15 Mei, 2009

Hari Guru Tak Ada Makna .................

Seharian saya bungkam. Marah, mungkin. Sedih juga mungkin dan yang pasti sampai bila-bila pun akan tetap saya ingati peristiwa ini.
"
"
'
"
Jam 8.45 pagi, saya terima sms, "Cikgu, baju korporat akan saya hantar antara jam 11.00 - 1.00." Malangnya, sampai saya habis kelas jam 1.20 tengah hari, dia tak muncul-muncul juga. Telinga saya dah tak tahan mendengar rungutan guru-guru yang ada. Bilik guru yang beraircond, terasa panas, badan saya berpeluh.

Kemudian kelihatan Izati, PAR sekolah menggangkut beg plastik besar.

"Cikgu-cikgu, baju dah sampai. Ada 20 lagi, dia hantar petang nanti."

Bila dibuka, mulalah kedengaran rungutan.

"Laaaa, jahitan dauble."

"Awat tinggi sebelah, tak reti potong ke."

"Eh....Dulu kita pilih kain menghelit. Hak ni nampak kusam."

Tak sangka petang itu semua buat keputusan, "Kita jangan ambik baju ni. Kita pakai baju lain untuk hari guru Ahad ni." Dan Pengetua yang ada di sebelah saya pun meletakkan baju yang ditempahnya. Kelihatan seorang demi seorang guru meninggalkan bilik guru.

Perancangan saya gagal. Baju korporat yang dicadangkan oleh saya sebagai Pengerusi Kelab Guru nampaknya ditolak walaupun telah siap.

Bagi saya tailor tu memang haprak. Janji nak siapkan seminggu sebelum Hari Guru peringkat sekolah yang disambut Ahad ini (17 Mei 2009), tapi petang ni baru hantar. Itupun 20 orang guru tak siap lagi dijahit. Tak kan nak tunggu sampai malam kat sekolah.

Masa saya di Sabah, dia telefon kata baju akan siap bila saya jejak kaki di Kedah, tapi sampai petang ni baru muncul. Bila masa cikgu-cikgu nak test, fitkan baju, baiki jahitan.

Kalau benar dia jujur, kenapa serahkan baju pada Izati, PAR sekolah? Kenapa tak serah pada saya, yang berurusan selama ini?

20 pasang yang tak siap siapa nak pakai? Petang mana ada cikgu kat sekolah, semua dah balik rumah. Esok Jumaat sekolah cuti.

Dan malam ni saya masih tak mengantuk. Memikirkan apa nak dibuat dengan baju korporat tu. Harapan nak pakai seragam untuk sambutan hari Guru dan ambil gambar untuk majalah sudah punah.

Bagaimana dengan bayaran? Pasti ramai guru yang tak mahu bayar kerana tak puas hati dengan buatan yang tak sepadan dengan harga. Bayangkan, guru lelaki RM63 dan guru perempuan RM105. Semua sekali bayaran dekat RM7,000. Nasib baik saya tak arahkan Bendahari Kelab Guru buat bayaran dahulu. Kalau tak mesti kopak habis duit kelab.

Yang pasti tailor tu memang "tak pakai satu sen".

7 ulasan:

paradoxemon berkata...

terima kasih sebab buang perenggan last tu.....he he....beringat.....:)

- jinggo - berkata...

terima kasih kerana kita berurusan cgu...
selamat hari guru...
selamat berkenalan kembali...

insyaallah - kalau dibuka2 kembali cerita lama - kenal kut...he....

su berkata...

Niat cikgu baik...dan cikgu dah wat yg terbaek...sabar ye cikgu...

ape2 pun slmt ari guru cikgu :)

naz ilyn berkata...

salam...
Selamat Hari Guru... moga Allah beri jalan penyelesaian.

mendewa berkata...

itulah juga pengalaman seorang guru...

Tanpa Nama berkata...

"guru pembina negara bangsa" sempena sambutan hari guru ni, bila marah jadilah "pendekar" seperti Hang Tuah ke Hang Jebat lima bersaudara ke atau Tun Teja ke Siti Zubaidah ke... pakai baju korporat hari lain aje...
satu sen pu ada guna mungkin tailor tu guna utk bayor letrik...

kuIna LadyInRed berkata...

aduhhhh... klu sy pun pening.. saat2 akhir br siap pas2 x sempurna lak tu...

boikot kedai jahit tu...