20 Februari, 2009

Pilu.....sepilunya...

Membaca akhbar hari ini amat menyebakkan dada. Dua peristiwa sekaligus yang berlaku dalam negara kita menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dengan sahsiah pelajar masa kini.

Peristiwa pertama berlaku dalam daerah tempat kediaman saya, Kubang Pasu. Pelajar 'bom' kereta guru, itulah tajuknya. Hairan bin ajaib, kenapa sebegini balasan yang diterima seorang guru yang ingin mendisiplinkan pelajarnya? kalau guru tidak dihormati, siapa lagi yang akan membantu ibu bapa mendisiplinkan anak-anak kita?

Peristiwa kedua berlaku di ibu negara, Kuala Lumpur. Paksa guru cium, tajuk yang boleh menyebabkan guru-guru terpaksa mendekati pelajar dengan berhati-hati. Di sekolah saya, pengetua sering memberikan nasihat dalam mesyuarat atau perjumpaan agar guru-guru mengetahui batas dan takat rapatnya hubungan yang boleh dibina antara guru dengan pelajar. "Pelajar sekarang cepat matang berbanding dengan kita dulu", katanya. Kadang-kadang niat baik kita boleh memakan diri dan menjejaskan wibawa sebagai seorang guru.

Menjadi guru pada hari ini bukannya seperti dahulu. Kalau dahulu cakap guru didengar, kini cakap guru dicabar, dulu arahan guru dturut, kini arahan guru dilawan.

Buat pelajar dengarlah nasihat ini, ikut hati, mati, ikut rasa, binasa, ikut mata, meta. Ingatlah, hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu, membina sahsiah diri dan mengenal erti kehidupan.

Bagi guru pula, berlaku adil apabila menjalankan tugas, adil buat diri, adil untuk keluarga, adil untuk bangsa dan adil untuk negara, bak kata pepatah ikut hukum memiat daging, sakit di awak, sakitlah di orang.

6 ulasan:

gpb berkata...

salam kenal.. exchange link ya

su berkata...

budak2 skrg dah lain mcm...makin berani! kan...

Norazman M.N. berkata...

Salam ziarah, kerjaya guru semakin mencabar. Kita kena lebih mendidik bukan mengajar...jemput ziarah blog saya...

LUMUT PAGI berkata...

Salam...

Cikgu dipaksa cium..?

Ya Allah...

Apa yang saya terlepas?

mendewa berkata...

Api yang kecil apabila tidak dikawal akan memusnahkan segalanya apabila marak.

Begitu juga dengan hal-hal disiplin. Masalah-masalah yang dibiarkan atau pun disorokkan untuk tujuan tertentu akhirnya akan menjurus kepada masalah yang sukar untuk kita bendung lagi.

Sister berkata...

Kalau guru banyak mendidik, terkurang ajar pulak, kalau terlebih ajar, kurang pula mendidik, jadi imbangkan antara mengajar dan mendidik JERIS....hIDUP kEMENTERIAN pELAJARAN..