02 Disember, 2009

Mahu Tapi ............

Si Sulung beraksi memancing


Pagi tadi sibuk bawa anak sulung ke SK Jitra III untuk ujian kemasukan ke SMKA. Entahlah, berjaya atau tidak dia, saya tak pasti, tapi dari tutur katanya agak meyakinkan juga, walaupun kemahiran bahasa Arabnya agak lemah.

Keputusan UPSR yang memberangsangkan membolehkan beliau memohon semua peluang belajar di sekolah berasrama, walaupun hati kecil saya kurang yakin melepaskannya berdikari di asrama. Maklumlah, anak sulung, beliau akan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.

Walaupun beliau mendapat 5A, saya sendiri tak pasti tahap pencapaian beliau, sama ada 5A cemerlang, sederhana atau cukup makan. Yang pasti, dia banyak dibantu dengan tuisyen dan sokongan mak dan ayahnya sendiri.

Terima kasih juga kepada guru-guru SK Jitra II yang banyak membantu beliau. Daripada pelajar yang berpencapaian sederhana, akhirnya berjaya juga menunjukkan kebolehan menguasai pelajaran.

Moga dia akan terus berjaya dalam pelajaran.

5 ulasan:

Julak berkata...

Tahniah untuk Si Sulung. Berjaya juga mendapat 5A. Teruskan usaha untuk lebih cemerlang...

mendewa berkata...

Tahniah, moga terus berjaya.
Tahniah pertama kepada guru SKJ III, kedua kepada ibu dan bapa, dan ketiga kepada guru tuisyen.

naz ilyn berkata...

salam... tahniah untuk abang sulung dan untuk kedua orang tuanya juga... moga terus berjaya dan cemerlang.

Unknown berkata...

mudah2an berjaya nanti... kalau tulis jawi dia ok.... ok la insayaAllah

hazeleyed lady berkata...

Tahniah buat 'abang Long'...
InsyaAllah berjaya...sebab lelaki.