03 Mei, 2012

BERSIH - Pengaruhi Anak-anak Kita

Rasanya tak perlu saya huraikan dengan jelas di sini. Jika di bawa bersama dalam perhimpunan itu, inilah hasilnya.....

Gambar disalin daripada FB

27 April, 2012

Tak Sabar Nak Mengundi

Agak lama saya tidak menulis dalam blog ini. Entahlah...kekadang rasa tidak selesa kerana banyak perkara yang hendak ditulis berkaitan dengan orang lain...Jaga hati kawan, konon........

Kadang kala ingin juga menulis cerita tentang politik di Kedah....tapi saya tidak mempunyai kekutan untuk melakukannya...ramai kawan di sekeliling saya terdiri daripada dua parti yang berlainan dan sentiasa berlawanan untuk menguasai keadaan.  Akhirnya saya mengambil pendirian berkecuali....biarlah mereka yang mentafsir saya berada di pihak mana....

Minggu lepas, saya cuba untuk bertukar tempat mengundi. Dari Parlimen Pokok Sena ke Kubang Pasu. Setelah menyua kad pengenalan, pegawai bertugas menasihatkan saya....

Pegawai: Betul ke Encik nak tukar tempat mengundi?

Saya: Betul, Puan. Lagipun saya dah lama pindah rumah ke Jitra. Tak tinggal lagi di Pokok Sena.

Pegawai: Saya nasihatkan Encik tak perlu tukar tempat mengundi. Alamat dalam kad pengenalan Encik           masih lagi alamat di Teluk Intan Perak. Kalau Encik buat pertukaran, ada kemungkinan Encik akan  mengundi di sana.

Saya: Alamak, maaf Puan......terlupa yang SPR dah buat peraturan, mengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan. Tak pa lah....nampaknya kena mengundi di tempat lama lagi......

P/S: Tau saja peraturan, tapi tak faham cara pelaksanaan...he..heeee.....heeeeeee....

 Gambar dicopy dr blog Kartun Rossem



20 Februari, 2012

Kemalangan 2009

Rasanya kerana ni pengetua saya sain juga borang permohonan tukar daerah. Kalau tak sampai sekarang masa di Kota Setar.


09 Disember, 2011

Perubahan Gred Guru Siswazah

Perubahan Gred Guru

1) Guru DG41

Ditukar kepada 1-1
Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44

Ditukar kepada 1-2
Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48

Ditukar kepada 1-4
Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52

Ditukar kepada 1-5
Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54

Ditukar kepada 1-6
Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

08 Oktober, 2011

Rasional Pencen 60 tahun

Pertama

Tempoh perkhidmatan untuk mendapat pencen maksimum. Ramai penjawat awam yang apabila pencen tempoh perkhidmatan mereka kurang 30 tahun dimana tempoh ini diperlukan untuk mendapat kelayakan pencen 70% dari gaji mati. maka persaraan 60 tahun memberi peluang kepada mereka untuk menikmati ganjaran tersebut.Jika perkhidmatan mereka kurang dari 30 tahun, mereka hanya layak menikmati pencen 50% dari gaji mati. Soal mati atau sakit itu perkara kedua. Organisasi mempunyai mekanisma tertentu untuk menangani penjawat awam yang sebegini.

Kedua

Evolusi dalam pekerjaan. Dengan pemikiran yang sempit, kita akan menanggapkan bahawa jika guru, tugasnya hanya mengajar sampai pencen. Jika doktor, tugasnya hanya merawat pesakit sampai pencen begitu juga jika kerani tugasnya hanya membuat kerja-kerja pengkeranian sampai pencen. DG34 yg berumur 40 tahun berlainan tugasnya dgn DG29 yg berumur 25 tahun walaupun berjawatan yang sama, iaitu guru. DG34 sudah termasuk dalam golongan pentadbir yang menjurus ke arah pengurusan. Jadi golongan ini kurang tugas mengajarnya tetapi lebih kepada hal-hal pentadbiran, pengurusan hal ehwal murid dan kokurikulum. Kebanyakan masa mereka lebih dalam pejabat dan kurang memanjat bangunan tiga tingkat.

Ketiga

Tanggungjawab Kepada Keluarga Belum Selesai. S
aya juga pegawai kerajaan yang berumur 42 tahun...memang ada penjawat awam yang bermasalah bila masuk umur 50 ke atas tetapi tidak ramai.

Kebanyakan kakitangan perempuan takkan memilih sampai 60 tahun malah masa umur dilanjutkan 58 majoriti perempuan tak nak...itu di jabatan saya..

Jika anda mempunyai ayah yang berumur 56 tahun dan masih ada anak di sekolah rendah atau menengah ... tak pernahkah anda bayangkan bagaimana ayah anda hendak menyara adik-adik anda dengan gaji separuh ... kecuali ayah anda pegawai berijazah yang gaji sekarang sudah mencapai 5000k..tetapi 70 peratus kakitangan kerajaan adalah kumpulan sokongan yang gaji mati tak sampai 3k...bila pencen hanya akan dapat 1.2k. Cukup ke??????...

Saya sendiri kalau dipanjangkan umur dan mempunyai rezeki yang baik akan bersara awal. Kita semua akan mati ...Kebanyakan orang Islam hendak beribadat bila bersara...

Tetapi bila kenangkan anak yang masih sekolah atau di ipta/ipts semua garu kepala...cuba bayangkan jika anda hanya kerani di jabatan kerajaan dan berkerja 10 tahun ... gaji dan elaun hanyalah 1.5k. Bagaimana hendak meneruskan kehidupan dengan beban dan tanggungjawab yang masih belum selesai.

Kita di jabatan kerajaan kalau tak sampai umur 50 pun kalau dah sakit kronik kita minta pencen awal atau medical board....

Tak payah cerita mungkin ada guru yang akan mati atas tangga. Kalau anda masih muda, kebarangkalian untuk mati awal masih tinggi, cuma Allah yang tahu masa yang telah ditetapkan untuk mengadap-Nya.

Keempat

Masalah Penyambungan Pegawai Kerajaan Secara Kontrak.
Pelanjutan usia persaraan itu sekali gus akan menyelesaikan masalah penyambungan secara kontrak untuk jawatan-jawatan tertentu sekali gus membuka peluang kenaikan pangkat kepada kakitangan awam lain untuk memegang jawatan tinggi kerajaan.

Tidak timbul lagi masalah kenaikan pangkat atau menyambung perkhidmatan kerana semua kakitangan awam pencen pada umur 60 tahun, jadi semua orang akan dapat peluang naik pangkat. Pada masa sekarang, jika ada pegawai yang disambung perkhidmatannya secara kontrak, ia dianggap menghalang pegawai bawahannya naik pangkat.

Pada masa yang sama juga, kerajaan kerugian kerana terpaksa membayar pencen dan KWSP pegawai itu secara serentak sebagai imbuhan persetujuannya menyambung perkhidmatan.

Rasional lan ialah orang yang berumur 56 tahun kini masih kelihatan muda serta sihat dan persaraan pada umur 60 tahun telah dilaksanakan di banyak negara maju.





19 September, 2011

Prinsip Kerja X-PLUS KPPM

Penulis bersama KPPM dan dua AJK NUTP
selepas Jamuan Makan Malam Sempena Mesyuarat Tritahunan NUTP di Ipoh, Perak

Setiap pasukan profesional pendidik dan pegawai pendidikan perlu menerapkan budaya prestasi tinggi berasaskan PRINSIP KERJA X-PLUS.Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP (Pelan Tranformasi Kerajaan) dan ETP (Pelan Tranformasi Ekonomi) : memaksimumkan impak penyampaian perkhdimatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence) berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan. Inilah prinsip kerja X-PLUS.

Dengan prinsip kerja ini diharapkan setiap individu pendidikan dan pegawai pendidikan di segenap segmen dalam organisasi dan jentera pendidikan negara dapat merekayasa (reengineer) dan meneroka inisiatif baharu dalam cara-cara melakukan kerja dan menginovasi program atau aktiviti baharu bagi melengkapi program atau aktiviti sedia ada.

Prinsip Pertama : CEMERLANG (EXCELLENCE)

Inilah kayu ukur keberhasilan kerja setiap individu. Cemerlang atau excellence berbeza dengan kualiti. Kualiti bermaksud memenuhi kehendak pelanggan, yakni menepati ketetapan kerja, mematuhi tuntutan perkhidmatan, mengikuti sepenuhnya perencanaan dan strategi, menyempurnakan tugasan pegawai atasan, dan mencapai sasaran kerja tahunan. Walhal cemerlang bermaksud 'go beyond', yakni memenuhi kehendak yang tidak terungkap oleh pelanggan, menangani cabaran yang belum tiba, dan melepasi rekod sedia ada. Cemerlang bermakna melepasi aras kualiti, melepas pencapaian terbaik sebelum ini, mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaing.

Cemerlang dalam konteks berfikir dan meneroka pelbagai pilihan penyelesaian bererti "think the unthinkable" dan "reasson the unreasonable". Halangan kecemerlangan ialah batasan kemahuan dan batasan imaginasi. "Every school is a good school, tiada sekolah kecuali yang terbaik". Inilah tuntutan rakyat kepada Kerajaan dan Kerajaan mengamanahkan tanggungjawab ini kepada jentera pendidikan negara.

Prinsip Kedua : PENGETAHUAN

Faktor utama produktiviti bukan lagi bilangan pekerja, teknologi dan peruntukan yang banyak, faktor utama produktiviti ialah maklumat dan pengetahuan. Cara bekerja, cara mengajar dan cara mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam era ini bukan lagi sesuatu yang rutin, berulang-ulang dan rigid, tetapi sarat dengan kepelbagaian cara dan gaya, tidak berulang-ulang, mencabar daya upaya setiap orang dalam menggunakan kebijaksanaan, budi bicara, penilaian dan pertimbangan.

Maka urusan memimpin, mengurus, merancang, melaksana dan memantau wajiblah berasaskan pengetahuan (knowledge-based) bukan berpandukan kebiasaan atau mengikut rutin atau memenuhi kepentingan diri sendiri. Demikian juga berfikir, bercakap, menulis dan bertingkah laku hendaklah berasaskan pengetahuan, bukan berpandukan perasaan, emosi, kebiasaan dan ketaksuban. Pekerjaan mendidik, melatih, mengasuh, membimbing, mengajar dan menilai mestilah berdasarkan pengetahuan, bukan kebiasaan atau rutin.

Prinsip Ketiga : LATIHAN

Latihan bermaksud belajar sepanjang hayat untuk mempertajam keupayaan melaksanakan tanggungjawab semasa dan mempersiap keupayaan untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar. Latihan bermakna bina upaya yang berterusan, bukan sekadar memenuhi ketetapan perkhidmatan. Latihan bererti bersedia untuk berubah, bersedia untuk melaksanakan idea baharu, bersedia untuk menggunakan cara gaya baharu dalam menyempurnakan tanggungjawab, bersedia menjayakan transformasi.

Prinsip Keempat : USAHA

Usaha berbeza dengan kerja. Usaha bermaksud berikhtiar seupaya mungkin dengan menggunakan pelbagai sudut pemikiran, sumber dan kreativiti dan inovasi demi menyempurnakan misi dan mencapai objektif. Usaha bermaksud "go extra mile". Sedangkan 'kerja' bermaksud melaksanakan tugas sebagaimana yang ditetapkan atau diarahkan. Kerja mengutamakan kepatuhan kepada arahan. Usaha mengutamakan matlamat dan objektif. Ukuran kerja ialah kecekapan. Ukuran usaha ialah keberkesanan.

Guru dan ketua guru perlu melihat sukatan pelajaran dari sudut pembelajaran. Demikian juga matlamat murid menghadiri persekolahan. Murid ingin belajar dan berubah ke arah kemajuan, bukan untuk membantu guru dan ketua guru menghabiskan sukatan pelajaran. Usaha menuntut pendidik dan pegawai pendidikan berfikir. Dengan kecukupan usaha, dengan kesungguhan berikhtiar, daya fikir akan berkembang, imaginasi menjadi terang dan kreativiti akan bertandang - matlamat dan objektif menjadi kenyataan.

Prinsip Kelima : SEPASUKAN

Sepasukan bermaksud komited kepada nilai, visi, misi dan matlamat organisasi dan mengetepikan kepentingan diri dan perasaan peribadi. Ciri kepimpinan wajib sentiasa terpamer dan dipraktikkan oleh setiap orang. Bekerja sepasukan menuntut kehadiran altruisme dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan operasi. Altruisme menjamin keakraban anggota pasukan kepada misi organisasi dan organisasi pula mampu menjana kesejahteraan kepada setiap anggota kumpulan.

Tanggungjawab pemimpin sekolah adalah untuk mencegah fenomena "alienated labor", pemencilan guru dan pemencilan pekerja sekolah daripada visi, misi dan objektif kewujudan sekolah sebagai institusi pembelajaran. Bekerja sebagai satu pasukan juga mengizinkan penyuburan pengurusan kendiri atau swaurus (self-management). Individu profesional menerima tanggungjawab dan mengambil inisiatif, mengawal dan memantau pekerjaannya, dan menjadikan pengurus dan peenyelianya sebagai mentor dan fasilitator. Sandaran pengurusan kendiri ialah setiap profesional memiliki kompetensi, keyakinan diri dan kebolehan berdikari. Dengan demikian, profesional akan bekerja dengan lebih cekap dan berusaha dengan lebih gigih sekiranya mereka diberikan ruang dan kepercayaan mengurus diri sendiri.