16 Julai, 2008

Apa Perasaan Anda sebagai Guru?

Persoalan ini sering menghantui guru, terutamanya guru disiplin. Pada hari ini, pelajar sekolah bukan seperti dahulu lagi. Masih ingat lagi, kalau dahulu sewaktu bersekolah di SMK Seri Perak Teluk Intan, antara tahun 1982 – 1989 ,nampak sahaja kelibat Cikgu Hashim atau Cikgu Abdullah Meera, pasti kami akan melencong. Waktu itu, tiada pelajar yang berani nak berdepan dengan mereka apatah lagi jika tahu ada kesalahan yang dilakukan.

Kini, keadaan sudah jauh berbeza. Pelajar makin rapat dengan guru dan kadangkala boleh bersembang dengan akrab. Masalahnya, ada pelajar yang tidak tahu ketika dan batas hubungan tersebut. Pada saya, pelajar tetap pelajar, mereka mesti menghormati guru yang memberi dan menyumbangkan ilmu untuk kemajuan diri mereka.

Sebagai guru disiplin, ada ketikanya saya terpaksa berdepan dengan pelajar yang bukan sahaja nakal, tetapi juga menggunakan bahasa yang agak kasar dan menyakitkan hati. Sebab itulah, apabila berhadapan dengan pelajar seperti ini, saya lebih selesa duduk atas kerusi daripada berdiri. Dengan cara ini, boleh menyekat saya daripada bertindak pantas, sama ada menggunakan tangan atau kaki.

Bayangkan, kita tanya “Kenapa tak kerat kuku panjang tu?”
Dengan selamba dijawab, “Nak buat macamana cikgu, tumbuh sendiri”.

Bila ditanya, “Kenapa lambat datang ke sekolah?”.
Dengan mudah dijawab, “Jam loceng tak berbunyi”.

Kalau ditanya, “Buat apa warnakan rambut?”
Dijawab dengan nada sinis, “Artis dan menteri kale rambut tak pe, tak kan kami tak boleh kut.”

“Kenapa baju lepas keluar? Tali leher mana?”
“Saya datang sekolah nak belajar, bukan nak menyemat”

Jawapan yang seperti inilah yang memanaskan perasaan guru. Malah, kadangkala kerana jawapan tersebut akhirnya pelajar disabitkan lagi dengan kesalahan melawan guru atau menggunakan bahasa kasar.

Nak buat macamana? Pelajar zaman sekarang!!!!!!

3 ulasan:

mohad berkata...

salam..apa khabar..

Desperado berkata...

Perasaan saya...

Letih,
Penat,
sakit tekak,
geram,
pening kepala,

TAPI, PUAS HATI DAN BANGGA!!!!!!!!

Wolverine berkata...

hi bro...salam sejahtera....nampaknya bro ni bekas pelajar Semerak....saya ternampak nama Cikgu Hashim dan Dollah Meera dalam blog bro ini...saya pun bekas pelajar Semerak jugak..cuma junior bro la..Abis STPM tahun 97...dengar cerita Cikgu Hashim dah arwah...pasal cikgu dollah no news!!