Persoalan ini sering menghantui guru, terutamanya guru disiplin. Pada hari ini, pelajar sekolah bukan seperti dahulu lagi. Masih ingat lagi, kalau dahulu sewaktu bersekolah di SMK Seri Perak Teluk Intan, antara tahun 1982 – 1989 ,nampak sahaja kelibat Cikgu Hashim atau Cikgu Abdullah Meera, pasti kami akan melencong. Waktu itu, tiada pelajar yang berani nak berdepan dengan mereka apatah lagi jika tahu ada kesalahan yang dilakukan.
Kini, keadaan sudah jauh berbeza. Pelajar makin rapat dengan guru dan kadangkala boleh bersembang dengan akrab. Masalahnya, ada pelajar yang tidak tahu ketika dan batas hubungan tersebut. Pada saya, pelajar tetap pelajar, mereka mesti menghormati guru yang memberi dan menyumbangkan ilmu untuk kemajuan diri mereka.
Sebagai guru disiplin, ada ketikanya saya terpaksa berdepan dengan pelajar yang bukan sahaja nakal, tetapi juga menggunakan bahasa yang agak kasar dan menyakitkan hati. Sebab itulah, apabila berhadapan dengan pelajar seperti ini, saya lebih selesa duduk atas kerusi daripada berdiri. Dengan cara ini, boleh menyekat saya daripada bertindak pantas, sama ada menggunakan tangan atau kaki.
Bayangkan, kita tanya “Kenapa tak kerat kuku panjang tu?”
Dengan selamba dijawab, “Nak buat macamana cikgu, tumbuh sendiri”.
Dengan mudah dijawab, “Jam loceng tak berbunyi”.
Kalau ditanya, “Buat apa warnakan rambut?”
Dijawab dengan nada sinis, “Artis dan menteri kale rambut tak pe, tak
“Kenapa baju lepas keluar? Tali leher mana?”
“Saya datang sekolah nak belajar, bukan nak menyemat”
Jawapan yang seperti inilah yang memanaskan perasaan guru. Malah, kadangkala kerana jawapan tersebut akhirnya pelajar disabitkan lagi dengan kesalahan melawan guru atau menggunakan bahasa kasar.
5 ulasan:
salam...kulaan....mmg betul ape yang ckgu cakapkn ni...budak2 zaman skrg dah tak bleh ajar dah....genetik sopan santun dah lari....genetik tu skrg dah terlekat kat chromosome lain...ha ha ha....dorang tak pernah terfikir ke pasal masa depan dorang....mengharap belas ibu bapa je....kalau dua2 dah pergi?????...ha...lu jawab la sendiri....assalamualaikum....
salamm... Masalah yang dihadapai oleh semua guru zaman skank .. rasa hormat dan menghargai guru sudah semakin nipis di kalangan murid2 kita... apa2 pun perjuangan harus diteruskan ... Selamat maju jaya ..
Salam, itulah kekadang ketidaksabaran itu berada di luar kawalan. Kadang-kadang maka TERJADI yang lebih kurang ajar. Siapa nak diSALAHkan.
Ass-Salam
banyak kebenarannya.
Pelajar kita sekarang adalah generasi yang keras hatinya ...sekeras gaya hidup mereka yang banyak berurusan dengan robot...tidak manusia secara total...kurang sensitif tentang oal hati budi...
Namun...perjuangan kita tetap perlu diteruskan! Dengan izin Allah.
aduhai memang bengke' la kalau nak ceritakan perangai pelajar2 hari ini....kami kat sekolah kampung lagi haru...dah la malas..tiap2 tahun dapat anak sedare...apela nak jadi...mak bapak 2x5 jer
Catat Ulasan