Tahun ini, saya diberi tugas sebagai Ketua Guru Disiplin, tugas yang tidak pernah saya buat selama ini. Nak kata saya garang, tak juga, tapi apabila bertugas di tempat baru, kita kena terima habuan daripada kelulusan pertukaran itu.
Sepanjang bertugas sebagai guru, tangan saya tidak pernah sangkut ke muka pelajar yang nakal, tapi kini baru tiga hari bertugas seorang pelajar telah makan buah tangan yang saya kira cukup untuk memberi peringatan kepada mereka jangan mengulangi lagi tindakan mereka.
Waktu rehat, saya melalui Blok C dan bila sampai ke tandas lelaki, kelihatan asap terapung-apung di udara. Tanpa banyak bicara, saya masuk ke dalam tandas. Pelajar yang ada dan melihat saya, mula melarikan diri.
Seorang pelajar keluar dari tandas dan mulutnya keluar asap tanpa mungkin disedarinya. Dicelah jarinya, tersepit rokok yang masih menyala.
"Awak merokok?"
"Tak Cikgu, saya kencing tadi," katanya dengan yakin.
"Tu kat jari apa dia?"
Kelihatan dia terkebil-kebil.
Tanpa disedari, "Panggggggg.........." tangan kiri saya terangkat dan singgah di pipinya.
Selepas itu, saya terus membawa pelajar tersebut ke bilik Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) beserta dengan bukti yang ada.
Itulah......lain kali nak bohong lihat dulu sekeliling. Bukti ada di jari sendiri, masih cuba juga membohongi diri sendiri.
Memandangkan saya tidak merokok, saya dapat mengesan bau rokok jika ada yang cuba melakukan perbuatan itu di sekolah.
Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar
4 minggu yang lalu
4 ulasan:
bebudak skrag cikgu,
belakang umah saya ni jadi port lepas sekolah, nak tegur kang takut lak pecah tingkap umah kang, saya tel polis jer...
alahai..
tp cikgu sendiri pun berasap dlm toilet jugak
itulah harga yang perlu kita bayar hasil dari zaman yang serba membangun...tapi adilkah jika pembangunan yang kita salahkan dan bukannya tanggungjawab atau peranan kita sebagai ibu bapa...
adilkah jika semua kelakuan pelajar yang buruk diletak di bawah tanggungjawab guru semata-mata?
syabas kerana cikgu berani menggalas tanggungjawab sebagai ketua guru disiplin...
salam....lame tak bace blog ni...maklumlah busy....macam mane dengan pelajar tu skrg???
Catat Ulasan