu terpacul daripada mulut seseorang yang berkuasa pada waktu itu.

Pada hari itu saya dalam perjalanan ke kelas Tingkatan 5. Dari bilik guru, untuk sampai ke bangunan itu, saya terpaksa melalui koridor dan dua blok bangunan yang lain.

Ketika melalui blok yang kedua saya ternampak Pengetua sedang menunjuk-nunjuk sesuatu kepada pekerja sekolah. Memandangkan saya berada di belakangnya, dia tidak menyedari kehadiran saya, tambahan lagi loceng peralihan kelas belum berbunyi. Hanya kebetulan, saya yang ada kelapangan bergerak awal ke kelas.

"Aku hempuk atas pala hang kerusi ni. Aku suruh angkut ke stor, bukannya himpun tepi tangga ni."

Kelihatan pekerja itu terkebil-kebil dan akhirnya tunduk melihat simen. Dia meyedari saya ada di belakang Pengetua.

"Ha.... Tunggu apa lagi?"

"Puan, saya angkut kerusi ni dari tingkat atas bangunan. Himpun dulu. Sat lagi dah banyak saya bawak troli, angkut ke stor," jelas pekerja itu.

"Ohhhhhh, tu ka...." Kedengaran suaranya yang lembut dan agak mengeletar.

Tanpa dijangka dia berpaling ke belakang dan ternampak saya, "Cikgu Amin nak masuk kelas ke? Loceng mana bunyi lagi."

"Saya nak ke Kelas 5_ , Cikgu. Mereka sedang PJ sekarang, jadi kelas tu kosong, tak ada cikgu."

"Hemmmmm, tak pa. Saya nak ke perpustakaan pulak."

Pekerja tadi terus bergerak ke tempat lain. Sejak hari itu, dia jarang menegur saya dan saya juga seboleh-bolehnya mengelak untuk bersembang dengannya.

Sehinggalah akhirnya Pengetua itu bertukar ke sekolah lain, saya mendengar cerita pekerja itu sanggup mengorbankan kambing yang dibelanya untuk dipanggang di stor sekolah.

Yang herannya, saya tidak dijemput ke majlis itu walaupun rakan-rakan lain hadir menikmati kambing panggang.

Tidak lama kemudian, pekerja itu pula ditukarkan ke sekolah lain dan sampai hari ini, kalau berjumpa dengannya kami hanya sekadar angkat tangan tanda saling mengenali dan tidak pernah berbual langsung.

Entahlah, saya sendiri sukar menafsirkan makna peristiwa itu, tapi hati kecil saya sentiasa berkata, "Payahkah untuk kita meminta maaf andai kesilapan berada di pihak kita?".

7 ulasan:

paradoxemon berkata...

hm....biasa lah manusia...mmg mcm tu....

KotaStar berkata...

Saudara,
terima kasih kerana menjenguk ke Kotastar. menjawab soalan sdr - ta usah bimbang kerana para guru lama sudah menikmati kepuasan memberi pendidikan sewajarnya. Sudah cukup dengan bertemu bekas-bekas pelajar baik dari sekolah rendah, menengah, institusi lain. Mereka terus menghormati guru mereka, bersopan dan berbudibahasa. Itulah kepuasan dan kenikmatan yang kita rasai. Dimana kita pergi baik ke bank,WismaDarulaman,Kementerian,Tasco,RTN dan dimana saja ada saja termasuk diluar negara bekas pelajar masih mahu mengakui mereka tak akan jadi manusia seperti sekarang ini sekiranya che gu tak tegur mereka, godam mereka dan mengajar mereka.
Hari Guru nampaknya khusus untuk guru-guru yang berada di sekolah atau institusi kecuali mereka yang dinobatkan tokoh guru di semua negeri. Nampaknya begitulah bagi hari hari lain yang disambut samada oleh Polis, Kastam,Tentera dll.bagi mereka yang sedang berkhidmat.

Re yr feeling with the HM. Anggapkan itu sebagai satu pengalaman /tauladan untuk saudara tidak mengamalkannya bila menjadi seorang ketua nanti. Untuk pekerja sekolah dia tak harus berfikir panjang. Singkirkan apa-apa niat. Terus hidup dengan hati yg lapang tanpa dendam. Bukankah itu lebih segar? Dan tapi dl blog saya kalau ada ingatan dari sekolah/institusi dimana mereka bertugas itu adalh satu ingatan yg murni. Kalau boleh bukan saja Pengetua. Guru lain dan pekerja sekolah boleh dijemput semula ke sekolah dimana mereka bertugas dahulu. Semua telah main peranan memajukan sekolah/institusi. Bukaan Pengetua sahaja. Terima kasih Syabas kerana berkhidmatan sebagai pendidik.

kuIna Jentayutiara berkata...

meminta maaf adalah prkara yg paling snang tp sukar dilakukn...

kekadang ego mengusai diri....

Leenoh berkata...

Salam.
Marah bukanlah suatu cara menyelesaikan masalah.
Marah yang diuruskan secara yang salah akan membawa keburukan.

mendewa berkata...

Pengurusan emosi amat penting dalam kerjaya guru. Memang ada sesetengah pengetua/guru besar yang bersikap seperti yang saudara nukilkan. Malahan ada juga pekerja/guru yang sedemikian.

Jadi di sekolah ada banyak cerita berkaitan emosi yang saban hari menjadi bualan...kadang-kadang jemu mendengarnya.

Dunia cikgu memang begitu...kaya beribu-ribu cerita manusia.

Pertanyaan saya: Kenapa cikgu tidak cuba bertanya hal dengan pekerja berkenaan?

xiiinam berkata...

Salam cikgu....


Bukan mudah menjadi 'ketua' kan cikgu...
Kena ada ketahanan fizikal dan mental, rohani dan jasmani.....
Segala gerak geri akan diperhati...

Mohon izin menyelongkar blog ini....

noorlara berkata...

bertolak dari rasa malu yg termat sgt kerana cikgu terlihat watak sebenar puan tu agaknya, jadi dia menjauhkan diri....tu le dengan pekerja jgn dok arah aje tanye dulu masalah mereka dala membuat koje tu... kan dah malu!