Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Hidup. Papar semua catatan

03 April, 2018

Tak Sedar Jumpa Hantu

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pak cik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

08 Mac, 2017

KARYA SAYA

Kadang kala saya pun terfikir.....bagaimana saya blh menghasilkan bhn sebegini???




10 Februari, 2017

JUJURLAH BILA BERTINDAK

Adam nak balik rumah tertinggal bas sekolah nya...tambang bas biasa RM1.00 ..tapi dia ada cuma 50 sen..Fikir punya fikir..teringat dia bas yang satu pak cik konduktor nya mata juling..tengok benda2 jadi dua..
Bas pun sampai..adam dengan penuh yakin naik bas tu..
Pak cik : nak kemana?
Adam : balik rumah..
Pak cik : seringgit..ni tiket
Adam : nah...bagi duit 50 sen
Pak cik : ni mana cukup
Adam : tu kan 2 keping 50 sen
Pak cik : yea lah 2 keping..TAPI KO KAN DUA ORANG...!

JANGAN BUBUH PASIR KE DALAM PERIUK NASI ORANG


Apabila amanah di bahu kita, tanggunglah amanah itu dengan jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Nilailah anggota bawahan kita dengan sejujur dan sebaik-baiknya.

Kalau ada orang bawahan kita yang lemah, bantu, bukan perosok dia di ceruk meja.

Kalau ada orang bawahan kita sakit, bantulah dan sokonglah dia sehingga sembuh.

Kalau ada, anggota bawahan kita tak perform, bantulah dan ikhtiarlah agar dia kembali semula bertugas dengan semangat baru. Bukan kata "tak perform, tak menyumbang, duk rumah, jangan menyusah orang".

Ingatlah.........................
KITA BUKAN TUHAN UNTUK MENGHUKUM ORANG LAIN....
HIDUP DI DUNIA NI SEKEJAP SAHAJA.....KITA PUN TAK SESEMPURNA MANA.......
JANGAN LUPA KITA PUN HAMBA ALLAH, KUASA YANG ADA HANYA SEMENTARA.......

Sekali kau tabur pasir ke dalam periuk nasi orang,  satu keturunan kau akan disumpah oleh orang tersebut. Mungkin balasan tak jatuh pada kita, tapi ingat kita juga ada anak-anak, cucu, cicit dan lain-lain. Bila terkena pada keturunan kita, baru teringat, kita pun pernah aniaya orang lain.

Waktu itu menyesal sudah terlambat....................


03 Januari, 2017

JAGA KESIHATAN ANDA......kalau tak padamkan shj cita....

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir.
Jin Tasik: "Kenapa dengan kau?"
Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak berlian.
Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak aku."
Jin Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan keempat-empat kapak itu kepadanya.
Pada hari yg lain pula. Pak Amir mencari kayu api di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir..
Jin Tasik: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama Nora Danish.
Jin Tasik: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya.."
Jin Tasik pun marah,
"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi lupa daratan & penipu?"
Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab,
"Aku bukan lupa daratan atau penipu...
Kalau aku kata 'tidak' pada Nora Danish... kau akan bawakan pula Erra Fazira... kalau aku katakan 'tidak', kau akan bawakan pula Emma Maembong... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Dan bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka berempat padaku... Aku yang dah tua lg kencing manis ni tak mampu nak tanggung semua..."
Moral of the story... jagalah kesihatan... jgn sampai kena kencing manis.... rugi wooo....


KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN.

04 Oktober, 2016

KASIH SEPANJANG HAYAT

Di sebuah pasaraya seorang suami bertengkar dengan isterinya dan menyuruh isterinya pergi masuk ke dalam pasaraya sementara dia duduk di bangku tidak ikut sama.Ia diperhatikan oleh seorangpakcik yang dalam umur 60'an. Pakcik itu menghampiri suami tadi sambil bertanya:

Apa masaalah ni nak marah2 pada isteri, maaf pakcik bertanya.

Takade apa pakcik. Isteri saya ni ajak masuk dalam pasaraya ikut dia cari2 barang. Saya malas la pakcik  letih dan bosan la dengan perangai orang perempuan ni.

Pakcik tu tersenyum sambil berkata: Nak, pakcik dulu dengan isteri pakcik pregi kemana2 berdua. Tapi isteri pakcik baru 5 bulan meninggal. Kami lebih kurang sebaya. Kami guru. Bila bersara kami ke Mekah
bersama. Kami tinggal berdua di rumah sebab anak2 kami 6 orang semua dah kahwin tinggal di rumah masing2. Isteri pakcik malangnya mengidap kencing manis dan darah tinggi. Tiap2 hari kena makan ubat.
Dia selalu tak berapa cergas dan pakcik la yang menjaganya. Kini dia telah tiada pakcik terasa amat keseorangan. Siang pakcik rasa terlalu panjang dan malam terlalu sunyi. Tiap2 satu benda kepunyaan arwah
mengingatkan pakcik pada nya. Sebak dan sedih melihat ubat2 yang masih belum dimakannya. Ada nombor handphone dia tapi pakcik tau dia tidak akan jawab panggilan pakcik dan message whatsapp kepadanya pun dia takkan baca.  Dulu pakcik tidur di katil di sebelah bahagian sebab dia ada di sebelah...tapi sekarang pakcik tidur sorang2 di tengah2 katil...

Bila ke dapur sekarang pakcik sorang2 buat sarapan tiada dia lagi menyediakannya...tiada lagi kami ke surau bersama, bayangkan nak..kami punyai seorang satu kereta sekarang kereta dia kaku tak bergerak cuma sesekali pakcik pandu oleh itu nak sementara isteri anak masih ada hargai dia dan sayangilah dia. Kita hidup sementara di dunia ini...pakcik hari2 ke pusaranya dan pakcik selalu berkata di pusaranya.

"Kau pegi la dulu abang akan *ikut kemudian."
Maaf pakcik balik dulu.

Si suami terpegun terus bangun masuk ke pasaraya mencari isterinya.


12 April, 2014

Catatan Seorang Anak

Kadang-kadang tanpa kita sedar masa berlalu dengan begitu pantas, sedar sedar saat itu kita tahu kita telah semakin berusia. Anak-anak sudah menjadi dewasa, kita semakin jauh meninggalkan kenangan..

Ayah dan mak yang satu masa dulu selalu merotan, memarahi, membebel, membelai, memgusap kita sudah berusia sekarang ini. Kalau dulu rumah besar di bendang itu selalu riuh rendah dengan gelak tawa, riuh dengan pergaduhan, riuh dengan hingar dan bingar sekarang sudah sepi..

Bila aku pulang kali ini ke kampung dan bersama mak ayah, ada kekosongan sekarang ini di mata mereka berdua. Entah kenapa aku melihat sekarang ini mak ayah seolah olah begitu sepi, seolah olah sudah bertahun tahun mereka tinggal cuma berdua...

Aku terkejut tetapi pura pura tidak melihat bila tangan mak mengeletar bila dia ingin memegang cawan atau sudu.

Aku terasa sayu melihat ayah terketar- ketar bila dia ingin menyuap makanan.

Ya Allah...sudah tua mereka...bermakna aku pun telah berusia.

Rasa sebak dan sayu itu begitu mencengkam aku bila aku memeluk ayah dan mak saat ingin kembali semula ke Kedah ....begitu erat pelukan ayah dan abah menepuk nepuk belakang aku dengan penuh mesra dan kasih sayang..aku sudah lupa bila kali terakhir aku merasai usapan sebegitu dari mak..tapi hati begitu tersentuh dan terasa kesyahduannya..

Ingin rasanya aku terus bersamanya selamanya...mengembirakan mereka berdua saat akhir hidup meraka sebagaimana mereka mengembirakan aku. Tapi mana mungkin....mana mungkin..kalau lah aku mempunyai dua kehidupan..satu pasti aku persembahkan kepadamu mak dan ayah!!!

Aku ingin melakukannya agar Amir, Hafiz, Am'mar, Afiq, Anis dan Anas juga melakukan sesuatu kepada aku dan isteriku kelak...ianya pasti akan berlaku jua nanti bila tiba saat nya nanti...
Aku pasrah...............

10 April, 2014

Rindu Mak Ayah


Selepas mendengar kuliah petang dalam Radio Malaysia Kedah pada 20/3/2014 yang bertajuk Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa, entah kenapa petang itu perasaan saya tak begitu tenteram. Rindu pada mak dan ayah cukup terasa.

Balik dari sekolah, tanpa berfikir panjang, saya terus memasukkan pakaian ke dalam beg. Isteri hanya memerhatikan. Dia tahu, itulah perangai saya.

Bertolaklah saya seorang diri selepas maghrib. Jam 8.05 malam bertolak, 1.45 pagi baru tiba di Parit 4B, Sungai Manik.

Sepanjang perjalanan, tak terasa langsung mengantuk. Tapi setiap hentian R & R utama saya berhenti. Minum kopi, basuh muka dan memandu lagi.

Terkejut sungguh mak dan ayah melihat kedatangan saya. Paling mengejutkan sebab saya tak maklum untuk  balik. Yang paling memeranjatkan mereka bila saya maklum, petang nanti (Jumaat) dah nak balik sebab hari Sabtu pagi ada kuliah master di UUM.

Malam itu ayah berleter sebab balik tanpa perancangan. Macam-macam yang disebutnya. Takut kereta rosak, sebab tak sevis dahulu, balik tanpa tujuan khusus, lain kali maklum dulu sebelum balik dan macam-macam lagi.

Dan saya mematikan hujah ayah dengan satu ayat sahaja........."Ayah, saya juga mahu anak-anak saya rasa begitu bila saya dah tua nanti."

Kelihatan air mata bergenang dan melurut jatuh di pipinya......................


Bos Selalu Betul....

Kena faham dasar yang tak tertulis, tapi kena ikut.

1. Bos sentiasa betul
2. Kalau bos salah, rujuk peraturan 1

Menang jadi abu, kalah jadi arang.........Apa-apa pun balik peraturan 1

Ingat, pisau berada di tangan dia.

Kita mentimun, mereka durian, menggolek kena, digolek pun kena...........

Hee......Heee....Heee........

12 Ogos, 2013

Bila Hati SemakinTerluka...















Sukarnya meneruskan
Bila kata-kata semakin menikam
Ucapan tanpa tapis dan akal fikiran
Menjadi api menyala dalam ingatan
Sukar dipadam dengan air titisan

Kadang-kadang
Kuanggap seperti siraman racun yang menjahanamkan
Rasa kasih cinta dan sayang
Kerana segalanya aku yang memulakan
terimalah beban yang terpaku di pundak dan perasaan

Kenyataannya
Hidup perlu diteruskan
Biar api menyala dalam akal fikiran
Antara tanggungjawab dan bebanan
Pilihlah yang terbaik untuk masa hadapan

Grand Court, Teluk Intan
1.36 am

30 September, 2012

Masihkah ada waktu?

Masihkah kita mempunyai waktu??? Untuk melakukan sesuatu???? Fikirkannn???

Ambillah waktu untuk berfikir ;
itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain ;
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa ;
itu adalah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar ;
itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai ;
itu adalah hak istimewa yang di berikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat ;
itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa ;
itu adalah musik yang menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi ;
itu adalah membuat hidup serasa berarti

Ambillah waktu untuk berkerja ;
itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal ;
itu adalah kunci menuju Syurga

03 Mei, 2012

BERSIH - Pengaruhi Anak-anak Kita

Rasanya tak perlu saya huraikan dengan jelas di sini. Jika di bawa bersama dalam perhimpunan itu, inilah hasilnya.....

Gambar disalin daripada FB

27 April, 2012

Tak Sabar Nak Mengundi

Agak lama saya tidak menulis dalam blog ini. Entahlah...kekadang rasa tidak selesa kerana banyak perkara yang hendak ditulis berkaitan dengan orang lain...Jaga hati kawan, konon........

Kadang kala ingin juga menulis cerita tentang politik di Kedah....tapi saya tidak mempunyai kekutan untuk melakukannya...ramai kawan di sekeliling saya terdiri daripada dua parti yang berlainan dan sentiasa berlawanan untuk menguasai keadaan.  Akhirnya saya mengambil pendirian berkecuali....biarlah mereka yang mentafsir saya berada di pihak mana....

Minggu lepas, saya cuba untuk bertukar tempat mengundi. Dari Parlimen Pokok Sena ke Kubang Pasu. Setelah menyua kad pengenalan, pegawai bertugas menasihatkan saya....

Pegawai: Betul ke Encik nak tukar tempat mengundi?

Saya: Betul, Puan. Lagipun saya dah lama pindah rumah ke Jitra. Tak tinggal lagi di Pokok Sena.

Pegawai: Saya nasihatkan Encik tak perlu tukar tempat mengundi. Alamat dalam kad pengenalan Encik           masih lagi alamat di Teluk Intan Perak. Kalau Encik buat pertukaran, ada kemungkinan Encik akan  mengundi di sana.

Saya: Alamak, maaf Puan......terlupa yang SPR dah buat peraturan, mengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan. Tak pa lah....nampaknya kena mengundi di tempat lama lagi......

P/S: Tau saja peraturan, tapi tak faham cara pelaksanaan...he..heeee.....heeeeeee....

 Gambar dicopy dr blog Kartun Rossem



20 Februari, 2012

Kemalangan 2009

Rasanya kerana ni pengetua saya sain juga borang permohonan tukar daerah. Kalau tak sampai sekarang masa di Kota Setar.


14 Mei, 2011

Si Sulung Mula Beraksi

Sejak di bangku sekolah rendah lagi, saya risau memikirkan kebolehan beliau. Bermain bola sepak.....jauh sekali. Dia hanya boleh menggunakan kaki kanan, kaki kiri tidak berfungsi untuk aksi bola sepak, bermakna permainan ini bukan kebolehannya.

Badminton...jauh sekali. Kerisauan saya bertambah luas bila dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Persaingan pada peringkat ini lebih banyak dan dia perlu membuktikan satu permainan yang boleh membantunya mengatasi orang lain.

Selepas memasuki sekolah berasrama penuh di utara tanah air, keadaan mula berubah. Dia mula berjinak-jinak dengan hoki.

Awal tahun 2011, dia meminta belikan batang hoki jenis campuran fiber dan kayu. Memandangkan dia bersungguh-sungguh, saya belikan dengan berat hati, maklumlah awal tahun belanja persekolahan Si Sulung dan adik-adiknya cukup banyak.

Cuti pertengahan penggal pertama tahun 2011, dia meminta belikan kasut hoki khas, katanya untuk bermain di padang tiruan. Memandangkan kami sedang bercuti di Ipoh, saya bawa ke pasaraya di sana.

Perhhhhh....harganya mencecah ratusan ringgit. Akhirnya ibunya berkorban membelikan kemahuan anak sulung.

Awal April 2011, Si sulung memaklumkan akan bermain untuk pasukan sekolahnya. Saya terkejut. Sepanjang pengetahuan saya, hoki peringkat sekolah menengah hanya untuk bawah 18 tahun, tiada pertandingan bawah 15 tahun, sedangkan dia baru berada dalam Tingkatan Dua.

Akhirnya, dia membuktikan segalanya.....Bukan sebagai pemain simpanan, tapi pemain utama...posisi penyerang...paling memeranjatkan saya, dia satu-satunya murid Tingkatan Dua yang bermain sebagai kesebelasan utama untuk semua perlawanan.

Dan yang paling memeranjatkan saya, pasukan sekolahnya berjaya menjadi JUARA peringkat daerah.

Yang sedihnya, Si Ayah tidak menonton perlawanan yang ditandinginya. Tapi Si Sulung setiap kali pulang ke rumah "outing" dengan gembira menceritakan kejayaannya menjaringkan gol sehingga membawa pasukannya ke perlawanan akhir.

06 November, 2010

Banjir - Kedah 2010

banjir dalam Bandaraya Alor Setar (Gambr dicopy drpd Utusan Malaysia Online)

Sesuatu yang pelik nampaknya ada di sini. Biasanya bila berlaku banjir, hanya kawasan tersebut yang mengalaminya, tidak melarat ke kawasan lain. malangnya, banjir di kedah semacam ada aturan giliran untuk memilih mangsa.

Mula-mula daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, kemudian daerah Kota setar dan kini melarat ke Pendang.

Adakah selepas ini daerah Yan dan diikuti Kuala Muda pula?????

Pergerakan banjir bermula dari utara bergerak ke selatan. jadi mesti ada sebab yang menyebabkan air mengalir di atas daratan, bukan menuju ke laut.

Memang jika air pasang berlaku, pengaliran ke laut tidak terjadi, tetapi air pasang bukanlah sepanjang masa, bermakna jika hujan tidak lebat dan cuaca panas, banjir akan cepat surut dan tidak melarat ke kawasan lain.

Tetapi banjir di Kedah kini nampaknya pelik dan sebab itu perlu dilihat supaya jika berlaku lagi musibah, hanya kawasan itu sahaja yang mengalaminya dan tidak melarat ke kawasan lain.

Tahun 2005 dahulu banjir yang teruk juga telah melanda Kedah tetapi banjir hanya melibatkan kawasan rendah. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Jalan Sultanah, Jalan jitra-Alor Setar melalui Anak Bukit tidak terjejas, tapi kini kawasan tersebut bukan saja dinaiki air malah kawasan ini menerima kesan yang paling teruk.

Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh MB Kedah pembinaan landasan kereta api berkembar menghalang laluan air ke laut dan menyebarkan ke kawasan lain pula.

Fikir-fikirkanlah..................................

11 Oktober, 2010

Guru - wajibkah Memakai tali leher?

Entahlah, saya pun tak pasti. tapi selama ini saya tak pernah membantah. Setiap hari bila di sekolah saya memakainya. Bukan apa.....bila pelajar memakai tali leher, tidak manis kita sebagai guru meninggalkan amalan yang sudah sebati ini.

Dalam kalangan pentadbir sekolah, sepanjang menjadi guru tiada seorang pun pengetua yang menyuruh saya dan rakan-rakan memakai tali leher. Bila ada majlis rasmi, orang yang tidak pernah memakai pun akhirnya dengan rela hati menyematkan di leher mereka. jadi, tiada alasan untuk pengetua memberi arahan.

Namun, kini berlegar satu cerita mitos. Dikatakan seorang pengetua A telah menalefon seorang pengetua B yang anak buahnya bertugas di sekolah A atas urusan rasmi mengarahkan anak buahnya memakai tali leher. Anak buah pengetua B tidak memakai tali leher kerana kepanasan dan berpeluh setelah mengangkat berkotak-kotak bahan rasmi kerajaan. Malahan bilik tempat anak buah pengetua B bertugas juga tiada aircond untuk dia menyejukkan badan. Kipas juga lenggang lenggok, tiada terasa pengudaraannya. jadi, salahkah anak buah pengetua B yang juga seorang guru tidak memakai tali leher kerana memang keadaan tidak mengizinkan.

Surat pekeliling berikut dengan jelas menyatakan guru digalakkan memakai tali leher, bukan DIWAJIBKAN.
Lainlah jika guru tersebut sudah bertukar status menjadi pentadbir yang memang di dalam biliknya ada aircond khas untuk dia seorang. Bila panas sedikit, masuk bilik dan duduk di kerusi empuk yang disediakan.

03 September, 2010

Mohon Bantuan Mengesan Pembantu Rumah indonesia

Inilah kali ketiga saya ditipu dan penipunya adalah pembantu rumah dan agen.

Agen maklum pembantu ini baru sampai dan dalam proses di Imigrasen, tapi sebenarnya dia telah pernah bekerja di rumah orang lain dan majikan lama tidak mahu lagi perkhidmatannya. Tak mengapa, cerita agen akan saya uruskan dengan Tribunal Pengguna.

Ketika dia melarikan diri, 3 anak saya berusia 6 bulan, 3 tahun dan 5 tahun terbiar kelaparan dari pagi. Manusia yang tiada hati perut memang begini perangainya.

Sekarang tumpuan saya kepada mencari pembantu rumah yang telah lari dan melarikan segala kilauan yang ada dalam rumah ini untuk bersama wang tunai kecemasan yang sememangnya saya simpan untuk keperluan jika berlaku kecemasan di kampung.

Nampaknya pembantu rumah ini sungguh cekap kerana dapat bersembunyi dan melarikan diri walaupun pasport tiada padanya.

Kepada blogger kenalan, mohon paparkan poster ini bagi membantu saya.

Gambar saya salin dr blog KedahLanie.

02 Julai, 2010

Neraka di rumah sendiri

Malam ini aku bungkam. Nak nangis tak mampu. Nak cerita hampir tak tahu.

Segalanya bermula pagi tadi. Jam 10.30 pagi. Selepas menandatangani buku rekod kemajuan, ambil anak Kedua dan Ketiga, terus hantar balik ke rumah. Yang Ketiga tak mahu balik. Jadi ajak dia seorang ke kedai makan. Ajak makan dan gunakan segala ilmu yang ada untuk korek rahsia. Dia buka mulut tapi tak jelas.

Hantar dia balik rumah.

Sebenarnya, saya sedar anak Keempat dan Kelima ada perubahan.

Kedua-duanya sering demam. Yang Kelima perempuan, selalu peluk buai anak Keenam, tak bagi orang lain pegang. Kalau orang lain atau abang-abangnya sentuh dan main buai, terus menangis.

Yang Keempat, dulu celotehnya cukup riuh, kadangkala tak mampu layan. Kini jadi agak pendiam. Sepatah tanya, sepatah jawab.



.............................................................................

Selepas baca Yaasin, bawa Ketiga, Keempat dan Kelima keluar tempah makanan berbungkus. Dalam perjalanan itulah pecah semua cerita.

Kelima: Kenapa Bik suka buat kita?

Ketiga: Tah....Ari ni dia buat apa kat adik?

Keempat: Ari ni dia kelaq tangan adik dengan pisau. Tapi bukan yang tajam, hak belakang. Adik nangis. Riau lama. Sakit.

Ayah: Pasal apa Bik buat cam tu?

Kelima: Bik kata abang suka tabuq makanan. Kalau tabuq lagi, Bik nak potong tangan.

Ketiga: Kelmarin kan Bah, masa abang balik sekolah, Bik bubuh cabai melaka dalam mulut adik (keempat). Bik kata adik suka nangis. Kalau nangis lagi, Bik nak buh 5 bijik.

Ayah: Adik (Kelima) kenapa suka pegang buai Anas (Keenam)?

Keempat: Bik nak cucuh buai adik (Keenam). Selalu Bik cucuh lighter kat besi buai adik (Keenam). Bik kata, kalau adik (Kelima) suka nangis, Bik nak bakaq adik (Keenam). Sebab tu adik (Kelima) jaga buai.

Selepas tempahan makanan siap, terus balik ke rumah. Arahkan Bibik kemas pakaian dan hantar kepada agen. Baru 2 bulan datang kerja, sudah berani buat angkara.

12 Jun, 2010

Mak Dah Tua......

Itulah kata-kata yang masih terngiyang-ngiyang dalam ingatanku.

Memang kuakui, mak dah tua, tapi tua mak masih bertenaga.

Memang mak dah terlantar di atas katil, nak ambil air sembahyang terpaksa naik kerusi roda dulu, tapi itu bukti mak masih bertenaga.

Setiap kali balik kampung, itulah yang kuperhatikan.

Mak tak pernah minta tolong. Nak ke jamban, nak mandi, ambil air sembahyang, semua mak buat sendiri.

Kadang-kadang hatiku berdetak..Mak telah melalui liku-liku kehidupan yang panjang. Perih, jerih, payah, susah.....Mak tetap di sisi kami dari kecil hingga kini.

10 orang, bukan sedikit, anak-anak mak. Yang pasti semuanya menjadi orang, bukan orang-orang.

Yang pasti, aku selalu rindu untuk baring di sisi mak. Entah kenapa, aku pun tak pasti. Setiap kali balik kampung, itulah yang kulakukan.