03 April, 2009

Kalau tak tau, jangan buat cerita.........

Hari ini aku nak tergelak besar...Ha...ha..ha...ha..ha.

Ada ke patut, dalam ketenangan persekolahan pagi, wujud cerita nama sekolah naik kat NUTP Kedah sebab ada cikgu lapor sekolah buat kelas tambahan hari Sabtu.

Lepas dengar cerita saya cuba dapatkan kepastian daripada Penolong Kanan Pentadbiran. Kelihatan dia sendiri terpingga-pingga dengan soalan itu. Katanya, "Tak ada anginpun bertiup, tak tau pulak Pengetua yang dapat berita tu".

Untuk lebih lanjut, saya telefon Setiausaha NUTP Kedah, Saudara Wang Heng Suan. Sah, tak ada tapi kenapa wujud cerita?

Sebenarnya, orang yang wujudkan cerita tu sengaja nak sabotaj kerana sekolah sekarang sedang menjalankan aktiviti untuk peningkatan prestasi pelajar. Apa salahnya kita berkorban sehari dalam sebulan pada hari Sabtu untuk membuat kelas tambahan.

Pada saya, aktiviti ini bagus dan menguntungkan pelajar. Ramai pelajar di sekolah yang tak mampu untuk membayar tiusyen di luar dan pengorbanan cikgu pasti dihargai.

Tambahan lagi, kelas tiusyen ini berbayar dan ditanggung oleh PIBG. Jadi, kalau ada yang tak setuju saluran bantahan pada saya ialah PIBG kerana guru sendiri adalah ahli PIBG. Yang herannya kalau tak setuju kenapa tak bantah semasa Mesyuarat Agung PIBG pada 26 Mac 2009?

Mungkin pembawa cerita tu tak sedar yang saya adalah AJK NUTP Kedah dan boleh mendapatkan pengesahan terus daripada pejabat NUTP.

Lain kali kalau nak buat cerita, cek dulu kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Kalau tidak, duk diam-diam.

5 ulasan:

Unknown berkata...

ko orang 'ada-ada'... sebab tu ada yg nak test.... hehehe

aku tak penah mengajar kelas tambahan, pasal kerja luar bilik darjah aku yg tak pernah mengira hari apa pun, bukan ramai yg sanggup buat....

kuIna berkata...

kelas tambahan tu sy leh masuk tak.. sy pun nak sekolah semula la...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil berkata...

heheh.

ops...
org tu tersilap tembak org dah.

malu siot. hehe.

~guru bitara~

arsaili berkata...

salam..biasala manusia ni...byk yg tak puas hati dari bersyukur..sabar je la

admin berkata...

minta maaf....cikgu silap eja tuisyen....bkn tiusyen....maaf lah kalau terasa