23 Jun, 2009

Akibat Suka berleter........Cikgu Pompuan

Diceritakan di sebuah sekolah, ada seorang Cikgu Pompuan yang suka berleter kepada pelajar-pelajarnya. Tak kira apa kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, alamat jenuh tahan telinga .

Pada suatu hari, lima orang pelajarnya lewat masuk ke kelas. Terpaksalah kelas tersebut menahan telinga mendengar bertih goreng yang dilontarkan oleh guru itu.

Macam-macam diungkit, malas belajar, tak tahu menilai masa, tak reti menghormati guru, tak sedar diri, kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusah orang, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh dididik, sampailah kepada perbandingan dengan watak Pak Kaduk, Lebai Malang, Si Luncai dan Pak Pandir.

Teramatlah besar malu yang ditanggung oleh kelima-lima orang pelajar itu. Maka kelima-lima sepakat untuk mengajar Cikgu Pompuan itu.

Petang itu, mereka menunggu Cikgu Pompuan di persimpangan jalan. Tanpa ada saksi, mereka telah menangkap dan mencampakkan Cikgu Pompuan itu ke dalam telaga buta.

Puas hati mereka kerana telah berjaya menyelamatkan sekolah daripada lontaran kata-kata yang menyiksa selama ini.

Bila malam, entah macamana, timbul keinsafan dalam diri pelajar tersebut.

Mereka pergi semula ke telaga buta dengan membawa tali yang panjang dan lampu suluh.

Bila sampai, mereka menyua tali ke dalam telaga dan menjerit, "Cikgu, minta maaf, kami datang nak selamatkan Cikgu. Pegang pada tali, nanti kami tarik Cikgu keluar telaga buta ini."

Selepas itu, mereka menarik tali dengan penuh semangat. Terasa bebanan yang ditarik sangat berat, sedangkan mereka tahu Cikgu Pompuan itu kurus sahaja.

Bila melihat ada lembaga telah memegang tebing telaga, salah seorang daripada pelajar itu menyuluh dengan rasa gembira, tapi alangkah terkejut mereka bila melihat yang keluar bukanlah Cikgu Pompuan tetapi lembaga hitam yang berbulu badannya.

Kerana terlampau marah, pelajar itu bertanya dengan geram, "Hang sapa? Kami bukan nak tarik hang keluar. Cikgu kami kat dalam telaga ni macamana?"

"Aku jembalang tanah. Yang hangpa campak Cikgu tu buat apa? Aku tak tahan dengar dia berleter. Tak habis-habis macam radio buruk."

PENGAJARAN: Kepada cikgu sekalian, jangan suka berleter. Bukan anak murid cikgu sahaja tak tahan mendengar leteran cikgu, jembalang tanah pun lari kalau dengar cikgu berleter.

Cerita ini diambil daripada jenaka yang diolah oleh salah seorang penceramah kursus di Pulau Pinang.

4 ulasan:

Aidil Fadzil berkata...

Salam...Leteran ada sebabnya, ada hikmahnya..Kalau dah lebih-lebih gitulah jadinya. Berpada-padalah.

Leenoh berkata...

Salam.
Pada mulanya anak murid kelihatan melakukan kesalahan, kemudian ditegur oleh guru kerana teguran guru itu panjang melalut, maka guru pula mengambil alih melakukan kesalahan dan kesilapan.
Kesimpulannya....2x5 = 5x2.... maka masalah pun tidak dapat diselesaikan.

xiiinam berkata...

....murid-murid saya memang tak boleh dileter....makin dileter makin 'confuse' budak-budak remaja ni...terutama yang kelas hujung...



Jegil mata je.....


He..he..he..

Cik Mawar berkata...

hehehe.. cikgu.. sib baik sepanjang mawar belajar tak dapat cikgu cam nie.. lau tak mawar campak dia lam telaga.. kekekee :D
(macam berani ja cikmawar nie )
hehehee