10 April, 2014

Rindu Mak Ayah


Selepas mendengar kuliah petang dalam Radio Malaysia Kedah pada 20/3/2014 yang bertajuk Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa, entah kenapa petang itu perasaan saya tak begitu tenteram. Rindu pada mak dan ayah cukup terasa.

Balik dari sekolah, tanpa berfikir panjang, saya terus memasukkan pakaian ke dalam beg. Isteri hanya memerhatikan. Dia tahu, itulah perangai saya.

Bertolaklah saya seorang diri selepas maghrib. Jam 8.05 malam bertolak, 1.45 pagi baru tiba di Parit 4B, Sungai Manik.

Sepanjang perjalanan, tak terasa langsung mengantuk. Tapi setiap hentian R & R utama saya berhenti. Minum kopi, basuh muka dan memandu lagi.

Terkejut sungguh mak dan ayah melihat kedatangan saya. Paling mengejutkan sebab saya tak maklum untuk  balik. Yang paling memeranjatkan mereka bila saya maklum, petang nanti (Jumaat) dah nak balik sebab hari Sabtu pagi ada kuliah master di UUM.

Malam itu ayah berleter sebab balik tanpa perancangan. Macam-macam yang disebutnya. Takut kereta rosak, sebab tak sevis dahulu, balik tanpa tujuan khusus, lain kali maklum dulu sebelum balik dan macam-macam lagi.

Dan saya mematikan hujah ayah dengan satu ayat sahaja........."Ayah, saya juga mahu anak-anak saya rasa begitu bila saya dah tua nanti."

Kelihatan air mata bergenang dan melurut jatuh di pipinya......................


Tiada ulasan: