20 Mac, 2009

SMK Sematan - Penempatan Pertama














Gambar disalin daripada rachaelsoong.wordpress.com


SMK Sematan, Lundu, sarawak membawa banyak kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Saya tidak mampu mengungkapkan pengalaman bertugas di sana terlalu banyak kenangan yang dilalui.

Cikgu Tapin, Cikgu Rambee, Cikgu Ri Gindan dan Cikgu Peter Bair antara beberapa nama yang masih ada dalam ingatan saya. Pengalaman menembak rusa bersama Cikgu Peter Bair merupakan antara kenangan manis yang saya bawa pulang ke Semenanjung.

Bersama Cikgu Al-Husaini dan Cikgu Zainuddin kami bergerak menaiki bas dari stesyen bas Kuching menuju ke SMK Sematan. Memang hati kami seronok, manakan tidak, dapat penempatan dalam Bahagian Kuching, tapi yang terjadi sebaliknya.

Perjalanan dari Kuching ke Bau memang selesa, tapi menuju ke Lundu dan Sematan mula menyiksa dengan jalan berlubang-lubang dan simpang-siur laluan balak. Untuk sampai ke Pekan Lundu, terpaksa menaiki feri pula.

Bertolak jam 8.30 pagi, 7.30 malam baru sampai ke sekolah. Kami disambut oleh beberapa orang guru antaranya Cikgu Hafiz, Cikgu Zainal dan Cikgu Ri. Memandangkan kami sampai lewat, Cikgu Zainal membawa kami bermalam di rumah sewanya.

Bermula dari hari itu, kami bertiga menjalankan tugas sebagai guru di Bumi Kenyalang.

Peristiwa batang penyapu patah di bahu kanan saya sampai kini terus bermain dalam ingatan. Entah kenapa, saya sendiri tidak pasti puncanya? Mungkin ada perkataan yang saya gunakan hari itu tidak sesuai dan maknanya berbeza dengan tanggapan pendengar hingga tercetus kejadian itu. Menurut Cikgu Yaakob, cerita ini masih dituturkan oleh guru-guru yang sedang berkhidmat di SMK Sematan.

Walau bagaimanapun, saya tidak lama di sana. Penghujung tahun 1995, saya bertukar ke SMK Hosba, Jitra dan tinggallah Al-Husaini dan Zainuddin meneruskan khidmat di sana hingga mendirikan istana bahagia dengan gadis Lundu dan Kuching.

Khabarnya, Al-Husaini kini berkhidmat di Klang dan Zainuddin telah kembali ke Melaka.

8 ulasan:

Ummy Anna berkata...

Perkahwinan pertama dengan isteri pertama membuatkan cikgu Amin terpanggil utk pulang ke Semenanjung pd thn 1995, sempat juga isteri dia tu naik belon ke Lundu selepas seminggu kahwin , packing barang2 dan explore keadaan di sana.. sblm berangkat pulang ke Semenanjung..
Kalau tidak jadik org Sarawaklah cikgu nii.. dah ada yang berkenan tu...Dah jodoh!!!!

kirana berkata...

Cikgu dh pandai ckp swak ke spanjang btugas di sana??

How do you find swak??

mendewa berkata...

wah batang penyapu patah kat bahu? apa peristiwa tu cikgu amin?

kadang-kadang maslah komunikasi menjadi punca...lain yang kita kata, lain pula maksudnya bagi orang sana...

kuIna berkata...

jauh berjalan luas pandangan byk pengalaman byk kenangan

Tanpa Nama berkata...

Ummy Anna kata Perkahwinan pertama dengan isteri pertama membuatkan cikgu Amin terpanggil utk pulang ke Semenanjung pd thn 1995.

Wahai Cikgu, berapakah bilangan 'is three, adakah tiga?

Ummy Anna berkata...

Wahai Si tanpa nama, is three= memang tiga...ISTERI kalau ditakdirkan tiga semestinya dia mampu dan bisa berlaku adil silakan......."perkahwinan kedua itu tidak semestinya dengan isteri kedua".

Unknown berkata...

sejak start keje kawe hanya duk pusing kat area bachok ni je.... (hari tu kalau posting kat sarawak... sah kawe jadi org sarawak... hehehe)

Tanpa Nama berkata...

SMK Sematan (Rise N Shine Towards Excellence)