05 Jun, 2008

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG, SUNGAI MANIK - SEGALANYA BERMULA DI SINI

Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan ini apabila berkunjung kembali ke sekolah asal. Di sinilah segalanya bermula untuk diri saya. Tahun 1976, saya memasuki darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Permatang, Parit 7, Sungai Manik, teluk Intan, Perak.

Masih terbayang lagi, ayah menghantar ke sekolah untuk kali pertama dengan basikal tua. Selepas pendaftaran, terus ayah pulang dan tinggallah seorang diri tanpa ada sesiapa yang dikenali.

Guru kelas waktu itu, Cikgu Salasiah (maaf, jika tersilap, hanya berdasarkan ingatan) melayan kami dengan baik dan tenang. Dan satu keistimewaan guru darjah 1 di SKP mesti boleh memahami bahasa Banjar. Bagi kami waktu itu, Bahasa Melayu agak asing kerana bukan bahasa pertuturan harian. Ingat lagi ayat pertama yang disebut kepada beliau, "Cigok, akok handak bekamih" (Cikgu, saya hendak buang air kecil).

3 ulasan:

Sister berkata...

Seronok juga tu dapat balik melawat sekolah sendiri, moga suatu hari nanti hang dapat jadi pegawai besaq2 memantau sekolah-sekolah di sekitaq sungai manik dan cenderong balai noo!!!Hang terkenangkan rakan sekelas ke???

afifpj berkata...

Amin ka ni?...aku hafif la....kspk pj..
hang dapat mengajar kt sg.manik ka?

Tanpa Nama berkata...

Amin Belatuk ke? Kalau betul memang kau layak menjadi jadi orang besar. Berita terakhir aku terima kau belajar di UPM awal tahun 1990-an. kini jadi cikgu kat Kedah ke?