12 Mac, 2009

Sabar saje le...........

Hari ini antara jam 11.20 hingga 12.40, saya masuk mengajar kelas 5F, kelas yang terakhir dalam aliran Tingkatan 5. Hanya 15 orang pelajar yang hadir, kurang setengah daripada bilangan sepenuhnya pelajar dalam kelas tersebut.

Mood belajar mereka nampak kurang dan bila saya masuk mereka terus duduk di tempat masing-masing.

Selepas memberi salam dan berdoa, seorang pelajar berkata, "Cikgu, hari ni kami tak bawa buku. Hari last sekolah, Cikgu. Rilek le."

"Baiklah, berapa orang yang bawa buku hari ni?" Kelihatan hanya 3 orang pelajar yang mengangkat tangan.

"Tak pa, kita teruskan juga pelajaran macam biasa. Baik, semua keluarkan kertas kosong, salin nota yang saya beri. Balik nanti tampal dalam buku Tatabahasa. Jangan rajin sangat, nak salin semula, tampal sahaja."

"Cikgu, kita nak belajar apa hari ni?", tanya Ketua Tingkatan.

"Hari ini kita belajar penggunaan Kata Sendi Nama."

"Cikgu, cerita la dulu. Boring, Cikgu. Kalau Cikgu cerita, lepas tu, kita belajar macam biasa, Cikgu," sambung Aiman Akmal.

"Betul, Cikgu. Kami janji, lepas Cikgu cerita, kita belajar macam biasa," sampuk Penolong Ketua tingkatan.

"Baiklah, saya cerita, tapi lepas tu, kita sambung pelajaran macam biasa." Serentak dengan itu semua pelajar bersorak dan tepuk tangan.

Saya terus bercerita kepada mereka.

Satu hari, ada sebuah kapal terbang yang membawa 37 orang gila untuk dihantar ke Tanjung Rambutan. Ketika dalam penerbangan, kedengaran bunyi bising dan bersorak dalam kapal terbang tersebut.

Pilot meminta pembantunya melihat dan memberi amaran supaya mereka diam. Pembantu pilot itu terkejut melihat hampir kesemua orang gila itu sedang bermain bola sepak.

Pembantu pilot itu berkata, "Hoi, mana boleh main bola dalam kapal terbang? Kalau nak main pergi kat luar."

Semua orang gila itu terus diam dan duduk di tempat masing-masing.

Selepas meneruskan penerbangan lebih 20 minit, pilot hairan kerana tidak kedengaran langsung bunyi bising dalam kapal terbang tersebut. Dia pun menyerahkan tugas memandu kepada pembantunya dan pergi ke ruangan penumpang.

Alangkah terkejutnya pilot itu bila melihat hanya ada 15 orang sahaja dalam kapal terbang itu, 22 orang gila telah hilang.

Dia pun bertanya kepada salah seorang yang ada di situ, " Mana yang lain?"

"Depa semua terjun, tuan. Tadi kami tak dibagi main bola kat sini. So, depa semua terjun, main bola kat luar."

"Habis, yang kamu semua pasal apa tak terjun sama?"

"Maaf tuan, kami pemain simpanan."

Serentak dengan itu kedengaran seorang pelajar saya menyampuk, "Sampai hati Cikgu kata kami orang gila. Kami datang sekolah nak belajar, bukan pemain simpanan bola sepak orang gila."

Kelihatan muka sayu dan sedih pelajar kelas tersebut.

"Ha, kan saya kata tadi, orang gila kerja dia cuma main. Kamu semua yang datang ni nak belajar. Ada 15 orang, kan."

"Kamu semua yang tinggal dalam kapal terbang tadi. Kamu tak terjun sebab kamu pandai."

Kulihat muka pelajar dalam kelas itu kembali ceria dan tersenyum-senyum.

'Cikgu, kita belajar, Cikgu. Kami pandai, kami nak belajar. Yang tak datang sekolah hari ni semua orang gila, sebab tu depa tak datang sekolah."

Selepas itu saya dapat meneruskan pengajaran macam biasa tanpa ada gangguan lagi.

Sabar saje le.........................

7 ulasan:

su berkata...

baguslah cite ni...hehehe!

Julak berkata...

Nasib baik saya mengajar kat sekolah asrama penuh. Kalau sekolah harian biasa macam Guru_Cikgu, boleh gila dibuatnya..........

GURU_CIKGU berkata...

Terima kasih Su, Anak muda. Ini adalah pengalaman sebenar yang saya lalui, bukan cerita rekaan.

Sister berkata...

Betul Anak muda...saya baru 3 bulan ngajar kat sekolah harian biasa , reposting selepas tamat kursus setahun(kspk) kat IPDA, setelah lebih 10 tahun ngajar kat SBP.....susah nak kepong budak supaya hadir penuh dalam kelas setiap kali mengajar, ponteng kelas dan ponteng sekolah dah jadi budaya.... pening...pening... jgn sampai cikgu ni terjun sama sudahlah...

noorlara berkata...

alahai cikgu,
murid le ni tak macam kite dedulu respek abis kat guru mengalahkan makbapak sendiri. kat mana silapnye payah nak cakap, apapun tugas sebagai pendidik memang amat mencabar tapi antara yg semulia-mulia pekerjaan...syabas

kuIna berkata...

salam cikgu... lama tak berburu di padang datar nie...

...>> pengalaman jika digabungkn dgn pengetahuan tentu berguna & bermakna

arsaili berkata...

salam..wahhh pandai betul..ala2 panglipurlara ehehehe..teknik yg bagus nak menarik perhatian pelajar