13 Januari, 2009

Sajak Buat IBU

Saya poskan satu email yang diterima daripada
"M Said Jelani".
Sedih, sayu dan perasaan rindu anak kepada ibunya.

Assalamualaikum Ibu ku
aku tau hari ini kau merindui aku
Ibu,salam kesejahteraan buat Mu
anak mu ini kesepian disini
disaat mega senja menyapa
anak mu ini membilang jasa2 mu
makanya hingga ufuk subuh
tidak termampu olih ku mentafsir budi Mu
terlalu banyak Ibu
Ibu kasih sayang mu aku disini
Ibu berkat usaha mu aku begini
Allah saja yang tahu perasaan Ibu
Ibu kini kau tidak berdaya lagi
ujian Allah untuk ibu....sabar Ibu
ujian Allah untuk kita....sabar ibu
Alhamdulillah....ada sinar reda di rona matamu
Alhamdulillah....ada runut pasrah diair mata mu
Alhamdulillah....ada kasih sayang pada renungan mu
Ibu....ampunkan dosa ku
Ibu....relakan pemberian mu
Aku sentiasa mengharapkan kebahagian Mu
Aku merindui Mu disini
Aku masih punya saorang Ibu
Ada syurga dibawah tapak kaki ibu
Ibu................

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Menarik sajak ini. Jikalau ada masa, elok sunting sedikit. Yang jelas ejaannya dapat dibaiki.

Wassalam.

GURU_CIKGU berkata...

Terima kasih Mohd Isa,

Saya mengekalkan sajak ini sebagaimana yang diterima. Memang diakui banyak kesilapan tatabahasa dan ejaan, tetapi demi menghormati penulisnya, saya cuma 'copy' dan 'paste' sahaja

Julak berkata...

Ibu, engkaulah ratu hatiku

BurungBelatuk berkata...

Salam...sedih sajak nih...teringat mak kat kpg,trus aku kol tadi...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...

Mak Su berkata...

Assalamualaikum, salam kenal, singgah kat sini dari blog burungbelatuk.