27 Julai, 2011

TEKS JURUACARA MAJLIS PERASMIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN HARI KOKURIKULUM SMK TANJUNG PAUH

CUE

TEKS

MC

8.25 pagi

Ketibaan Yang Berusaha Tn Hj. Abu Yazid

Nyanyian lagu Negaraku

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazid bin Zain, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu.

TN HJ ISMAIL

Aluan Pengacara

Bismilla hirohmanirrohim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazid bin Zain, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu.

Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Awang,

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh

Yang Berusaha En. Zulfadhli b Osman

Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangssan Tanjung Pauh,

Yang Setia Inspektor Mohd Zahrin b Abd Rahman

Pegawai Seranta Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh

Dif-dif jemputan, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru Besar, Ahli Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, para waris dan seterusnya pelajar-pelajar sekalian.

TN. HJ

ISMAIL


Bersyukur kita ke hadzrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah, kurnia serta keiizinanNya pada pagi yang bersejarah ini, kita dapat berkumpul bagi menjayakan Majlis Perasmian Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh pada tahun 2010 ini.

Sireh Tersusun Di Dalam Jambangan

Inang Bersantun Empunya Diri

Sekalung Penghargaan Atas Kunjungan

Semoga Majlis Bertambah Seri

A.RUZITA

Bacaan Doa

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mad Tahiri bin Hamid

Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

A. RUZITA

Selesai Doa

Ucapan aluan YDP PIBG

SMKTP

Pendidikan Bestari Sekolah Bestari

Pembentuk Generasi Era Teknologi

Doa Dipohon Dari Ilahi

Semoga Majlis Akan Diberkati

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mad Tahiri bin Hamid atas bacaan doa tadi.

Sekarang majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Zulfadhli bin Osman, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

TN. HJ. ISMAIL

Selesai Ucapan YDP PIBG

Laporan Pengetua

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Zulfadhli bin Osman, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh.

Seterusnya majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Johari bin Awang, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh untuk menyampaikan Laporan Sekolah.

Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

TN. HJ. ISMAIL

Selesai Laporan

Pengetua

Ucapan Perasmian

Oleh Yang Berusaha Tuan Hj. Abu Yazid

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Awang, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh di atas laporan yang telah diberikan tadi.

Sekarang majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazid bin Zain , Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Ko-Kurikulum tahun 2010 ini.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

A. RUZITA

Selesai Ucapan Perasmian

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazid bin Zin , Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu kerana menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh tahun 2010 ini.

A.RUZITA

Pelancaran Portal

Seterusnya majlis dgn ini mempersilakan Tuan Pengetua untuk menjemput dan mengiringi Tuan Haji Abu Yazid bin Zain untuk merasmikan Portal Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh. Portal ini dibangunkan untuk menjadi salah satu platform dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai aktiviti-aktiviti, pancapaian dan pelbagai informasi berkaitan dengan sekolah. Semoga usaha ini juga dapat melahirkan generasi celik IT di kalangan guru dan pelajar khususnya dan masyarakat amnya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

A.RUZITA

Selesai Pelancaran Portal

Majlis merakam ucapan penghargaan kepada Tuan Haji Abu Yazid di atas kesudian beliau merasmikan Portal Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh.

TN. HJ. ISMAIL

Selingan

Yang Berusaha tetamu-tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Sekarang kami sajikan persembahan selingan oleh Kumpulan Puisi dan Lagu SMK Tanjung Pauh di bawah bimbingan Puan Jasmina bt Jaafar yang bertemakan “1 Malaysia”. Kumpulan ini telah mewakili daerah Kubang Pasu dalam Festival Kesenian dan Program Merakyatkan Seni dan Budaya Negeri Kedah 2010.

TN. HJ. ISMAIL

Selesai Persembahan

Selingan

Penyampaian

Anugerah-anugerah

Terima kasih kepada kumpulan Puisi dan Lagu SMK Tanjung Pauh di atas persembahan yang mengasyikkan tadi. Semoga persembahan tadi dapat menyuntik semangat “1 Malaysia” dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Yang Berusaha tetamu-tetamu jemputan, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Sekarang tibalah masanya untuk upacara penyampaian anugerah-anugerah.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Awang , Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazid bin Zain untuk menyampaikan anugerah-anugerah.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

TN. HJ. ISMAIL

Senarai anugerah

RUJUK SENARAI ANUGERAH-ANUGERAH.


Penyampaian

cenderamata

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Awang, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazid bin Zin

A. RUZITA

Selesai penyampaian anugerah-anugerah

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazid bin Zain kerana menyempurnakan acara penyampaian anugerah-anugerah.

Kepada penerima-penerima anugerah, syabas dan tahniah diucapkan. Teruskan usaha, gilapkan diri menggapai hasrat hati menjadi pewaris cemerlang, gemilang dan terbilang.

A.RUZITA

Penutup

Yang Berusaha Tetamu Jemputan, Tuan-Tuan, Puan-Puan hadirin yang dihormati sekalian.

Adat rindu menjalin kasih

Adat rajuk datang memujuk,

Adat betul ada tersalah

Adat tersilap maaf dipinta

Yang dari darat dari laut,

Yang dari hulu dari hilir,

Yang datang kami balikkan dengan doa,

Yang dijemput kami hantarkan dengan senyuman,

Yang dekat kami hantarkan dengan tepak,

Yang jauh kami balikkan dengan destar.

Sekarang majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj Johari b Awang, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazid b. Zin serta dif-dif jemputan melawat gerai-gerai pameran dan jualan dan seterusnya ke majlis jamuan yang disediakan.

Dengan hormatnya dipersilakan.

TN. HJ. ISMAIL


Para hadirin yang dihormati sekalian.

Dengan ini berakhirlah Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh bagi tahun 2010 ini. Para hadirin adalah dijemput untuk melawat gerai gerai pameran dan jualan

yang terdapat di luar Dewan Seri Tanjung. Para waris yang diberi kupon bolehlah menggunakan kupon-kupon tersebut di gerai- gerai jualan. Segala kerjasama daripada pihak tuan tuan dan puan puan di sepanjang majlis ini ,kami dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

A.RUZITA