28 Julai, 2009

Perangai Begini, Jangan Jadi Cikgu........

Cerita yang saya postingkan kali ini adalah cerita yang saya dengar sendiri dari mulut seorang pentadbir yang mengendap anak buahnya mengajar. Rasanya kalau begini perangai cikgu tu, memang dia tak patut jadi cikgu.....


Hari Pertama

Bergerak masuk ke dalam kelas Tingkatan 2F


Guru: (Bertanya kepada murid) Hangpa tau tak, aku nak ajar apa hari ni?

Murid: Tak tau, Cikgu.

Guru: Ha, kan betul aku sangka. Hangpa memang bengap. Kalau aku ajar pun, hangpa bukannya tau. Dah....Duk diam-diam... (Bergerak keluar kelas, tak mengajar hari itu).



Hari Kedua


Bergerak masuk ke dalam kelas Tingkatan 2F


Guru: (Bertanya kepada murid) Hangpa tau tak, aku nak ajar apa hari ni?

Murid: Tau, Cikgu.

Guru: Bagus....Hangpa memang pandai. Aku tak ajar lagi, hangpa dah tau. Ha..Apa lagi? Bukak buku, baca...(Bergerak keluar kelas, tak mengajar lagi hari itu).



Hari Ketiga


Bergerak masuk ke dalam kelas Tingkatan 2F


Guru: (Bertanya kepada murid) Hangpa tau tak, aku nak ajar apa hari ni?

Murid: (Separuh jawab, tau dan separuh lagi jawab, tak tau)

Guru: Tu dia. Separuh tau dah aku nak ajar apa, separuh lagi memang tak tau apa-apa. Kalau macam tu senang. Hak tau, ajar yang tak tau. Kongsi ilmu kan bagus. (Bergerak keluar kelas, tak mengajar lagi hari itu).


Itulah cerita yang saya dengar dari seorang pentadbir sekolah. Entah betul, entah tidak. Kalau betul boleh hancur anak murid di sekolah.

9 ulasan:

Julak berkata...

Cerita ni saya pernah dengar, sekitar tahun 90-an dulu. Cikgu tu buat kerja niaga kat luar sekolah sebab tu kalut bila ada pelanggan.

CM berkata...

selalu saya muhasabah diri.pada erti tgjawab,amanah,dosa dan pahala,keberkatan rezeki...dan harapan bangsa pada guru-guru,tapi jangan nila setitik rosak susu sebelangga,nama baik profesion perguruan perlu kita junjung,masyarakat luar sentiasa menuding jari pada kelemahan guru-guru,mereka lebih byk menuding dari membimbing..

mendewa berkata...

kadang2 cerita sebegitu diada2kan sekadar untuk renungan dan muhasabah diri...
jika benar situasinya, cikgu tu perlu disedarkan, pengetua perlu muhasabah diri kalau itu merupakan protes terhadap kelalaian pentadbiran dlm meletakkan guru mengajar pada kelas2 tertentu.

GURU_CIKGU berkata...

Anak Muda,
Terima kasih. Mungkin cerita yang disampaikan ini adalah versi lain, maklumlah dah jadi macam cerita penglipurlara.

GURU_CIKGU berkata...

cikgu mas,
Peranan guru amat penting untuk membentuk generasi muda.

GURU_CIKGU berkata...

mendewa,
Saya postingkan cerita ini untuk kita, para guru sama-sama muhasabah diri.

Cik Mawar berkata...

alahai.. sib baik tak dok cikgu mawar cam nie..
lau ado dulu .. lamo dah ha den report.. tapi lau ada kot.. masa budak2.. suka lah kot.. lau cikgu tak mengajar.. hehehee

KR berkata...

Hahaha..

Ini cerita lawak jer. Betul-betul pernah terjadi? Tak pasti. Yang pasti, cerita ni popular.. Tak pasti version asal cerita ni dari mana. English?

Pentadbir tu sekadar nak berlawak. Kalau kena gaya berceritanya, satu audience boleh ketawa pecah perut. Seperti biasa, disebalik cerita lawak yang mencuit hati, ada unsur-unsur nasihat dan moral.

Ibnu Rashid berkata...

alamak...aku pun cikgu jgak...mcm nie jgak ka aku?..oh tidaaaak..cerita ini hanyalah rekaan semata2...tp masih ada unsur2 sebegini di setiap institusi pengajian samada dri sek.rendah..sampailah ke Unibersitas. cuma versi nya sj berlainan yang perlu kita jauhi.
Wala'yazubillahi minzalik.