18 Mac, 2010

Kejayaan Sekolah: Guru atau Pengetua?????


Sekarang ini menjadi trend...kalau sekolah berjaya.......yang diangkat....disanjung...diberi anugerah adalah Pengetua.....cikgu-cikgu yang bertungkus lumus dilupakan.......

Masih saya ingat pengalaman di sekolah lama dulu, apabila Hari Anugerah Cemerlang, guru-guru dipanggil untuk terima penghargaan.

Sebenarnya, semua ada peranan tersendiri dalam menjayakan sesebuah sekolah.

Pengetua menjadi perancang sementara guru-guru laksanakan apa yang dirancangkan oleh Pengetua. Jika Pengetua menunjukkan contoh terbaik maka tidak ada sebab guru-guru nak mengingkari perancangan yang diarahkan.

Dalam melaksanakan perancangan, kebajikan guru, teladan yang baik serta sokongan kumpulan pengurusan yang terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan amat penting.

Kesepakatan dengan kumpulan ini akan meyakinkan guru Pengetua mendapat kekuatan daripada dokongan pembantu-pembantunya dan ini akan menambahkan kepercayaan guru tentang keupayaan sekolah menjana kejayaan.

Kesimpulannya, semua pihak berperanan dalam mencipta kejayaan sesebuah sekolah.

3 ulasan:

~ CeguLinn~ berkata...

salamm ...

yaa... saya sangat bersetuju ..pengetua @ GB dan guru2 sama2 berperanan dalam meraih kejayaan dan kecemerlangan sekolah . Tanpa salah satunya pasti akan tempang kejayaan tersebut.

nadz berkata...

Assallamualaikum,
Kecemerlangan dan kejayaan sekolah hak semua warga sekolah,
Dari pengetua hinggalah staff sokongan..

Ummu Nuha berkata...

salam..cikgu,bolehkah saya minta izin untuk kongsi entri cikgu di blog saya?