12 Disember, 2009

Muke masuk paper

Selepas tamat Kursus Organisasi Pembelajaran di INTAN Bukit Kiara, KL pada 10 Disember 2009, saya pulang ke kampung. Tak elok rasanya terus pulang ke Jitra, Kedah tanpa menziarahi kedua orang tua di Kampung Sungai Manik, Teluk Intan, Perak.

Pagi Jumaat, 11 Disember, selepas sampai dan meletakkan beg, rasa damai berada di halaman rumah bersendirian. Entah bagaimana, saya terdengar bunyi telefon emak banyak kali berdering. Tanpa berlengah saya masuk dan terdengar suara, "Nek, rumah terbakarrrrrrrr...."

Saya berlari keluar semula dan terus melompat ke arah motosikal rakan yang memang menunggu saya, mungkin dia hendak maklum kepada kami.

Sepanjang jalan, saya melihat asap berkepul-kepul naik ke udara. Bila sampai kelihatan ramai penduduk kampung yang bertungkus-lumus memadam api di anjung rumah abang.

Di tepi laman rumah, Hadi anak saudara mengerang kesakitan. Kelihatan kakinya melecur dan kulit mula mengelembung.

Saya cepung Hadi dan menuju ke arah jalan. Tapi jalan telah penuh dengan motosikal dan kereta Bomba yang mulai sampai.

Kebetulan rakan saya tadi masih di atas motosikal dan saya mengajaknya ke klinik berdekatan.

Dengan menaiki motosikal kami menuju ke Klinik Desa Simpang Tiga Sungai Manik. Malangnya bila sampai, kelihatan mangga besar di pintu klinik itu. Saya menuju ke Kuaters di belakang tapi hampa.

Saya berlari ke jalan raya. Tanpa diminta, tiga buah kereta berhenti bila melihat saya mendukung budak kecil yang meraung kesakitan.

Pemandu kereta yang di hadapan terus keluar dan membuka pintu.

"Bang, kita ke hospital sekarang juga..." katanya.

Anak muda itu memecut laju tanpa bersuara lagi.

Bila sampai di Wad Kecemasan, saya dukung Hadi dan meletakkan di atas troli yang telah sedia. Selepas selesai urusan di situ, saya keluar untuk mengucapkan terima kasih kepada anak muda itu, tetapi dia telah tiada

Bila ditanya petugas di kaunter, mereka maklum anak muda itu terus bergerak keluar kawasan selepas saya menuju ke dalam wad.

Siapakah anak muda itu? Saya sendiri tak mengenalinya, walau bagaimanapun, siapa dia dan di mana dia tinggal, terima kasih yang tidak terhingga.

5 ulasan:

Cik Mawar berkata...

alhamdulillah...tak da nyawa terkorban..hehehe
tak sabor rasanya nak balik sungai manik..:)

naz ilyn berkata...

salam...alhamdulillah semua selamat...cuti-cuti sekolah ni perhatikan anak-anak jangan main benda yang merbahaya...

kuina berkata...

syukur.. semuanya selamat.

xiiinam berkata...

Tengahari 9 Disember tu saya menyaksikan sebuah rumah habis terbakar...betul-betul di hadapan SMK Dato' Sagor Langkap...ketika sedang bermesyuarat di situ. Mujur, sepasang bayi kembar 8 bulan yang terperangkap dapat diselamatkan.

Aidil Fadzil berkata...

Salam, Alhamdulilah dan syukur. Ya kehendak Allah semuanya boleh berlaku.