28 Ogos, 2009

Masak Rendang Kerang

Entah kenapa hari ini teringat pula nak makan rendang kerang. Masakan ni dulu-dulu Kakak Inor yang rajin buat.

Masa kanak-kanak dulu, tugas saya cuma sebagai tukang kupas kerang, namun kerana kerap melihat dan menolong Kakak Inor memasak, saya dapat kuasai cara membuatnya.

Jadi, hari ini saya cuba semula kemahiran memasak yang telah lama ditinggalkan. Maklumlah, tugas itu kini dipegang sepenuhnya isteri tersayang dan dibantu bibik dari seberang.

Tengok gambar di bawah, sekarang baru jam 4.35 petang. Masa berbuka masih jauh lagi tapi rendang tersebut telah siap dihidangkan.



Inilah satu-satunya menu yang saya buat sendiri, yang lain tugas siapa lagi kalau bukan isteri tersayang.

Kalau ada yang nak cuba, saya sertakan bahan dan cara membuatnya, tapi kalau tak sedap jangan mareee............

Bahan

2 kilo kerang hidup
1 batang serai
5 cm langkuas
5 cm halia
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
5 helai daun kunyit - hiris halus
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa (Boleh dicampur bahan perasa mengikut kegemaran masing-masing)

Cara membuat

Rebus kerang terlebih dahulu. Ambil isi sahaja
Kisar (blender) bawang, serai, lengkuas, halia, cili kering dan cili padi
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar itu sehingga pecah minyak
Masukkan kerang beserta secawan air rebus kerang tersebut
Masukkan santan
Setelah sebati, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus
Masukkan garam secukup rasa

Tunggu sehingga pecah air liur. Ha..ha...ha...ha.....

5 ulasan:

xiiinam berkata...

......hmmmm....harum aromanya sampai ke sini.....


Makan dengan ketupat pun sedap...


Bagus sama-sama bergotong royong di dapur....lebih berkatnya!
Pak Aji ckLah tolong buat krisek untuk keluban petang ni...

keluban= kerabu versi Jawa.

long berkata...

buka ngan rendang kerang ....balik terawih makan kerang ...sahur balas kerang lagi...jangan temuntah kerang dahhh...dok gitu cikgu hahahha

cikgu mas berkata...

Cikgu..

saya sangat respect lelaki pandai masak...teruskan cikgu memasak sesekali pasti isteri tersayang tersenyum manis...

GURU_CIKGU berkata...

ckLah,
Bau daun kunyit memang menyelerakan, tambah lagi bila dicampurkan ke dalam masakan.

Long,
Makan kerang memang sedap tapi kena berpada takut nanti perut tak selesa, maklumlah bulan puasa.

cikgu mas,
Tolong sekali-sekala, yang kerapnya tolong tengok dan komen.

kirana berkata...

Salam hari raya aidilfitri. Agak lambat skit coz very busy. Enjoy anyway...