30 Ogos, 2009

Kebesaran-Mu Yang Menyelamatkanku

Seperti biasa, pagi hari bekerja saya bertolak dari rumah jam 6.50 pagi. Melalui jalan Jitra - Alor Setar, simpang ke kanan di persimpangan Kepala Batas dan menuju ke Kampung Telaga Mas melintasi Taman Pinang Jaya dan Kampung Padang Kunyit.

Malangnya pagi ini berlaku sesuatu yang tak terduga dan hanya kebesaran Allah yang mampu tergambar pada diri saya.

Entah bagaimana ketika sedang memandu, terlihat betul-betul di depan saya sebatang pokok sebesar pemeluk tumbang ke arah jalan raya.

Saya tiada pilihan melainkan menekan brek serapat mungkin. Malangnya jalan yang licin selepas hujan tetap melongsorkan kereta dan hanya terhenti bila terhadang dahan kayu. Cermin hadapan retak, bumbung kemek teruk, bumper hadapan rosak dan lampu pecah.

Nasib baik tiada ranting yang menikam ke dalam kereta, kalau tidak BERBURU KE PADANG DATAR akan tamat tanpa diketahui apa yang terjadi kepada penulisnya.

Mujur tiada kecederaan yang dialami. Hanya kereta rosak teruk terperosok ke dalam rimbunan pokok yang tumbang itu.
Gambar diambil dengan kamera telefon tangan, tak begitu jelas.

Inilah kali ketiga saya terselamat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa.

Kali pertama, kemalangan dengan kereta di jalan Teluk Intan - Batak Rabit .

Kali kedua, kemalangan dengan lembu di jalan Pokok Sena - Kuala Nerang.

Maha suci Allah, sesungguhnya kebesaran-Mu yang menyelamatkanku.

17 ulasan:

Anak muda berkata...

Syukur, cikgu selamat. Kereta rosak boleh dibaiki, yang penting cikgu tak cedera.

Tanpa Nama berkata...

Ada hikmah di sebalik insiden ini, terimalah sebagai ujian dan dugaan dariNya di bulan Ramadhan yang mulia ini, syukur Allah pelihara diri dan panjangkan umur... atau ini peringatan dariNya untuk kita berfikir dan merenung kembali amalan seharian kita.

cikgu mas berkata...

salam
Doa saya Allah sentiasa melindungi cikgu,diuji di bulan ramadhan Allah ingin memberi pahala berganda..

GURU_CIKGU berkata...

Anak Muda,
Alhamdulillah, saya tak mengalami kecederaan, tapi malam tadi tidur tak lena juga. Masih terbayang apa yang terjadi.

GURU_CIKGU berkata...

Tanpa Nama,
Mungkin benar. Moga ada perubahan pada diri ini...

GURU_CIKGU berkata...

cikgu mas,
Amin.

Rasanya berat juga dugaan ini. Peristiwa yang berlaku masih terbayang sampai sekarang.

Paling mengerikan bila terbayang apa yang akan terjadi sekiranya saya merempuh dahan utama pokok itu.

syahbandar87 berkata...

ajal maut dah tertulis dh..alhamdulillah cikgu slmt
:)

Ibnu Rashid berkata...

salam guru-cikgu...Syukur Alhamdulillah...masih ada yang memerlukan tu...sb tu di selamatkan oleh Maha Pencipta....ada hikamah di sebalik kejadian tu cikgu...sekarang dah boleh tido malam ke?..hi hi hi hi...

xiiinam berkata...

Alhamdulillah selamat....

Kereta? Dah baiki?

insan pendidik berkata...

Salam,
Syukur tak de apa-apa. Ajal maut itu ketentuanNya. Betul tu terima ini semua sebagai hikmah. Selamat berpuasa dan beribadat.

GURU_CIKGU berkata...

syahbandar87,
Terima kasih. Moga hidup kita sentiasa diberkati-Nya.

GURU_CIKGU berkata...

Ibnu Rashid,
Alhamdulillah, sekarang dah kembali seperti biasa. Igauan kemelangan itu tidak lagi menganggu.

GURU_CIKGU berkata...

xiinam,
Kereta masih tersadai di bengkel, ckLah. Tunggu nilaian insuran.

GURU_CIKGU berkata...

insan pendidik,
Alhamdulillah, saya selamat. Selamat berpuasa dan mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini.

alang berkata...

Alhamdulillah takde pape.Tak payah fikirkan sgt apa yg berlaku klau dihempap pokok tu. Benda dah berlaku. Ambik sebagai hikmah kepada penulis dan juga saya sendiri.

kuina berkata...

yg penting kita selamat...

hazeleyed berkata...

salam perkenalan
Syukur ke hadrat Allah...cikgu selamat.
Berpantang maut sebelum ajal.