21 Disember, 2021

HAMPIR DUA BULAN SAYA TERTIPU

 

Ini kisah saya ketika mula-mula menjadi guru. 
 
Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kelas yang saya ajar kebetulan kelas pertengahan, maksud mereka yang mendapat keputusan UPSR peringkat C atau pun D.
 
Setiap hari, setiap kali masuk kelas, saya akan meminta tiga atau empat orang murid membaca bahan daripada buku teks. Memang bacaan mereka agak gagap dan kurang lancar, tetapi masih lagi mengenali dan tahu membunyikan mengikut suku kata, sama ada suku kata terbuka atau tertutup.
 
Saya sendiri menyedari ada seorang murid yang tidak pernah saya uji, tetapi saya berpendapat murid itu tidak mempunyai masalah. dengan pakaian yang bersih, baju yang sentiasa kemas dan mempunyai "sides' yang tajam. Rambutnya sentiasa tersisir rapi dan sentiasa menguntum senyum. 
 
Pernah sekali dia menunjukkan kepada saya gambarnya terakam dalam majalah kereta. 
Gambar beliau dengan ayah ber"posing" pada kereta yang berhias cantik. Beliau memaklumkan kereta itu milik ayahnya dan dia sebagai pengiring dalam pameran tersebut.
 
Kadang kala apabila tiba giliran beliau membaca, saya langkau kerana ingin menguji murid lain yang pada pendapat saya tidak mencapai satu tahap pembacaan yang memuaskan.
 
Sampailah satu hari, ketika dalam perjalanan ke kantin, saya terdengar murid dari kelas yang saya ajar itu bersembang, "Untung sungguh Si Lan tu. Sekali pun Cikgu Amin tak uji dia baca. pada hal, dia lagi teruk daripada kita.".


 
Tersentak saya apabila mendengar perbualan itu. Esok pagi, selepas masuk kelas, saya panggil Si Lan ke hadapan dan meminta dia membaca bahan daripada buku teks. Rupanya apa yang dibualkan murid-murid kelmarin memang benar. Si Lan bukan sahaja tidak lancar membaca, malah apabila tiba pada suku kata tertutup, dia akan berhenti lama dan mengeja untuk membunyikan suku kata itu.
Jadi, betulkan seperti yang disebut orang, "Jangan Menilai Buku Daripada Sampulnya".

03 April, 2018

Tak Sedar Jumpa Hantu

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pak cik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

08 Mac, 2017

KARYA SAYA

Kadang kala saya pun terfikir.....bagaimana saya blh menghasilkan bhn sebegini???




10 Februari, 2017

JUJURLAH BILA BERTINDAK

Adam nak balik rumah tertinggal bas sekolah nya...tambang bas biasa RM1.00 ..tapi dia ada cuma 50 sen..Fikir punya fikir..teringat dia bas yang satu pak cik konduktor nya mata juling..tengok benda2 jadi dua..
Bas pun sampai..adam dengan penuh yakin naik bas tu..
Pak cik : nak kemana?
Adam : balik rumah..
Pak cik : seringgit..ni tiket
Adam : nah...bagi duit 50 sen
Pak cik : ni mana cukup
Adam : tu kan 2 keping 50 sen
Pak cik : yea lah 2 keping..TAPI KO KAN DUA ORANG...!

JANGAN BUBUH PASIR KE DALAM PERIUK NASI ORANG


Apabila amanah di bahu kita, tanggunglah amanah itu dengan jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Nilailah anggota bawahan kita dengan sejujur dan sebaik-baiknya.

Kalau ada orang bawahan kita yang lemah, bantu, bukan perosok dia di ceruk meja.

Kalau ada orang bawahan kita sakit, bantulah dan sokonglah dia sehingga sembuh.

Kalau ada, anggota bawahan kita tak perform, bantulah dan ikhtiarlah agar dia kembali semula bertugas dengan semangat baru. Bukan kata "tak perform, tak menyumbang, duk rumah, jangan menyusah orang".

Ingatlah.........................
KITA BUKAN TUHAN UNTUK MENGHUKUM ORANG LAIN....
HIDUP DI DUNIA NI SEKEJAP SAHAJA.....KITA PUN TAK SESEMPURNA MANA.......
JANGAN LUPA KITA PUN HAMBA ALLAH, KUASA YANG ADA HANYA SEMENTARA.......

Sekali kau tabur pasir ke dalam periuk nasi orang,  satu keturunan kau akan disumpah oleh orang tersebut. Mungkin balasan tak jatuh pada kita, tapi ingat kita juga ada anak-anak, cucu, cicit dan lain-lain. Bila terkena pada keturunan kita, baru teringat, kita pun pernah aniaya orang lain.

Waktu itu menyesal sudah terlambat....................


02 Februari, 2017

JANGAN JADIKAN DIRI SEBAGAI CONTOH

 

Peristiwa ini terjadi sewaktu saya mula menjadi guru. Pagi itu, saya mengajar peribahasa.
 
Pada bahagian permulaan, saya memberikan makna peribahasa kepada pelajar-pelajar dan memberikan beberapa contoh peribahasa dalam bahasa Melayu.
 
Untuk menguji pemahaman murid, saya reka soalan yang agak tak rasional.
 
"Andai saya berkahwin dengan penyanyi terkenal Sheila Majid, apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan mempelai tersebut?"
 
Nak tau jawapan pelajar. Memang menyedihkan.
Bagai mimpi di siang hari
Bagai pungguk rindukan bulan
Paling sedih, ada yang sebut "umpama mimpi dalam mimpi"
 
Ingatkan mereka nak berikan jawapan "bagai cincin dengan permata", paling tidak pun "bagai pinang dibelah dua".
 
Sejak hari itu, saya tidak lagi berani menggunakan diri sebagai contoh atau bahan rujukan untuk P & P yang saya laksanakan di sekolah.