16 Disember, 2008

Tak Ada Hati? atau Tak ada Perut? atau Tak ada Hati Perut?

Membaca surat khabar Berita Harian kelmarin amat mengejutkan.

Ada juga manusia seperti ini dalam dunia. Segarang-garang harimau, tetap sayangkan anak, bagaimana dengan manusia seperti ini?

Mungkin kerana itu kita menyebut, "tak ada perikemanusian", bukannya "tak ada perikebinatangan". Yang herannya, golongan ini mudah pula bersalin tanpa ada misi atau bidan. Paling tak seronoknya, kejadian ini hanya lebih kurang 15 km dari kediaman baru saya.

Saya perturunkan sebahagian daripada petikan akhbar tersebut.



Bayi dibuang dalam lubang tandas awam


BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.

CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.
Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada kaum hawa dan juge adam,
Ini bukan soal hati dan perut saje...
malah yang lebih penting adalah
akal.. yg membezakan antara manusia dan binatang,
yang lebih utama keimanan..
membezakan alim dan jahil,
yang terlupa dan dilupakan,
antara nafsu dan syahwat,
dan mungkin....
tekanan perasaan dan keterpaksaan
sendirian menempuh kepayahan hidup...
moga dapat difikirkan oleh semua..

BurungBelatuk berkata...

aku rasa org yg buat macam tuh mmg dalam ketiga2 kategori tuh...tu sifat binatang,even binatang pun reti sayang anak...tu la padah 'berseronok' tanpa ikatan...

naz ilyn berkata...

Salam...

sanggup berbuat apa saje untuk menutup malu tapi bangkai gajah apa boleh ditutup...

p/s: dah makin tua rupanya dunia ni...

admin berkata...

saya rasa orang tu bukan manusia tapi alien kot.....ha ha

admin berkata...

kesian jugak...kecik2 dah kene buang...itu lah skrg ni dunia makin canggih...mula2 tgk video lucah...lame2 teringin nak rase...tapi last2 mengandung...dah tu tak tau nak sorok mane...main campak2 macam kain buruk...mungkin die tak tau yang itu darah daging die...

GURU_CIKGU berkata...

Salam,
Anonymous, BurungBelatuk, naz ilyn dan anakbanjarsungaibesar.

Iman yang teguh dapat menghalang manusia melakukan kejahatan.

Masalahnya mungkin kejahatan itu berturutan sehingga menjejaskan keturunan dan untuk menutup malu anak itu dibiarkan.

Anak itu tak bersalah. Saya yakin kalau diberi pilihan, dia tidak mahu dilahirkan ke dunia dalam keadaan ini.

admin berkata...

nama sy nazri.