09 Ogos, 2008

UAK PTK DG44

Bermula 2 Ogos hingga 9 Ogos 2008, saya telah mengikuti Kursus Penilaian Tahap Kecekapan 3 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang. Dalam kursus ini, saya telah dilantik sebagai Ketua Kumpulan PV1, walaupun sayalah yang termuda dalam kumpulan tersebut.

Setelah melalui "Public Speaking" dan Pembentangan Kertas Kerja Individu dan Kumpulan, pagi ini hari yang cukup merisaukan bagi saya. Jam 9.00 pagi, Peperiksaan Akhir Kursus untuk PTK DG44 akan dilalui. Walaupun telah melalui banyak jenis peperiksaan sepanjang hidup ini, tapi fobia dengan istilah "PEPERIKSAAN" masih lekat di hati.

Namun segalanya terlerai bila mengunjungi blog isteri tercinta, terpandang wajah puteri kesayangan yang menjadi penawar hati yang duka dan lara. Benarlah seperti yang dinyatakan, 'After 11 years I've been waiting for a daughter , at last my princess was born at 6 Dis 2006. Now she is 1 year and 8 months old'.


1 ulasan:

Julak berkata...

jagalah Permata Hati Guru_Cikgu dengan sebaiknya. Kini, terlalu banyak peristiwa luar dugaan yang berlaku. Andai terjadi, air mata darah tidak akan dapat mengubatnya.