09 Mac, 2009

Kalau Berani, Buat........

Kali ini, saya ingin menceritakan satu pengalaman yang saya lalui sendiri. Walaupun, saya yang bersalah, tetapi saya dapat mengetahui bahawa pergerakan kita sentiasa diperhati dan dilaporkan kepada bos. Mungkin ada yang ingin menjadi 'CNN' atau tukang lapor, tapi jika tersilap kita juga yang malu.

Pagi itu, saya agak kalut. Anak-anak tak mahu ke rumah pengasuh kerana atuk mereka datang malam tadi. Hanya yang kecil sahaja dihantar, sementara dua beradik lagi duduk di rumah bersama atuk mereka.

Masalahnya, di rumah tiada makanan basah dalam peti sejuk. Mengikut perancangan, petang nanti baru saya ke pasar malam membeli bekalan untuk disimpan dalam peti sejuk, tetapi malam itu ibu mentua datang ke rumah.

Selepas menanda kehadiran di pejabat, saya terus ke bilik Penolong Kanan dan bersembang tentang isu semasa. Bila Pengetua melalui bilik Penolong Kanan, saya menyapa dan berbincang tentang projek yang akan dijalankan oleh PIBG. Kebetulan pada tahun itu, saya adalah Setiausaha PIBG sekolah.

Selesai lapor diri, saya terus ke kantin dan membungkus beberapa jenis lauk yang telah siap dimasak. Saya berlari ke arah motosikal dan terus balik ke rumah menghantar bekalan makanan untuk anak-anak dan ibu mentua.

Pergerakan dari sekolah ke rumah dan balik semula ke sekolah mungkin dalam tempoh 10 minit sahaja. Bila sampai ke sekolah, saya terus ke pejabat untuk mengambil Buku Rekod Kedatangan Pelajar.

Ketika itulah Pengetua berkata, "Ni, Cikgu Amin ada, sapa kata dia balik? Baru tadi dia sembang dengan saya fasal PIBG."

Kemudian Penolong Kanan pula menyampuk, "Min, hang jadi Superman ke? Kutu mana habaq hang balik rumah?"

Saya perhatikan ketika itu, dua orang guru berkerut dahi dan masam muka. Mungkin menyembunyikan sesuatu yang hanya mereka yang tahu.

Tapi, dalam hati saya berkata, "Oh.......Depa ni rupanya CNN."

Nasib baik saya terus balik ke sekolah selepas menghantar lauk tersebut. Jika tidak, pasti lain cerita yang terjadi.

Walau bagaimanapun, saya sebenarnya yang bersalah. Sepatutnya saya meminta izin daripada Pengetua untuk keluar kawasan sekolah. Kalau saya minta izin, pasti beliau membenarkan, tambahan lagi, saya tiada kelas lagi pagi tersebut.

Namun, ada baiknya juga peristiwa itu berlaku, sebab saya dapat mengetahui bahawa setiap pergerakan kita di sekolah sentiasa ada yang memerhati dan akan dilaporkan kepada pihak atasan jika kita tersilap langkah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tukang lapoq ada di mana-mana sekolah, ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh, kdg2 kawan baik sendiri pun boleh jadi..tu bezanya dengan TEMAN SEJATI...kalau cikgu jadi pengetua ke atau penolong kanan ke, tak payahlah nak guna khidmat "CNN", jgn terburu-buru marah cikgu atau membebel , selidik dulu dan jangan emosional mesti rasional...

mOhD^.^rAz berkata...

hurm...mulut org memang susah nk tutp..
apa yg penting lpas nie kena la lebih berhati2..
seram-sejuk dengan asam garam pendidikan sekarang nie...

mendewa berkata...

Untunglah sdra kerana dapat mengenali CNN@TV3 kat sekolah tu...

Itulah dunia kita yang banyak dengan prasangka sesama sendiri...sedangkan dalam soal tugas utama kita tak ramai yang mahu bertungkus-lumus memperbaiki dan memantapkan mutu p$p...

Norazman M.N. berkata...

Pandangan saya pulak, pengetua sekolah cikgu memang bagus. Dia bagi depan-depan orang yang jadi CNN tu... biar biru muka wartawan tak rasmi tu... Suka melempar tuduhan melulu terutama kepada org atasan.. Saya memang tak boleh terima oang cam ni....

Cikgu kene lebih berhati-hati...kat kain putih ada satu titik hitam... kalu ditanya orang ramai, apa yang mereka nampak, mereka akan nampak titik hitam tu, tak ader orang yang akan cakap nampak kain putih ... tul tak cikgu amin....

dn0-Ira berkata...

Biasalah tue cikgu.itulah adat bekerja. sebelum jadi cikgu. saya pernah menyandang jawatan sebagai ketua bahagia di sebuah jabatan kerajaan persekutuan. memang ramai orang CNN dan pengampu ketua yang telah saya jumpa ketika itu. oleh itu, cikgu perlu sentiasa berhati2.