08 Oktober, 2011

Rasional Pencen 60 tahun

Pertama

Tempoh perkhidmatan untuk mendapat pencen maksimum. Ramai penjawat awam yang apabila pencen tempoh perkhidmatan mereka kurang 30 tahun dimana tempoh ini diperlukan untuk mendapat kelayakan pencen 70% dari gaji mati. maka persaraan 60 tahun memberi peluang kepada mereka untuk menikmati ganjaran tersebut.Jika perkhidmatan mereka kurang dari 30 tahun, mereka hanya layak menikmati pencen 50% dari gaji mati. Soal mati atau sakit itu perkara kedua. Organisasi mempunyai mekanisma tertentu untuk menangani penjawat awam yang sebegini.

Kedua

Evolusi dalam pekerjaan. Dengan pemikiran yang sempit, kita akan menanggapkan bahawa jika guru, tugasnya hanya mengajar sampai pencen. Jika doktor, tugasnya hanya merawat pesakit sampai pencen begitu juga jika kerani tugasnya hanya membuat kerja-kerja pengkeranian sampai pencen. DG34 yg berumur 40 tahun berlainan tugasnya dgn DG29 yg berumur 25 tahun walaupun berjawatan yang sama, iaitu guru. DG34 sudah termasuk dalam golongan pentadbir yang menjurus ke arah pengurusan. Jadi golongan ini kurang tugas mengajarnya tetapi lebih kepada hal-hal pentadbiran, pengurusan hal ehwal murid dan kokurikulum. Kebanyakan masa mereka lebih dalam pejabat dan kurang memanjat bangunan tiga tingkat.

Ketiga

Tanggungjawab Kepada Keluarga Belum Selesai. S
aya juga pegawai kerajaan yang berumur 42 tahun...memang ada penjawat awam yang bermasalah bila masuk umur 50 ke atas tetapi tidak ramai.

Kebanyakan kakitangan perempuan takkan memilih sampai 60 tahun malah masa umur dilanjutkan 58 majoriti perempuan tak nak...itu di jabatan saya..

Jika anda mempunyai ayah yang berumur 56 tahun dan masih ada anak di sekolah rendah atau menengah ... tak pernahkah anda bayangkan bagaimana ayah anda hendak menyara adik-adik anda dengan gaji separuh ... kecuali ayah anda pegawai berijazah yang gaji sekarang sudah mencapai 5000k..tetapi 70 peratus kakitangan kerajaan adalah kumpulan sokongan yang gaji mati tak sampai 3k...bila pencen hanya akan dapat 1.2k. Cukup ke??????...

Saya sendiri kalau dipanjangkan umur dan mempunyai rezeki yang baik akan bersara awal. Kita semua akan mati ...Kebanyakan orang Islam hendak beribadat bila bersara...

Tetapi bila kenangkan anak yang masih sekolah atau di ipta/ipts semua garu kepala...cuba bayangkan jika anda hanya kerani di jabatan kerajaan dan berkerja 10 tahun ... gaji dan elaun hanyalah 1.5k. Bagaimana hendak meneruskan kehidupan dengan beban dan tanggungjawab yang masih belum selesai.

Kita di jabatan kerajaan kalau tak sampai umur 50 pun kalau dah sakit kronik kita minta pencen awal atau medical board....

Tak payah cerita mungkin ada guru yang akan mati atas tangga. Kalau anda masih muda, kebarangkalian untuk mati awal masih tinggi, cuma Allah yang tahu masa yang telah ditetapkan untuk mengadap-Nya.

Keempat

Masalah Penyambungan Pegawai Kerajaan Secara Kontrak.
Pelanjutan usia persaraan itu sekali gus akan menyelesaikan masalah penyambungan secara kontrak untuk jawatan-jawatan tertentu sekali gus membuka peluang kenaikan pangkat kepada kakitangan awam lain untuk memegang jawatan tinggi kerajaan.

Tidak timbul lagi masalah kenaikan pangkat atau menyambung perkhidmatan kerana semua kakitangan awam pencen pada umur 60 tahun, jadi semua orang akan dapat peluang naik pangkat. Pada masa sekarang, jika ada pegawai yang disambung perkhidmatannya secara kontrak, ia dianggap menghalang pegawai bawahannya naik pangkat.

Pada masa yang sama juga, kerajaan kerugian kerana terpaksa membayar pencen dan KWSP pegawai itu secara serentak sebagai imbuhan persetujuannya menyambung perkhidmatan.

Rasional lan ialah orang yang berumur 56 tahun kini masih kelihatan muda serta sihat dan persaraan pada umur 60 tahun telah dilaksanakan di banyak negara maju.





Tiada ulasan: