29 Mac, 2010

Penghargaan Kepada Guru Disiplin

Inilah penghargaan yang saya terima sebagai Ketua Guru Disiplin.

Terima kasih kepada yang menyatakan isi hati yang terbuku selama ini. Walaupun berbekas di hati, saya menerimanya dengan rasa terbuka dan akan cuba memperbaiki diri.

Cuma yang tak sedapnya, hadiah ini dicatat di dinding tangga utama pergerakan guru dan pelajar.

4 ulasan:

Cikgu Norhaliza™ berkata...

Salam cikgu,

Saya juga guru disiplin,bhg perempuan. Inilah nasib kita, guru-guru yg memegang kapasiti sebagai guru disiplin. Saya pernah mengalami peristiwa di mana pelajar menengking saya dgn perkataan yang tidak sepatutnya.. sedih... tapi lebih sedih lagi saya tidak mendapat pembelaan dari ketua jabatan, pengetua sendiri. Kecewa hanya Allah yang Maha Mengetahui, tapi itu mungkin bahagian saya, saya terima, sejak dari itu, semangat saya agak menurun, tunggulah bila semangat pulih semula, tapi entah bila???

Fheris berkata...

He...he...he jujur mungkin itu. Cuma caranya kurang pas. Salam kenal dari martapura.

Cikgu Selamat berkata...

Assalamualaikum...sabarlah...teruskan menjalankan amanah yang diberi...semoga Allah akan terus merahmati cikgu dan seluruh guru-guru Malaysia yang kini sering di pandang rendah oleh masyarakat...

Cikgu Kemeri berkata...

assalamualaikum cikgu
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana nama cikgu dicatat di bahagian utama sekolah cikgu.
"Perhargaan" itu membukti usaha dan tugas yang cikgu jalankan selama ini sebagai guru disiplin berkesan. Bagi saya, jika nama cikgu tidak ditulis pelajar (di mana-mana kawasan sekolah) cikgu harus gusar kerana mungkin usaha cikgu belum cukup untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar cikgu. Teruskan cikgu... semakain banyak penghargaan seperti itu kita terima tabdakan pelajar nampak apa yang cikgu buat dan memberi kesan kepada mereka...