12 Julai, 2009

Rakan Persekolahan - SK Permatang, Sungai Manik

Jam sudah melebihi 10.30 malam.

Dalam keadaan sunyi begini, saya mengadap komputer berseorangan. Anak-anak dan ibunya telah melelapkan mata.

Entah kenapa, saya cuba mengingat kembali rakan-rakan zaman persekolahan dahulu.

Sekolah kebangsaan Permatang, Parit 7B, Permatang, Sungai Manik. Dari darjah 1 hingga darjah 6, kami sentiasa dalam kelas yang sama, tiada perubahan. Saya cuba menyenaraikan beberapa nama dan gelaran yang digunakan oleh mereka yang masih ada dalam ingatan. Seingat saya, bilangan kami melebihi 30 orang dalam kelas tersebut.

Dabuk (Saharudin), Unil (Suhaimi), Umpu (Rosli Ijom), Ahar (Azhar), Jais, Jaman (Fauzi), Dabur (Rahman), Rubiah ............................

Itu sahaja senarai nama yang mampu saya ingat pada hari ini setelah 28 tahun kami meninggal alam sekolah rendah.

Apakah daya ingatan saya semakin lemah atau masa telah menenggelamkan nama dan ingatan saya terhadap mereka????

Entahlah.....Saya sendiri tidak dapat mencari jawapannya..

12 ulasan:

Shifu67 berkata...

salamm.... kulaan kuk pun ramai kat situ... errr... awek lama pun ada kat situ.... hehehe

Aidil Fadzil berkata...

salam, moga kenangan itu terus mekar dalam ingatan...

kuIna LadyInRed berkata...

sy lagi teruk... nama cikgu darjah 1 pun dah lupa.... hehehe..

GURU_CIKGU berkata...

Shifu67, takat ingat tak pe.....jangan pi cari sudah.......

GURU_CIKGU berkata...

Aidil Fadzil,

Kenangan tetap mekar, cuma nama watak-watak sahaja yang hilang

GURU_CIKGU berkata...

kulna LadylnRed,

Nama saja yang lupa, wajahnya masih dalam ingatan.... Kalau jumpa pasti ingat semula......

xiiinam berkata...

Laaaa...cikgu orang situ ke?
dah dekat benar tu.....

GURU_CIKGU berkata...

xiiinam,
Memang saya orang Sungai Manik....

Tiap kali balik kampung, Pasembur Mastan Ghani pasti tak lupa punya, ckLah.

Shifu67 berkata...

lepas makan kat mastan ghani... boleh la ajak cik lah bercanda kat dataran menara.... hehehe

GURU_CIKGU berkata...

Tak pe Shifu67. Nanti cuti raya kita pi rumah dia. ckLah mesti "terkejut beruk" punya.

xiiinam berkata...

Errrrr....macam terdengar-dengar orang ngumpat ckLah...






Tapi di maaaana ya?



Ehem..ehem!

Tanpa Nama berkata...

tadi saje2 search nama SKP 7B ni kat google search, mana la tahu terjumpa balik kawan2 SKP..

tup2 jumpe blog ni.. =)
31 oktober 2009 ni.. SKP ada buat majlis makan malam dan amal sempena 75 tahun SKP..kalau berminat menyertai, mungkin boleh hubungi cikgu2 SKP kot =) RM30 satu kepala kalau tak silap saya

btw, jaman (fauzi) tu pakcik saya !!!