05 Julai, 2009

Menegakkan Benang Yang Basah

Diceritakan terdapat sepasang suami isteri yang sedang menaiki kereta. Memandangkan mereka tidak terdesak untuk ke destinasi yang dituju, Si Suami memandu dengan perlahan.

Tiba di satu kawasan bendang Si Suami terlihat padi yang sedang mula menguning bergerak-gerak dan bergoyang.

"Tengok tu..... Kura-kura sedang cari makan. habis padi tu nanti kena lunyai."

"Kura-kura mana makan padi. Mesti burung," sampuk Si Isteri.

"Eh..Eh...Nak bantah lagi. Kura-kura tengah cari makan kat lopak air."

Bertengkarlah pasangan itu, walaupun isunya hanya kecil sahaja.

Setelah jauh perjalanan, masing-masing tidak puas hati menegakkan kebenaran.

Si Suami yang marah mengambil keputusan berpatah balik dan menuju ke tempat yang dilihat tadi.

Bila sampai Si Suami mengambil batu dan membaling ke arah padi yang sedang bergoyang.

Kelihatanlah dua ekor burung ayam-ayam terbang.

"Tengok....Kan saya dah kata..... Nampak tak kura-kura terbang!!!!!!


Pengajaran: Akuilah kesilapan. Jangan menegakkan benang yang basah, walaupun kita berkuasa menetapkan keputusan.

Cerita ini diambil daripada jenaka yang diolah oleh salah seorang penceramah kursus di Pulau Pinang.

3 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Sang suami tu kontrol ego....


Siapa lagi nak diajak bertengkar...kalau bukan isteri...
Tengkar-tengkar manja tu....

EN.ROBOT berkata...

burung ayam2..?
cam burung wak2 kah..?

noorlara berkata...

hahahahahahahha, biasalah suami takmoh nak mengalah sebab ego yg menggunung, kekadang pergaduhan yg besar bermula dari perbualan yg remehtemeh....tu yg terkilan sesangat!