23 Februari, 2009

Sikit Lagi Kena Cium......

Macam biasa, tepat jam 2.00, saya akan keluar dari kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan di kiri kanan sawah padi yang telah dituai dan ada sesetengahnya api sedang menyala membakar jerami yang mulai kering.

Masuk sahaja jalan Alor Setar ke Jitra, saya memandu dengan selesa kerana tiada yang perlu dikejar, hanya untuk pulang ke rumah berehat.

Tiba di lampu isyarat bersebelahan Masjid Tanjung Pauh, lampu merah masih kelihatan dan bertukar kepada kuning. Saya memandu dengan perlahan kerana tahu selepas ini lampu akan beralih ke hijau dan boleh memecut lagi. Saya toleh ke kanan dan nampak sebuah motosikal dipandu dengan laju, mungkin mengejar masa, lampu isyarat di hadapannya mungkin dari kuning dan sudah bertukar merah.

Secara pantas kaki saya menekan brek dan motosikal itu melepasi di sisi kereta, kalau tidak pasti akan merempuh saya yang sedang memandu. Serentak dengan itu juga, kedengaran bunyi kereta dibrek dengan kuat di belakang dan kelihatan sebuah kereta kancil memotong kereta saya dengan perlahan di sebelah kanan.

Pemandunya menurunkan cermin, mulutnya kumat kamit, mungkin memaki saya dan tengannya mengacukan penumbuk.

Saya menurunkan cermin sebelah kanan dan kedengaran, "Bodoh, lampu hijau brek apa? Biaq pi la mampus Mamat Rempit tu. Padan muka dia".

Selepas itu dia naikkan cermin dan mula memecut. Malangnya dia tersilap, nombor platnya telah saya catat dan akan kucari siapa lelaki itu. Paling mudah di hadapan cerminnya terpampang lago sebuah pusat pengajian di Jitra, mungkin dia juga seorang guru atau bertaraf pensyarah atau staf yang bertugas di sana.

Namun saya tetap berpendirian, tindakan yang dibuat amat tepat sekali. Kalau kereta saya kena rempuh, saya juga yang sengsara. Kena repot polis, kereta kena tahan di balai dan kalau pemandunya mati saya juga yang naik turun mahkamah.

Pemandu kancil tu mungkin sampai di tempat kerjanya akan cerita, "Tadi aku nampak aksiden, Mamat Rempit tu mampus pasal rempuh kereta Wira." Itu mungkin akan diceritakan pemandu yang hebat itu jika berlaku kemalangan.

8 ulasan:

Zul-Elle berkata...

Syabas cikgu! Kalau ada sepuluh atau seratus lagi macam cikgu, sudah tentu banyak lagi kejadian kemalangan dapat dielakkan, insya Allah.
Ayah saya pernah dan selalu berpesan, di jalan raya kita kena jaga diri sendiri dan jaga orang lain sama! Macam kes cikgu tu, satu contoh yg nyata. Kalau ikut hati, mati lerrrr....

Tanpa Nama berkata...

Haii..... kalau tidak dah 2 kali le kena hentam kromo Wira tu , ni kat depan pula, dulu dari belakang....dan mungkin cikgu masih ingat lagi siksanya jatuh motor sampai patah tangan!!! HATI-HATI D JALANRAYA...JAGA DIRI, KELUARGA, KENDERAAN SENDIRI DAN PENGGUNA LAIN..

dn0-Ira berkata...

salam, cikgu. syabas saya ucapkan atas kesabaran cikgu. biasalah manusia selagi tak kena diri sendiri tidak akan sedar. apa2 pun teringat pula kedah. sebuah negeri yang aman damai.sewaktu buat ijazah di UUM dulu. harap semua prang kedah sihat dan bahagia selalu.

Aku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anak muda berkata...

Pemandu kacil tu beruntung sebab berurusan dengan Cikgu. Kalau saya, saya cari sampai ke pejabatnya, tengok senang-senang ke maki orang BODOH. Ada akai ka.....

Leenoh berkata...

Begitulah kalau berfikir secara yang tiada disiplin, kalau ramai berperangai macam itu, susah kita dibuatnya.
Begitulah cikgu, sikap rumah api ia tidak akan bergerak, hanya kapal menyelamatkannya kerana membuat elakkan atau mengubah haluan.
Alhamdulillah cikgu selamat - teringat pulut kerabu Hutan Kampung.
Wassalam.

amrusyam berkata...

terima kasih cikgu sudi ziarah dan beri komen kat blog saya..mohon tunjuk ajar dari yg berpengalaman dlm pendidikan demi kemajuan anak didik kita!

kaer sulam berkata...

bagus cikgu...selagi manusia itu ada keinginan untuk bercakap maka apa yang berlaku pasti dia akan ckp2 kat org...kadang2 ada yg ditambah untuk menambah umhh cerita itu...bagi yg bisu akan bercerita sekadar isyarat sahaja....e